Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuat kejutan dengan menyenaraikan pemain pelapis kebangsaan yang menduduki ranking ke-81 dunia, Cheam June Wei bagi membawa cabaran negara di Sukan Asia 2018 di Indonesia, bulan depan.
Pemilihan pemain berusia 21 tahun itu adalah bagi menggantikan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang terpaksa menarik diri susulan masalah kesihatan.
Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata keputusan itu diputuskan Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CT) selepas menilai beberapa faktor utama selain mengambil kira kecederaan yang dialami seorang lagi pemain negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin.
"Sebagaimana yang kita maklum, beberapa nama telah dikemukakan dan menurut keputusan yang dibuat CT untuk dihantar ke Majlis Olimpik Malaysia (MOM), kita mungkin akan mengetengahkan Cheam June Wei sebagai pengganti.
"Kita (BAM) akan menghantar nama beliau dan memohon kepada Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Indonesia (INASGOC) untuk membuat pertukaran secepat mungkin walaupun proses penamaan itu telah ditutup. Namun ia ada pengecualian bagi kes-kes tertentu yang melibatkan masalah kesihatan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian pakaian rasmi Asia Pacific Masters Game 2018 di sini, hari ini.
BACA: Chong Wei ketepikan dua kejohanan besar kerana masalah kesihatan
BACA: Chong Wei tidak pernah alami masalah kesihatan seperti ini - Daren
Antara pencapaian terbaik June Wei adalah menjuarai Kejohanan Terbuka Belanda pada April lepas, selain muncul naib juara Terbuka Finland (April) dan Terbuka Austria (Februari).
Pada masa sama, Mohamad Norza mengakui ketiadaan Chong Wei ternyata memberi impak terhadap sasaran pingat yang diletakkan ke atas skuad badminton negara di Indonesia.
"Dari segi sasaran pingat, sebelum ini kita sasarkan tiga, namun memandangkan Chong Wei tidak dapat bersama-sama, sasaran itu diturunkan kepada dua pingat. Tidak kira apa warna pingat sekali pun," kata beliau.
Dalam pada itu, beliau berkata perkembangan mengenai tahap kesihatan Chong Wei hanya akan dimaklumkan dalam tempoh tiga minggu hingga sebulan daripada sekarang.
"Saya sentiasa berhubung dengan beliau (Chong Wei) dan buat masa ini beliau sedang menjalani proses rawatan jadi sebaiknya kita biarkan dan berikan kesempatan untuk beliau meluangkan masa bersama keluarga.
Mungkin kita (BAM) akan maklumkan mengenai perkembangan kesihatannya dalam masa tiga minggu ke satu bulan daripada sekarang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 26 2018

BAM mungkin akan mengetengahkan Cheam (gambar) sebagai pengganti Chong Wei, kata Mohamad Norza. --fotoBERNAMA/Fail

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana akan mengambil beberapa langkah penting bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Pearly-Thinaah jatuh satu anak tangga, Soon Huat-Shevon Lai kini ranking ketiga dunia
Kemas kini terbaharu ranking badminton dunia menyaksikan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah turun satu anak tangga.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.

Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

'Ini semua salah faham' - Ini penjelasan Arif susulan didakwa seleweng wang di Kanada
Pada Isnin, tular dakwaan terhadap Arif yang didakwa melakukan penyelewengan wang mencecah nilai RM200,000 ketika berkhidmat Kanada.

Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.