Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berjanji skuad Malaysia akan mempamerkan aksi terbaik pada saingan Piala Thomas 2016 di Kunshan, China pada 15-22 Mei ini.
Juara Kejohanan Badminton Asia 2016 itu mengakui saingan kali ini lebih seimbang tetapi enggan meletakkan sebarang sasaran kepada peminat.
"Kita janjikan skuad yang akan melakukan yang terbaik. Oleh kerana kita adalah naib juara edisi lalu, mungkin peminat mahu kita satu langkah lebih baik kali ini.
"Saya tak boleh janjikan yang kita boleh masuk final atau menang piala kerana lepas janji kita boleh kalah juga. Tapi, kita akan buat yang terbaik," katanya kepada pemberita di sini, hari Ahad.
Chong Wei ditemui pada majlis perkahwinan anak bekas jurulatihnya Datuk Misbun Sidek, iaitu Misbun Syawal dan Nur Hidayah Muhamad.
Beliau yang mengakui latihan skuad negara kali ini yang diadakan secara tertutup dapat meningkatkan fokus pemain, berkata Malaysia bakal menerima cabaran sengit daripada pasukan China, Denmark dan Korea Selatan.
"Denmark ada tiga pemain perseorangan yang baik, iaitu Juara Kejohanan Badminton Asia 2016 itu mengakui saingan kali ini lebih seimbang tetapi enggan meletakkan sebarang sasaran kepada peminat., Jan O. Jorgensen dan Hans-Kristian Vittinghus. China pula membariskan pemain seperti Chen Long, Lin Dan dan Tian Houwei yang kita kena berhati-hati.
"Selain itu, kedua-dua pasangan beregu utama kita iaitu, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pula kelihatan letih selepas bermain banyak kejohanan untuk mengutip mata kelayakan ke Sukan Olimpik.
"Namun saya berharap mereka akan cepat pulihkan kecergasan dan kembali bersemangat apabila sampai di Kunshan," katanya.
Skuad Piala Thomas negara terdiri daripada Chong Wei, Iskandar Zulkarnain Zainu-ddin, Chong Wei Feng dan Goh Soon Huat selain pasangan beregu V Shem/Wee Kiong, Kien Keat-Boon Heong serta Teo Ee Yi-Ong Yew Sin.
Sementara itu, Misbun mengakui Malaysia sentiasa menjadi antara empat pasukan terbaik dunia, namun perlu memikirkan cara berkesan sekiranya berhasrat merampas kembali piala yang kali terakhir dimiliki pada 1992.
"Peluang itu memang ada, tetapi bergantung kepada bagaimana kita mengambil peluang untuk menang. Dari segi kekuatan, jika prestasi Chong Wei dapat dikekalkan, susah untuk orang nak gugatkan dia dan kita hanya perlukan dua mata lagi.
"Jadi sebenarnya tak jauh dari kejayaan, tetapi jika kita hanya bergantung kepada Chong Wei sahaja adalah susah, sebaliknya perlu memperkuatkan pasukan secara keseluruhan. China pula dari dulu lagi akan bermain muslihat, mereka akan menukar atau menggantikan susunan pemainnya.
"Ini kerana mereka mempunyai kelompok pemain yang besar, maka boleh pilih sesiapa sahaja. Bayangkan, Chong Wei hanya seorang dan dia diperhatikan di semua empat penjuru oleh musuh...Chong Wei boleh tergolek juga," katanya.
Mengenai pemain perseorangan kedua negara, Iskandar Zulkarnain, Misbun berkata pemain berusia 24 tahun itu perlu memperkuatkan senjata serangan dan strategi taktikal untuk mematikan permainan lawan.
"Prestasi dan perkembangan dia baik buat masa sekarang, tetapi masih tidak stabil kerana beberapa corak permainan dan pukulan penamatnya perlu diperkemaskan lagi," katanya.
Sebagai rekod, Malaysia merupakan naib juara Piala Thomas 2014 selepas tewas kepada Jepun dalam aksi akhir dan pernah menjuarai piala tersebut sebanyak lima kali, iaitu pada 1949, 1952, 1955, 1967 dan 1992.
Bernama
Sun May 08 2016
Skuad Piala Thomas negara terdiri daripada Chong Wei, Iskandar Zulkarnain Zainu-ddin, Chong Wei Feng dan Goh Soon Huat selain pasangan beregu V Shem/Wee Kiong, Kien Keat-Boon Heong serta Teo Ee Yi-Ong Yew Sin. - Gambar fail
Anwar terima kunjungan Dr Omar Suleiman, bincang gencatan senjata di Gaza
Pertemuan itu membincangkan perkara berkaitan gencatan senjata di Gaza, situasi terkini perkembangan Islam di bawah kepimpinan Presiden Donald Trump.
