KUALA LUMPUR: Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei mencadangkan supaya sebarang kejohanan anjuran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada masa depan memberi fokus kepada kualiti dengan tawaran hadiah lebih lumayan berbanding kuantiti.
Chong Wei yang disenarai dalam Badminton Hall of Fame BWF berpandangan jadual kejohanan anjuran badan badminton dunia itu begitu padat ketika ini, sehingga memberi kesan negatif kepada prestasi pemain di seluruh dunia.
Beliau berkata cadangannya itu perlu diberi pertimbangan sewajarnya oleh BWF jika badan itu mahu melahirkan pemain berkualiti dan berprestasi tinggi, contohnya sukan tenis.
"..mungkin mereka (BWF) perlu menukar format mata perlawanan, sistem atau menaikkan jumlah wang kemenangan. Mungkin juga mengurangkan beberapa kejohanan dalam tempoh setahun dengan memberikan tumpuan kepada kejohanan lebih berkualiti, seperti tenis misalnya yang ada enam kejohanan utama," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita apabila ditanya mengenai perkara yang perlu dilakukan BWF sekiranya ingin melahirkan pemain berkualiti seperti beliau dan Lin Dan.
Chong Wei berkata penarikan diri pemain nombor satu dunia Viktor Axelsen daripada kejohanan Masters Malaysia kerana belum sempat sembuh daripada kecederaan hamstring di Piala Sudirman baru-baru ini serta pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia yang tewas pusingan kedua Masters Malaysia kerana kurang sihat, sepatutnya dijadikan ikhtibar oleh BWF.
Semalam, Chong Wei dan Lin Dan dimasyhurkan dalam Badminton Hall of Fame BWF atas kejayaan dan sumbangan mereka terhadap dunia sukan badminton dengan muncul sebagai pemain perseorangan lelaki paling dominan ketika era kegemilangan mereka.
Penguasaan Chong Wei dan Lin Dan dalam arena badminton menyaksikan mereka bertanding sesama sendiri dalam lima perlawanan akhir di temasya Sukan Olimpik dan 10 Kejohanan Dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 27 2023
![Chong Wei cadang kejohanan anjuran BWF fokus kualiti bukan kuantiti Chong Wei cadang kejohanan anjuran BWF fokus kualiti bukan kuantiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681373055_SidangMediaLCW.jpg)
Chong Wei berpandangan jadual kejohanan anjuran BWF begitu padat sehingga memberi kesan negatif kepada prestasi pemain di seluruh dunia. - Gambar fail/Astro AWANI
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
![Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41738304005_LeeChongWei.jpg)
Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.
!['Cara kau terbang atas gelanggang memang baik' 'Cara kau terbang atas gelanggang memang baik'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731890965_LeongJunHao.jpg)
'Cara kau terbang atas gelanggang memang baik'
Shi Feng memerlukan 44 minit untuk mengesahkan kemenangan 21-10 dan 21-13 dalam pertemuan keempat mereka sepanjang tahun ini.
![Saya pernah bertanding di 13 negeri, semua saya sayang - Lee Chong Wei Saya pernah bertanding di 13 negeri, semua saya sayang - Lee Chong Wei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726477800_LeeChongWei.jpg)
"Saya pernah bertanding di 13 negeri, semua saya sayang" - Lee Chong Wei
Sempena Hari Malaysia hari ini, legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, memberikan kata dua buat semua rakyat Malaysia.
![Paralimpik Paris 2024: Chong Wei beri 'tabik spring' buat kontinjen negara Paralimpik Paris 2024: Chong Wei beri 'tabik spring' buat kontinjen negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725856010_LeeChongWei.jpg)
Paralimpik Paris 2024: Chong Wei beri 'tabik spring' buat kontinjen negara
Datuk Lee Chong Wei, mengucapkan tahniah kepada kontinjen para negara yang berjuang untuk mengharumkan nama Malaysia.
!['Malaysia paling kuat apabila semua kaum bersama' - Lee Chong Wei 'Malaysia paling kuat apabila semua kaum bersama' - Lee Chong Wei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71725080540_LeeChongWei.jpg)
'Malaysia paling kuat apabila semua kaum bersama' - Lee Chong Wei
PERKONGSIAN mencuit hati legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, mengenai perpaduan kaum di Malaysia sekali lagi mencuri perhatian.
![Jangan jadi wira papan kekunci - Chong Wei Jangan jadi wira papan kekunci - Chong Wei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723452365_TBLeeChongWei.jpg)
Jangan jadi wira papan kekunci - Chong Wei
Datuk Lee Chong Wei menggesa netizen supaya tidak berselindung di sebalik profil tanpa nama untuk membuat kenyataan menghina atlet Malaysia berikutan tamatnya Sukan Olimpik Paris.
![‘Penyakit dalam sukan Malaysia, tumpu kepada atlet menang sahaja’ - Penganalisis ‘Penyakit dalam sukan Malaysia, tumpu kepada atlet menang sahaja’ - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-10/51444096155_Badminton.jpg)
‘Penyakit dalam sukan Malaysia, tumpu kepada atlet menang sahaja’ - Penganalisis
"Tengok apabila Pandelela Rinong tidak boleh bertanding, tidak ada orang yang boleh menggantikan tempatnya, begitu juga berlaku selepas Lee Chong Wei bersara. Terkapai-kapai cari pengganti."
![Olimpik Paris: Chong Wei kongsi detik cemas bertukar kelakar disebabkan 'Jason' Olimpik Paris: Chong Wei kongsi detik cemas bertukar kelakar disebabkan 'Jason'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722067985_TBLeeChongWei.jpg)
Olimpik Paris: Chong Wei kongsi detik cemas bertukar kelakar disebabkan 'Jason'
Lee Chong Wei mendedahkan dia juga tidak dapat lari daripada perasaan cemas ketika menyertai temasya pertamanya di Athens pada 2004.
![Olimpik Paris 2024: Jangan biar tekanan menguasai - Chong Wei Olimpik Paris 2024: Jangan biar tekanan menguasai - Chong Wei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720856208_DLCWsidahmedia.jpg)
Olimpik Paris 2024: Jangan biar tekanan menguasai - Chong Wei
Kira-kira dua minggu menjelang Sukan Olimpik Paris 2024, debaran pastinya kian dirasai pemain-pemain badminton negara apatah lagi selepas undian oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam.
![Lee Chong Wei masih belum terfikir jadi jurulatih di BAM Lee Chong Wei masih belum terfikir jadi jurulatih di BAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720830914_LeeChongWei.jpg)
Lee Chong Wei masih belum terfikir jadi jurulatih di BAM
Chong Wei pernah menerima tawaran daripada BAM dan luar negara tetapi masih tidak berminat untuk menjadi jurulatih.