Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menambah koleksi kejuaraan Terbuka Malaysia buat kali ke-12 selepas menumpaskan Kento Momota dari Jepun pada aksi final di Axiata Arena, Bandar Sukan Kuala Lumpur di Bukit Jalil hari ini.
Pada final penuh mendebarkan itu, Chong Wei mempamerkan aksi agresif pada set pertama untuk menang 21-17, kemudian hampir membawa perlawanan kepada set penentuan apabila terikat 21-21 pada set kedua.
Namun, mata terakhir memihak kepada Chong Wei apabila beliau mencabar keputusan itu ketika sedang mendahului 22-21 dalam pertarungan sengit berkesudahan dengan kemenangan 23-21.
Chong Wei berkata bukan mudah menjadi pemain konsisten memenangi sesuatu kejohanan bertaraf Siri Super sebanyak 12 kali, dan berharap kejayaaan itu berterusan dengan kemenangan pada kejohanan penting selepas ini seperti Terbuka Indonesia, Kejohanan Dunia dan misi menamat kemarau pingat emas di Sukan Asia Indonesia.
"Memang puas, bukan senang menang sesuatu kejohanan besar sebanyak 12 kali. Bagi saya Terbuka Malaysia kali ini saya berasa lebih tertekan kerana ramai pemain terkemuka dunia beraksi dan pemain muda yang hebat di sini.
"Jumpa Momota bukan mudah, beliau seorang pemain berbakat besar. Saya pernah kalah kepadanya sebelum ini.
"Hari ini saya hanya fokus kepada permainan sendiri dan yang penting jangan putus asa. Tahap kecergasan hari ini berkelebihan kepada saya...anak-anak dan isteri banyak memberi sokongan kepada saya, begitu juga jurulatih serta penyokong," katanya selepas perlawanan.
Chong Wei seterusnya berharap rekod luar biasa 12 kali bergelar juara Terbuka Malaysia akan dipecahkan pemain lain, pada masa akan datang.
Bernama
Sun Jul 01 2018
Chong Wei masih berbisa! - Gambar fail
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Januari 2025.
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Seramai 176 warga asing ditahan dalam satu operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur di sekitar Jalan Alor, Bukit Bintang, malam ini.
Wanita hilang selama 11 hari di Sitiawan ditemui di Kajang
Ling Siew Siew disahkan berada di Kajang oleh ahli keluarganya yang memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis.
WEF 2025: Selatan Global perlu gesa kepada pembaharuan struktur antarabangsa - PM
Anwar berkata pakatan seperti BRICS adalah penting sebagai mekanisme untuk membincangkan mengenai pembaharuan dan membolehkan semua pihak mendapat manfaatnya.
AWANI Ringkas: Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Beberapa orang ditikam di stesen keretapi di tengah Jepun, seorang tidak sedarkan diri
Beberapa orang ditikam pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api yang merupakan hab pengangkutan ke kawasan ski, terletak di tengah Jepun.
Trump umum pelaksanaan 10 peratus tarif ke atas import dari China mulai 1 Februari
Trump pada Selasa berkata tarif 10 peratus ini adalah tindak balas terhadap peranan China dalam krisis fentanyl.
Seludup besi: Enam ditahan, barangan bernilai RM113 juta dirampas
Enam individu ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan warga tempatan serta tiga lelaki warga asing berumur antara 33 hingga 50 tahun.
Banjir di Sarawak: Jumlah mangsa di PPS Saratok kini 91 orang
Sebanyak 91 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Rumah Dayak, Saratok susulan banjir yang melanda daerah itu, setakat 8 malam tadi.
Turunkan barisan terbaik di BAMTC 2025 - Razif
Ia boleh digunakan untuk menilai tahap persediaan pemain sebelum mengharungi cabaran Piala Sudirman 2025 di Xiamen dari 27 Apr hingga 4 Mei.
Masters Indonesia: Aaron-Wooi Yik mara ke pusingan kedua
Pasangan yang berada di ranking kelima dunia itu tidak berdepan masalah untuk meraih kemenangan straight set 21-13, 23-21.
Kejayaan Sze Fei-Nur Izzuddin juarai Terbuka India 2025 bukti semangat juang atlet negara
Kejayaan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani rangkul gelaran juara Kejohanan Badminton Terbuka India membanggakan Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri.
Rashid Sidek buru bintang muda untuk teruskan legasinya
Rashid memburu empat bintang muda yang bakal menggantikan tempatnya dalam program 'Rashid Mencari Juara' (RMJ) yang akan ditayangkan di saluran 111 Sukan HD RTM.
Sze Fei-Nur Izzuddin wakil tunggal negara ke pentas akhir Terbuka India
Beregu lelaki nombor satu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani menjadi satu-satunya wakil negara yang berjaya melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Terbuka India 2025, esok.
Terbuka India: Aaron-Wooi Yik mara ke suku akhir
Gandingan pilihan kelima itu hanya ambil masa 34 minit untuk singkirkan pasangan bukan pilihan dari China, Xie Hao Nan-Zeng Wei Han.
Terbuka India: Soon Huat-Shevon Lai mara, mudah tewaskan pasangan Indonesia
Goh Soon Huat-Shevon Lai, menepati ramalan apabila menewaskan lawan dari Indonesia, Rinov Rivaldy-Lisa Ayu Kusumawati dalam Badminton Terbuka India.
Dua beregu campuran negara pamer peningkatan ranking, Pearly Tan-M Thinaah turun satu tangga
Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei memperbaharui ranking BWF mereka dengan menghuni tangga ketiga dan keempat dunia.
Gelaran beregu lelaki Terbuka Malaysia milik Won Ho-Seung Jae
Won Ho-Seung Jae muncul juara baharu dengan kemenangan 21-12, 21-12 dalam perlawanan selama 64 minit.
Mental belum cukup kuat punca Tang Jie-Ee Wei tersingkir - Nova
Katanya, jika mahu pergi lebih jauh, mereka perlu segera atasi masalah berkenaan terutama ketika berdepan beregu campuran handalan dunia.