KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Road To Gold (RTG) akan membincangkan tindakan susulan pada mesyuarat seterusnya, jika jaguh badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia tidak menandatangani perjanjian persetujuan komitmen (LOC) menyertai program berkenaan sebelum 14 Nov ini.
Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei, selaku ahli jawatankuasa RTG berkata sebarang keputusan mengenai isu tersebut hanya akan ditentukan pada mesyuarat berkenaan.
"Seperti yang penyelaras RTG Datuk Stuart Ramalingam maklumkan, Zii Jia mempunyai dua minggu untuk menandatangani perjanjian itu. Mungkin Zii Jia sibuk dengan banyak kejohanan luar negara atau mahu fikir dulu.
"Stuart akan buat tindakan susulan dengan Zii Jia, harap dia boleh selesaikan perjanjian ini dalam tempoh diberikan. Keputusan seterusnya akan dibuat dalam mesyuarat, perkara ini tidak dapat diputuskan sendiri," katanya kepada pemberita apabila ditanya mengenai perjanjian RTG melibatkan Zii Jia, di sini hari ini.
Semalam, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata Zii Jia yang berada di ranking ke-11 dunia, merupakan satu-satunya atlet yang belum menandatangani perjanjian itu dan diberikan tempoh 14 hari untuk melengkapkan komitmen berkenaan.
Sementara itu, Chong Wei yang juga Pengurus Pasukan badminton RTG, berkata dua pasangan beregu campuran profesional - Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie - yang digugurkan daripada program RTG, mempunyai peluang untuk disenaraikan semula jika prestasi mereka meningkat.
Beliau turut menjelaskan bahawa walaupun digugurkan daripada program berkenaan semalam, beregu berkenaan masih diberikan bantuan dari segi khidmat sokongan seperti fisioterapi.
Kedua-dua pasangan itu kini terkeluar daripada ranking kelayakan ke Paris dengan Soon Huat-Shevon di kedudukan ke-16 manakala Kian Meng-Pei Jing di tangga ke-24 dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 01 2023
![Chong Wei harap Zii Jia selesaikan perjanjian RTG Chong Wei harap Zii Jia selesaikan perjanjian RTG](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61627219306_TBLEECHONGWEIRETIRE.jpg)
Chong Wei, selaku ahli jawatankuasa RTG berkata sebarang keputusan mengenai isu tersebut hanya akan ditentukan pada mesyuarat berkenaan. - Gambar fail
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.
![Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728964477_HafizulHawari.jpg)
Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.
![Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739952443_ZalihabintiMustafa.jpg)
Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.
![Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739951176_TBMohdAzizi.jpg)
Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews
![Olimpik: Belum ada sasaran pingat, MOM akan bincang dengan menteri Olimpik: Belum ada sasaran pingat, MOM akan bincang dengan menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716197602_NorzaZakaria.jpg)
Olimpik: Belum ada sasaran pingat, MOM akan bincang dengan menteri
MOM masih belum menetapkan jumlah sasaran pingat bagi temasya itu yang akan berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
![Perkara ini tidak boleh nak paksa, Hannah akur keputusan Zii Jia Perkara ini tidak boleh nak paksa, Hannah akur keputusan Zii Jia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699997980_LeeZiiJia.jpg)
Perkara ini tidak boleh nak paksa, Hannah akur keputusan Zii Jia
"Saya tidak boleh memaksa atlet yang tidak mahu menerima Program RTG, ia terpulang kepada atlet untuk menerima atau sebaliknya."
![Chong Wei harap Zii Jia selesaikan perjanjian RTG Chong Wei harap Zii Jia selesaikan perjanjian RTG](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61627219306_TBLEECHONGWEIRETIRE.jpg)
Chong Wei harap Zii Jia selesaikan perjanjian RTG
Jawatankuasa RTG akan membincangkan tindakan susulan pada mesyuarat seterusnya, jika jaguh badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia tidak menandatangani perjanjian persetujuan komitmen LOC.
![Jawatankuasa RTG tahu isu dibangkit Azizulhasni, keputusan pada mesyuarat akan datang Jawatankuasa RTG tahu isu dibangkit Azizulhasni, keputusan pada mesyuarat akan datang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-08/41533811612_AzizulhasniAwang.jpg)
Jawatankuasa RTG tahu isu dibangkit Azizulhasni, keputusan pada mesyuarat akan datang
Ketidakpuashatian dibangkitkan jaguh berbasikal Azizulhasni Awang, diharapkan akan dapat diselesaikan ketika mesyuarat Jawatankuasa Road to Gold, yang akan diadakan dua minggu lagi.
![Sukan Olimpik Paris: Azizulhasni terkilan tuntut janji belum tertunai Sukan Olimpik Paris: Azizulhasni terkilan tuntut janji belum tertunai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81627662542_Pelumbanegara.jpg)
Sukan Olimpik Paris: Azizulhasni terkilan tuntut janji belum tertunai
Jaminan kepadanya untuk mendapatkan persediaan terbaik di Malaysia sejak meninggalkan Melbourne hujung tahun lalu masih tidak ditepati.
![Kaji semula peranan ISN - KHM Kaji semula peranan ISN - KHM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71675030918_SubahanKamal.jpg)
Kaji semula peranan ISN - KHM
KHM meminta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengkaji semula semula peranan ISN dalam membantu latihan skuad kebangsaan pelbagai peringkat dalam menghadapi kejohanan antarabangsa.
![Pamer aksi konsisten buru mata kelayakan ke Olimpik 2024 - Norza Pamer aksi konsisten buru mata kelayakan ke Olimpik 2024 - Norza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81682998341_TBNORZAPUTRAJAYA.jpg)
Pamer aksi konsisten buru mata kelayakan ke Olimpik 2024 - Norza
Pihaknya sentiasa memberikan sokongan sewajarnya tanpa mengira sama ada pemain bernaung di bawah BAM atau bergerak secara profesional.
![PKBM minta KBS senarai Muhammad Fadhil dalam program 'Road To Gold' PKBM minta KBS senarai Muhammad Fadhil dalam program 'Road To Gold'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41632549448_tbExcoKhasPKBMBi.jpg)
PKBM minta KBS senarai Muhammad Fadhil dalam program 'Road To Gold'
Kelibat Muhammad Fadhil disifatkan sebagai satu keperluan selaku pelumba sandaran bagi acara pecut berpasukan.
![Pembentukan 'Road to Gold' tindakan proaktif, berani - Presiden MOM Pembentukan 'Road to Gold' tindakan proaktif, berani - Presiden MOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652337363_PresidenMajlisOlim.jpg)
Pembentukan 'Road to Gold' tindakan proaktif, berani - Presiden MOM
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) melihat pembentukan projek 'Road To Gold' (RTG) sebagai tindakan proaktif dan berani.
![Hannah Yeoh akan bertemu Zii Jia Hannah Yeoh akan bertemu Zii Jia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61672968709_HannahYeoh.jpg)
Hannah Yeoh akan bertemu Zii Jia
Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Lee Zii Jia apabila pemain badminton perseorangan lelaki negara itu pulang ke tanah air.