Jaguh badminton Malaysia Datuk Lee Chong Wei mencatat satu lagi kemenangannya menentang pemain nombor satu dunia, Chen Long, dan meraih gelaran juara Kejohanan Badminton Asia bagi kali kedua di Wuhan, China, hari ini.
Bekas pemain nombor satu dunia itu mengalahkan musuh ketatnya bagi kali keempat berturut-turut dengan mata 21-17, 15-21, 21-13 dalam perlawanan sengit selama satu jam 22 minit.
Kali terakhir Chong Wei kalah kepada juara dunia dua kali itu ialah pada perlawanan akhir Kejohanan Dunia Jakarta 2015 Ogos lepas, sebelum menumpaskan Chen Long pada Terbuka China, Terbuka Hong Kong dan Terbuka Malaysia pada April.
Pada set pertama, Chen Long memungut tujuh mata berturut-turut setelah ketinggalan 8-11 untuk memintas Chong Wei 15-11, tetapi Chong Wei bangkit semula untuk mengutip enam mata berturut-turut bagi menamatkan perlawanan dengan kedudukan 21-17.
Bagaimanapun, pemain China itu bingaks semula pada set kedua dan memperoleh kemenangan 21-15 untuk memaksa keputusan pertarungan mereka ditentukan dalam set ketiga.
Pada set penentu, pemain kebangsaan kelahiran Pulau Pinang itu memanfaatkan kemahirannya dan meraih kemenangan 21-13, untuk melakar kemenangan kali ke-12 terhadap jaguh China tersebut, yang mencatat 11 kemenangan dalam pertemuan mereka.
Kali pertama Chong Wei, 33, menjuarai Kejohanan Badminton Asia ialah pada 2006, genap 10 tahun lepas dan ini sekali gus menunjukkan tempoh yang begitu lama beliau beraksi di gelanggang kejohanan.
Pada perlawanan separuh akhir semalam, Chong Wei mengalahkan juara bertahan dan pemenang pingat emas Olimpik sebanyak dua kali, Lin Dan 22-20, 15-21, 21-4, manakala Chen Long dengan mudah mengetepikan rakan senegaranya Tian Houwei 21-14, 21-16.
Kemenangan itu membolehkan Chong Wei meraih hadiah USD15,000 (kira-kira RM58,702).
Tiada pemain Malaysia lain mara melepasi pusingan kedua pada kejohanan itu, yang menawarkan hadiah berjumlah USD200,000 (kira-kira RM782,700).
Bernama
Sun May 01 2016

Kali terakhir Chong Wei kalah kepada Chen Long adalah pada perlawanan akhir Kejohanan Dunia Jakarta 2015 Ogos lepas. - Foto Bernama

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

BAC 2024: Aaron-Wooi Yik, Sze Fei-Nur Izzuddin melangkah ke suku akhir
Pasangan Aaron-Wooi Yik, menang kali kedua ke atas pasangan Jepun itu, selepas kemenangan 21-10, 21-14, pada pusingan kedua Trebuka India 2024.

Zii Jia ketuai kemaraan pemain negara di BAC 2024
Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia mengetuai kemaraan Malaysia melepasi halangan di pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China hari ini.

Kami perlu sabar, tidak terburu-buru - Mei Xing
Mei Xing mengakui mereka perlu lebih bersabar semasa bertahan bagi mengelak daripada memberi mata mudah kepada lawan.

BAC: Lee Zii Jia optimis mampu lakar kejutan
Fokusnya kini 100 peratus terhadap kejohanan di Filipina, sebelum memperkuatkan skuad negara dalam Piala Thomas di Bangkok.

Malaysia tarik minat Gulf Air kembali ke KLIA - Ab Aziz
Syarikat penerbangan Gulf Air milik Kerajaan Bahrain akan memulakan kembali penerbangan ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat (Manama-Kuala Lumpur).

Chong Wei raih gelaran juara Badminton Asia kali kedua selepas 10 tahun
Bekas pemain nombor satu dunia itu mengalahkan musuh ketatnya dengan mata 21-17, 15-21, 21-13 dalam perlawanan sengit selama satu jam 22 minit.

Kejohanan Asia: Chong Wei tewaskan Lin Dan di tanah China
Datuk Lee Chong Wei beroleh suntikan psikologi terbaik dalam persiapan ke Sukan Olimpik apabila menundukkan musuh tradisi, Lin Dan.

Chong Wei bertemu Lin Dan dalam separuh akhir BAC
Chong Wei tempah tiket ke separuh akhir selepas mengambil masa 49 minit untuk menundukkan pemain Taiwan, Chou Tien Chen 21-16, 21-18 hari ini.

Daren Liew ketuai cabaran di Kejohanan Badminton Asia
Pemain perseorangan nombor dua negara, Daren Liew mengetuai cabaran pemain negara yang melayakkan diri ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Asia (BAC).
Skuad pelapis badminton ke Kejohanan BAC
Skuad pelapis badminton negara akan menggalas cabaran Malaysia ke Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Taiwan, 16 April ini.