Lawatan rasmi Presiden Uzbekistan ke Malaysia yang pertama dalam tempoh 20 tahun - Duta
Ini merupakan lawatan pertama Shavkat Mirziyoyev ke Asia Tenggara selepas pilihan raya presiden pada 2023.
Kabinet Belarus letak jawatan
Menurut Perlembagaan Belarus, perdana menteri dan kabinet perlu meletak jawatan selepas pilihan raya.
Trump tangguh tarif Amerika ke atas Mexico selama sebulan
Mexico akan kerah 10,000 tentera Pengawal Kebangsaan di sepanjang sempadan AS-Mexico untuk memerangi penyeludupan fentanyl.
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Jerman kalahkan Malaysia 12-4
Nicolas Proske dan Ben Hasbach muncul wira apabila masing-masing meledak empat jaringan membantu Jerman memperoleh keseluruhan 12 jaringan.
Kabinet baharu Belgium angkat sumpah
Bart De Wever, ketua parti nasionalis Flemish N-VA yang memenangi pilihan raya persekutuan Jun lalu, memegang jawatan sebagai perdana menteri.
Sekolah ditutup, langkah berjaga-jaga diambil susulan gempa bumi di Pulau Santorini, Greece
Lebih 300 gegaran telah menggegarkan Santorini dan pulau-pulau berdekatan, termasuk Amorgos, sejak Jumaat.
Malaysia sertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan yang diterajui Jordan ke Gaza
Kementerian Luar berkata, penyertaan Malaysia dalam inisiatif itu dipermudahkan melalui kedutaannya di Amman.
Petronas jelaskan penamatan khidmat saluran gas hanya libatkan beberapa bahagian di Sarawak
Petronas berkata, keputusan dibuat selepas kajian menyeluruh terhadap kebolehlaksanaan bahagian khusus SSGP berkenaan.
Kerajaan disaran perkenal hukuman tegas atasi fitnah dalam batas dibenarkan undang-undang
Wan Ahmad Fauzi turut mencadangkan agar pendidikan mengenai bahaya fitnah dapat diterapkan pada peringkat awal, terutamanya dalam kalangan generasi muda.
Masters Thailand: Era baru bermula, gandingan tumpuan Malaysia-Korea Selatan menang aksi sulung
Gandingan terbaharu di antara pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem dan pemain Korea Selatan, Choi Sol Gyu, menampilkan aksi positif.
Low Juan Shen terima tawaran bergandingan bersama V Shem
Juan Shen berkongsi soal perbincangan hati ke hati bersama gandingan asal Azyrin Ayub apabila memilih haluan baru.
Goh V Shem sasar rebut tempat Piala Thomas di samping gandingan baru
Goh V Shem-Tan Wee Kiong ambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.
Terbuka Thailand: V Shem-Wee Kiong mara ke suku akhir
Dua pemain profesional itu akan berdepan satu lagi pasangan negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada saingan suku akhir hari ini.
Terbuka Thailand: Enam wakil Malaysia melangkah ke suku akhir
Mereka merupakan antara enam wakil kem badminton Malaysia yang berjaya memasuki peringkat suku akhir kejohanan tersebut.
Masters Malaysia: Adik tewaskan abang
Aaron-Wooi Yik menyingkirkan senior mereka V Shem-Wee Kiong seawal pusingan pertama dengan keputusan 21-19, 21-18 menerusi aksi yang lebih baik dan kurang melakukan kesilapan.
Tidak akan menyerah kalah - V Shem
V Shem berkata sebelum tarikh tutup itu, mereka masih lagi berpeluang dan akan berjuang bermati-matian bagi mengutip sebanyak mungkin mata kelayakan walaupun menyedari saingan semakin sengit.
Pasangan profesional negara mara ke separuh akhir
Pasangan yang menduduki ranking ke-15 dunia dengan bergaya menundukkan bekas pasangan nombor 1 dunia Lee Yong Dae-Kim Gi Jung dari Korea Selatan dalam aksi suku akhir yang berlangsung 37 minit.
Dua wakil negara mara ke separuh akhir Terbuka New Zealand
Goh V Shem-Tan Wee Kiong mencipta kejutan mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka New Zealand.
Terbuka Malaysia: V Shem-Wee Kiong tepati ramalan
V Shem-Wee Kiong mengikut jejak langkah Andrew Chooi Kah Ming dan Low Juan Shen yang terdahulu menyingkirkan pasangan ranking ke-11 dunia dari China, He Jiting-Tan Qiang.