PEMAIN perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei mara ke suku akhir Siri Super Terbuka Perancis selepas menundukkan juara remaja dunia 2010, Viktor Axelsen dari Denmark di Paris malam tadi.
Chong Wei, 33, yang tewas set pertama 12-21, bangkit memperkemaskan permainan untuk menjinakkan lawannya yang 12 tahun muda daripadanya apabila memenangi dua set berikutnya 21-17, 21-14.
Ini adalah kemaraan suku akhir pertamanya dalam sirkit Siri Super musim ini selepas bebas daripada penggantungan lapan bulan akibat kesalahan doping Mei lalu.
Di suku akhir esok, Chong Wei akan menentang pemain veteran Jepun, Sho Sasaki yang mara selepas menundukkan rakan senegaranya, Kento Momota 15-21, 21--19, 21-19.
Begitupun cabaran pasangan Goh V Shem/Tan Wee Kiong berakhir di pusingan kedua apabila tunduk kepada Kim Gi Jung/Kim Sa Rang dari Korea Selatan 11-21, 18-21.
Sebelum itu, pemain perseorangan wanita negara, Tee Jing Yi mudah melepasi lawannya di pusingan pertama yang diadakan awal pagi tadi apabila pilihan ketujuh, Sung Ji Hyun dari Korea Selatan menarik diri ketika ketinggalan 2-4 di set pertama.
Tee akan menentang pemain Indonesia, Maria Febe Kusumastuti di pusingan kedua awal pagi esok waktu Malaysia.
Pasangan veteran negara, Koo Kien Keat/Tan Bon Heong turut melangkah ke pusingan kedua selepas menundukkan beregu England, Andrew Ellis/Peter Mills 21-16, 21-17.
Di pusingan kedua awal pagi esok, mereka akan berdepan pasangan Jepun, Hiroyuki Endo/Kenichi Hayakawa.
Astro Arena
Fri Oct 23 2015

Chong Wei (gambar) mara ke suku akhir Siri Super Terbuka Perancis selepas menundukkan juara remaja dunia 2010 Viktor Axelsen dari Denmark.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Patung lilin Lee Chong Wei di Madame Tussauds Singapura
Figura lilin bekas pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dipamerkan di Madame Tussauds Singapura.

Piala Sudirman: Pasukan muda negara bagai dirasuk Harimau Malaya - Chong Wei
Tahniah seharusnya diucapkan kepada barisan pemain yang tidak mengecewakan walaupun ranking setiap pihak lawan lebih tinggi.

Chong Wei yakin Mohd Azizulhasni mampu raih emas di Paris
"Terima kasih kerana menyatukan kita (rakyat Malaysia)," demikian reaksi legenda badminton perseorangan lelaki negara Datuk Lee Chong Wei.

Olimpik Tokyo: Zii Jia robek hati peminat Perancis, tewaskan Leverdez
Zii Jia menang bergaya dengan mata 21-17, 21-5, meskipun Leverdez dilihat mempamerkan aksi yang agak licik pada penghujung set pertama.

Olimpik Tokyo: 'Tiada siapa masuk gelanggang untuk kalah' - Chong Wei 'terasa' dengan kecaman netizen
Datuk Lee Chong Wei kecewa dengan komen netizen yang mengecam pemain badminton negara apabila mereka kalah di gelanggang.

"Perasaan saya bercampur baur semalam" - Chong Wei ucap selamat maju jaya pada atlet Olimpik negara
Bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengucapkan selamat maju jaya kepada kontinjen negara ke Olimpik Tokyo semalam.

KKM, MKN sedia bantu atlet di Tokyo andai mereka positif COVID-19 - Ismail Sabri
Ismail Sabri menasihatkan atlet supaya tidak risau dan memberi persembahan terbaik bagi mengharumkan nama negara.

Chong Wei sah tidak ke Olimpik Tokyo - Reezal Merican
Lee Chong Wei tidak akan ke Jepun atas faktor kesihatan dan nasihat doktor yang tidak membenarkannya ke luar negara.

Selepas divaksinasi, Chong Wei ajak orang ramai mendaftar
Datuk Lee Chong Wei mengajak masyarakat mengambil suntikan vaksin COVID-19 demi orang tersayang dan negara tercinta.

Lee Chong Wei sumbang 50 tablet untuk pelajar kurang berkemampuan
Legenda badminton tanah air, Datuk Lee Chong Wei bakal menyumbangkan 50 buah tablet khas untuk kegunaan pelajar kurang berkemampuan di Parlimen Bukit Mertajam.