PAKAR Brazilian Jiu Jitsu (BJJ), Charles Oliveira dari Brazil akan bertarung dengan penggusti Armenia-Rusia, Arman Tsarukyan di UFC 300 pada 13 April ini.
Presiden UFC, Dana White berkata, pemenang pertarungan itu akan muncul sebagai pencabar nombor satu kejuaraan tali pinggang Lightweight yang kini disandang jaguh Dagestan, Islam Makhachev.
UFC 300 berlangsung di T-Mobile Arena, Las Vegas menampilkan pertarungan Light Heavyweight antara Jiri Prochazka dan Aleksandar Rakic sebagai acara utama.
Islam dengan rekod pertarungan 25-1 ketika ini sedang menjalani proses penyembuhan dan hanya kembali ke gelanggang pada musim panas atau selepas berakhirnya Ramadan.
Oliviera (34-9) yang berada di ranking teratas Lightweight sepatutnya bertarung dengan Islam di UFC 294 pada Oktober lalu, tetapi kecederaan memaksa atlet seni bela diri campuran (MMA) dari Sao Paulo itu menarik diri pada saat akhir.
Dikenali dengan nama Do Bronx, Oliviera pertama kali bertarung dengan Islam pada UFC 280 bagi merebut gelaran juara Lightweight yang dikosongkan selepas pengunduran Khabib Nurmagomedov.
Pertarungan di Abu Dhabi itu menyaksikan Oliviera tewas menerusi gerakan submission di pusingan kedua.
Jun lalu, Oliviera merekodkan kemenangan TKO ke atas Beneil Dariush sekali gus meletakkan namanya dalam senarai pertarungan ulangan dengan Islam yang juga sahabat baik Khabib.
Bagi Tsarukyan yang mempunyai rekod 21-3 pula, kemenangan ke atas Oliviera membolehkannya menebus semula kekalahan di tangan Islam pada 2019.
Sejak kekalahan itu, Tsarukyan yang berada di ranking keempat Lightweight memenangi lapan daripada sembilan pertarungan termasuk menumpaskan Dariush, Joaquim Silva dan Joel Alvarez. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 11 2024

Oliviera (kiri) dan Tsarukyan akan bertarung di UFC 300. - Foto Agensi/Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Olimpik Paris 2024: Ahli gusti Cuba lakar sejarah, raih emas kelima berturut-turut
Lopez, 41, meraih pingat emas dalam kategori 130 kilogram dengan menewaskan Yasmani Acosta Fernandez dari Chile dengan kutipan mata 6-0.

Charles Oliviera lawan Arman Tsarukyan di UFC 300
Pemenang pertarungan itu akan muncul sebagai pencabar nombor satu kejuaraan tali pinggang Lightweight, Islam Makhachev.

'Golden Boy' Emman Azman pertahan tali pinggang kejuaraan gusti
Emman Azman tewaskan ahli gusti Singapura, Endboss Gregory sekali gus menebus kekalahan selepas tewas di tangan lawannya itu empat tahun lalu.

Emman ketuai cabaran negara di kejohanan gusti 'New Breed'
Emman akan berentap untuk mempertahankan tali pinggang kejuaraan menentang ahli gusti dari Singapura, Greg Glorious.

Emman Azman, juara gusti di Australia tiba di Malaysia esok
Emman mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi Melbourne City Wrestling Intercommonwealth pada 26 November lepas.

Selepas 40 tahun terajui WWE, Vince McMahon umum bersara
Vince McMahon mengumumkan persaraannya sebagai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif WWE selepas 40 tahun menerajui organisasi gusti profesional terbesar dunia itu.

Logan Paul ikat kontrak bersama WWE
Paul mengumumkan telah menandatangani kontrak yang berakhir sehingga tahun depan dengan organisasi gusti itu.

Big E pertahan Kejuaraan WWE
Kemunculan Cedric Alexander dan Shelton Benjamin secara tiba-tiba di tepi gelanggang sedikit sebanyak menganggu fokus Big E.

The Rock, dulu dibuli kini selebriti
Bret Hart (penggusti dalam WWF) pernah menceritakan dua peggusti legenda, Triple H dan Shawn Michaels pernah membuli Johnson ketika dia baru sahaja menjadi penggusti.

Maurice Tillet, inspirasi di sebalik watak Shrek
Banyak pihak mendakwa kisah raksasa berwarna hijau itu diinspirasikan daripadanya kerana wajahnya benar-benar hampir menyerupai Shrek.