Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei akan mengepalai cabaran pemain tempatan pada Kejohanan Malaysia Masters 2016 yang merupakan sebahagian daripada Siri Grand Prix Emas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam usaha untuk layak ke Sukan Olimpik Rio sebagai empat pemain teratas dunia.
Pengurus Pentadbiran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Ahmad Mohd Idris selaku sekretariat kejohanan berkata kejohanan itu akan menjadi pentas untuk Chong Wei meraih mata ranking dunia BWF untuk berada dalam kelompok empat pemain teratas.
"Selain meraih mata ranking dunia, Chong Wei akan beraksi di hadapan penonton tempatan dan diharapkan beliau dapat merangkul gelaran," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.
Chong Wei kini menghuni ranking kelima dunia di belakang Lin Dan (China) di tempat keempat, Kento Momota (Jepun) di tempat ketiga, Jan O Jorgensen (Denmark) di tempat kedua sementara Chen Long (China) mendahului ranking.
Ahmad berkata 338 pemain dari 28 negara termasuk Indonesia, Singapura, Jepun, Thailand, Amerika Syarikat, Hong Kong dan India telah mengesahkan penyertaan bagi kejohanan GP Emas itu yang menawarkan hadiah AS$120,000 (RM516,000) yang akan berlangsung di SPICE Arena buat kali pertama, dari 19 hingga 24 Januari ini.
Chong Wei, selaku pilihan utama kejohanan, akan memulakan kempen dengan menentang pemain India, R.M.V Gurusaidutt dan beliau dijangka melangkah ke suku akhir untuk bertemu sama ada pemain India, Ajay Jayaram atau pemain Hong Kong, Hu Yun sebelum bertemu pilihan ketiga Tommy Sugiarto dari Indonesia di pentas separuh akhir.
Pilihan kedua K. Srikanth dari India akan berentap dengan pemain Malaysia Chong Wei Feng pada pusingan pertama.
Pemain perseorangan Malaysia lain yang membawa cabaran ialah Liew Daren, Lim Chi Wing, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Soong Joo Ven, Goh Soon Huat, Soo Teck Zhi, Tan Chun Seang, Mohd Arif Abdul Latif dan Zulfadli Zulkiffli.
Dalam acara beregu lelaki, pasangan Malaysia ialah Goh V Shem-Tan Wee Kiong, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Hoon Thien How-Lim Khim Wah.
Dalam kategori wanita, pemain kelahiran Pulau Pinang selaku pilihan ke-32 dunia, Tee Jin Yi akan mengetuai cabaran negara bersama beregu pilihan ke-11 dunia, Vivian Hoo-Woon Khe Wei dan pilihan ke-19 beregu dunia, Amelia Alicia Anscelly/Soong Fei Choo.
Sementara itu, beregu campuran Malaysia akan diwakili oleh beregu pilihan ke-15 dunia, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.
Bernama
Thu Jan 07 2016

Chong Wei kini menghuni ranking kelima dunia di belakang Lin Dan (China) di tempat keempat, Kento Momota (Jepun) di tempat ketiga, Jan O Jorgensen (Denmark) di tempat kedua sementara Chen Long (China) mendahului ranking. - Gambar fail
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Pearly-Thinaah jatuh satu anak tangga, Soon Huat-Shevon Lai kini ranking ketiga dunia
Kemas kini terbaharu ranking badminton dunia menyaksikan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah turun satu anak tangga.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.

Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

'Ini semua salah faham' - Ini penjelasan Arif susulan didakwa seleweng wang di Kanada
Pada Isnin, tular dakwaan terhadap Arif yang didakwa melakukan penyelewengan wang mencecah nilai RM200,000 ketika berkhidmat Kanada.

Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.