Malaysia masih memerlukan khidmat jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei untuk menghadapi kejohanan Piala Thomas pada 2018.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata perancangan skuad badminton negara adalah ke arah menyediakan pasukan pelapis baru, namun khidmat Chong Wei masih diperlukan.
"Walaupun Chong Wei telah memaklumkan bahawa ini peluang terakhir beliau untuk beraksi dalam Piala Thomas tetapi saya yakin dan percaya beliau masih boleh menjadi pemain yang hebat pada 2018 nanti.
"Pada usia 34 atau 35 tahun, Chong Wei mungkin boleh turun sebagai pemain perseorangan ketiga, sebagai percaturan taktikal negara pada kejohanan Piala Thomas 2018 nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan FitMalaysia peringkat negeri Pulau Pinang di sini hari ini.
BACA: Isu kekuatan mental, kecergasan 'serang' skuad negara
Namun, beliau berkata segala perancangan itu terpulang kepada Chong Wei, akan tetapi yang pasti adalah Malaysia sudah tidak boleh lagi bergantung sepenuhnya dengan generasi pemain badminton ini.
Khairy berkata, ini adalah Piala Thomas yang terakhir bagi beberapa pemain negara antaranya Chong Wei Feng, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong.
"Skuad badminton akan melalui peralihan generasi dan berdasarkan skuad ketika ini, saya lihat yang masih boleh bermain pada masa akan datang ialah Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan gandingan Goh V Shem-Tan Wee Kiong," katanya.
Dalam pada itu, Khairy berkata, prestasi pasukan Malaysia dalam kejohanan kali ini boleh dianggap sebagai baik kerana sudah mencapai sasaran untuk layak ke separuh akhir tetapi agak mengecewakan adalah kekalahan kepada Denmark selepas mendahului dua kosong.
"Kita harus mengakui bahawa Denmark merupakan pasukan pilihan kedua dalam kejohanan dan merupakan satu pasukan yang kuat. Bagaimanapun, kita dapat beberapa keputusan cemerlang termasuk menang dua perlawanan awal serta menewaskan pasukan pilihan ketiga Korea Selatan.
"Bagi saya, pencapaian kita agak baik kerana skuad negara bukan antara empat pasukan pilihan dalam kejohanan Piala Thomas kali ini," katanya.
Terdahulu, lebih 12,000 orang menyertai program FitMalaysia Pulau Pinang yang terdiri daripada larian lima kilometer, larian 10km dan kayuhan basikal 10km dan 30km.
Bernama
Sun May 22 2016

Chong Wei dengan aksi signaturnya selepas beliau memenangi pusingan kelayakan Piala Thomas menentang pemain Denmark, Viktor Axelsen pada 20 Mei, 2016. - FotoBERNAMA
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

ASEAN 2025: Malaysia, Thailand dan Brunei kongsi kebimbangan situasi di Myanmar
Kementerian Luar Negeri berkata situasi di Myanmar menjadi antara isu yang berbangkit dalam kedua-dua mesyuarat bilateral melibatkan Malaysia hari ini.

Malaysia, Brunei terus perkukuh hubungan dan kerjasama
Malaysia dan Brunei terus memperkukuh hubungan serta kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.

Warga asing didenda seludup minuman beralkohol di Brunei
Pegawai kastam Brunei telah menahan sebuah kenderaan untuk pemeriksaan pada Rabu dan menemukan 192 tin minuman beralkohol.

Festival Makanan Malaysia 2024 tawar hidangan pelbagai rasa, diplomasi budaya ke Brunei
Festival Makanan bertujuan untuk mempromosikan masakan Malaysia kepada masyarakat Brunei dan mengukuhkan diplomasi budaya.

Agong, Permaisuri tiba di tanah air dari Brunei
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat dinaiki Seri Paduka Baginda berdua selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bharu.

Agong, Raja Permaisuri berkenan bertemu rakyat Malaysia di Brunei
Kira-kira 300 diaspora Malaysia hadir dalam majlis berkenaan antaranya ahli perniagaan, Persatuan Warganegara Malaysia dan Persatuan Kebajikan Melayu Se-Malaysia.

Agong tiba di Brunei untuk lawatan negara tiga hari
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat tiba di Bandar Seri Begawan bagi memulakan lawatan negara ke Brunei selama tiga hari bermula hari ini.

Agong, Permaisuri berangkat ke Brunei untuk lawatan negara
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda berdua berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 9.30 pagi.

Agong, Permaisuri adakan lawatan negara ke Brunei esok
Kunjungan itu merupakan lawatan negara pertama Seri Paduka Baginda ke Brunei sejak menaiki takhta pada 31 Jan 2024.