Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen percaya Datuk Lee Chong Wei cergas untuk meneruskan pencapaian cemerlang sebaik sahaja pemain itu kembali ke gelanggang.
"Sudah tentu dia tidak tertekan untuk beraksi dalam kejohanan tetapi sudah pasti dia cergas," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sesi latihan skuad negara di Stadium Juara di Bukit Kiara di sini pada Isnin.
Bagaimanapun, Frost berkata halangan untuk jaguh negara itu untuk beraksi pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil bergantung kepada tarikh tutup kejohanan utama akan datang.
"Esok adalah tarikh tutup untuk Terbuka Australia, minggu depan (21 April) untuk Terbuka Indonesia...jadi lebih banyak masa diambil oleh panel pendengaran Persekutuan Badminton Dunia (BWF), maka lebih banyak tarikh tutup terlepas.
"Harap Chong Wei dapat keputusan baik secepat mungkin," katanya.
Chong Wei, yang kembali ke Malaysia selepas pendengaran tiga ahli panel BWF di Amsterdam, Sabtu lepas, berkata beliau akan memulakan latihan hari ini.
Chong Wei, 33, pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2008 di Beijing dan 2012 di London, digantung sementara oleh BWF selepas didapati menggunakan bahan terlarang jenis 'dexamethasone' pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos tahun lepas.
Keputusan panel itu dijangka diumumkan dalam masa tiga minggu itu bakal menentukan masa depan bekas pemain nombor satu dunia itu.
Sementara itu, menurut laman web BWF, kuota sebanyak 34 individu diperuntukkan kepada pemain perseorangan lelaki yang menduduki ranking teratas sebelum 5 Mei tahun depan.
Di samping ranking, untuk layak ke Sukan Olimpik 2016, semua pemain perseorangan perlu bertanding minimum tiga kejohanan yang menawarkan mata ranking iaitu semasa tempoh kelayakan Olimpik bermula 4 Mei 2015 hingga 1 Mei 2016.
Antara kejohanan tersebut ialah Piala Thomas dan Uber, Piala Sudirman, Kejohanan Dunia, Sir Super, Grand Prix Emas, Grand Prix, Cabaran Antarabangsa dan mana-mana kejohanan antarabangsa yang diiktiraf oleh BWF.
Bernama
Tue Apr 14 2015

Chong Wei, yang kembali ke Malaysia selepas pendengaran tiga ahli panel BWF di Amsterdam, Sabtu lepas, berkata beliau akan memulakan latihan hari ini. - Gambar Fail

Remaja lelaki lemas selepas terjatuh ketika memancing di Port Dickson
Mayat mangsa ditemukan pada 12.28 tengah malam di permukaan pantai sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang
Seorang lelaki meninggal dunia selepas treler muatan kayu lapis terpakai yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang.

USS Carl Vinson tiba di Korea Selatan, tunjukkan komitmen AS terhadap sekutunya
USS Carl Vinson diiringi kapal penjelajah peluru berpandu USS Princeton dan kapal pemusnah berkeupayaan Aegis, USS Sterett.

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Strategi untuk membantu OKU mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan
Berusia 75 tahun, Zainon Said mempunyai sejarah penyakit kronik, iaitu kencing manis, darah dan kolesterol tinggi.

Skandal pernikahan, poligami dan perceraian Raja Zulu…
Masalah perkahwinan Raja Zulu nampaknya berpunca daripada kegagalannya mematuhi tradisi sepenuhnya.

Israel harus dipaksa bayar kos pembinaan semula Gaza - Putera Turki Al-Faisal
"Kita tidak boleh menerima keadaan setiap kali kita bina semula Gaza atau Tebing Barat, Israel datang dan merobohkan apa yang telah dibina semula."

‘Pergaduhan’ dengan Trump tidak halang Ukraine untuk ‘sedia’ tandatangani perjanjian mineral dengan AS - Zelenskyy
Zelenskyy masih mahu mengadakan "dialog konstruktif" dengan AS walaupun pertemuannya dengan Presiden Trump berlangsung tegang.
DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Warga emas maut motosikal terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai pada Ahad

Jurulatih wanita, Jeffer Rosobin berpisah dengan BAM
Jurulatih perseorangan wanita negara, Jeffer Rosobin meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini, selepas 16 bulan bersama badan induk itu, demikian menurut kenyataan BAM hari ini.

Jahaberdeen lebih minat pertahan jawatan di BAM
Jahaberdeen masih belum memberi bayangan jelas mengenai kemungkinan merebut jawatan presiden baharu.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.

Herry Iman ketua jurulatih beregu lelaki negara - BAM
Teka-teki mengenai ketua jurulatih beregu lelaki terjawab hari ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan Herry Iman Pierngadi membimbing skuad kebangsaan berkuat kuasa 1 Feb ini.

Kurang cergas punca Pearly-Thinaah tersingkir awal - Rexy
Rexy Mainaky mengakui keadaan pemain beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah yang tidak cukup cergas menjadi punca mereka tersingkir awal di Terbuka Malaysia 2025.

BAM tidak lagi mahu dengar alasan pemain - Subramaniam
BAM telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membayar jurulatih berkualiti tinggi serta pemain.

BAM nafi tuduhan Megat D Shahriman
Goh menyifatkan tuduhan itu tidak munasabah dan menegaskan BAM bukan antara persatuan yang 'mencabar' kedudukan AGM MPM.