BEKAS pemain tengah Arsenal, Chelsea dan Sepanyol, Cesc Fabregas, mengumumkan persaraannya daripada bola sepak pada usia 36 tahun.
Juara Piala Dunia 2010 itu melakukan pengumuman berkenaan melalui satu ciapan Twitter selepas menamatkan kontrak dua tahunnya dengan kelab Serie B, Como, yang ditandatanganinya dalam musim panas 12 bulan lalu.
Menjelang persaraan itu, dia telah melakukan 700 penampilan dalam pasukan utama sejak melakukan penampilan pertama bersama Arsenal pada usia 16 tahun pada 2003.
"Ia merupakan satu kesedihan yang besar apabila sudah sampai masanya untuk saya menggantung but.
"Sejak hari pertama saya di Barca (Barcelona), Arsenal, kemudian Barca kembali, Chelsea, Monaco dan Como, saya menghargai setiap daripadanya.
"Daripada menjulang Piala Dunia, Euro, memenangi segalanya di England dan Sepanyol dan hampir kesemua trofi Eropah, Ia merupakan satu perjalanan yang saya tidak akan lupakan," katanya.
Pada usia 16 tahun dan 177 hari, Fabregas menjadi pemain termuda mewakili Arsenal ketika menentang Rotterham dalam pusingan ketiga Piala Liga Inggeris (EFL) di Highbury pada Oktober 2003.
Dia kemudian menjadi penjaring gol termuda kelab itu sewaktu menemui sasaran ketika menentang Wolves dalam pusingan berikutnya.
Dia kemudian menyertai kelab zaman remajanya, Barcelona, pada 2011, setahun selepas menjulang Piala Dunia.
Fabregas juga merupakan sebahagian daripada skuad kebangsaan Sepanyol sewaktu memenangi dua gelaran Euro berturut-turut pada 2008 dan 2012.
Sewaktu di Barca, dia memenangi gelaran LaLiga 2012-13 tetapi meninggalkan Camp Nou untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Chelsea pada 2014 dan membantu The Blues menjuarai liga pada 2015 dan 2017.
Fabregas menyertai kelab Ligue 1, Monaco, pada 2019, di mana dia beraksi sebanyak 68 kali sebelum menyertai Como musim panas lalu. - Stadium Astro
Astro Arena
Sun Jul 02 2023
Bekas pemain tengah Arsenal, Chelsea dan Sepanyol, Cesc Fabregas, mengumumkan persaraannya daripada bola sepak pada usia 36 tahun.
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi
FAMA Pahang tangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian bagi memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan.
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Cesc Fabregas umum persaraan
Menjelang persaraan itu, dia telah melakukan 700 penampilan dalam pasukan utama sejak bersama Arsenal pada usia 16 tahun pada 2003.
Fabregas berganding semula dengan Henry
Cesc Fabregas berhijrah ke Monaco untuk bersama dengan bekas rakan sepasukannya di Arsenal, Thierry Henry.
Masih terlalu awal untuk bincang masa depan Fabregas - Conte
Antonio Conte enggan menawarkan sebarang jaminan kepada Cesc Fabregas berhubung masa depannya di Chelsea.