KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Media Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Christopher Raj dilantik sebagai Pengurus Media Piala Asia 2023 yang akan membuka tirainya bermula 12 Jan hingga 10 Feb ini.
Pelantikan itu merupakan kali ketiga Christopher menguruskan hal ehwal media di kejohanan berprestij rantau Asia yang sebelum ini turut menggalasnya pada Piala Asia 2015 di Australia dan Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Christopher menerusi kenyataan memaklumkan, beliau bakal bertugas di empat stadium terkemuka di Qatar - Stadium Al Janoub, Stadium Al Bayt, Stadium Jassim bin Hamad dan Stadium Lusail.
"Sebagai rekod, Stadium Lusail pernah menjadi venue aksi final Piala Dunia 2022, sekali gus menambahkan lagi tanggungjawab saya dalam memastikan kelancaran perlawanan yang bakal berlangsung di stadium berkenaan.
"Sepanjang kejohanan itu nanti, saya bertanggungjawab mengawal selia 15 perlawanan bermula daripada aksi pembukaan sehinggalah kemuncak perlawanan akhir yang dinanti-nantikan," katanya.
Tahun lepas, Christopher turut diberi tanggungjawab sebagai pengurus media pada kempen Piala Dunia Bawah 17 tahun (B-17) di Indonesia.
Malaysia yang menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke Piala Asia secara merit akan memulakan kempen Kumpulan E menentang Jordan pada 15 Jan, diikuti Bahrain (20 Jan) dan juara dua kali Korea Selatan pada 25 Jan ini.
Hanya juara dan naib juara setiap kumpulan bersama empat pasukan ketiga terbaik akan layak untuk pusingan 16 pasukan di Doha.
Ini merupakan penampilan keempat Malaysia dalam Piala Asia selepas layak secara merit pada 1976 di Iran, 1980 di Kuwait dan sebagai tuan rumah bersama pada 2007.
Malaysia tidak pernah mara ke pusingan 16 pasukan terbaik dalam Piala Asia pada tiga edisi sebelum ini.
- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 06 2024

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Media Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Christopher Raj dilantik sebagai Pengurus Media Piala Asia 2023 yang akan membuka tirainya bermula 12 Jan hingga 10 Feb ini. - Gambar fail Bernama

Ibu tunggal miskin tegar di Permatang Pasir terima bantuan daripada PM Anwar
Perdana Menteri menghulurkan sumbangan kepada seorang ibu tunggal yang tergolong dalam kategori miskin tegar di Kampung Tanjung Putus, Permatang Pasir, Pulau Pinang.

59.3 peratus murid Tahun Satu kuasai kemahiran 3M
Sebanyak 59.3 peratus daripada 122,062 murid tahun satu dikenal pasti menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) sepanjang tahun lepas.

Bantuan Wang Ihsan untuk mangsa banjir melalui BSN tahun ini - Ahmad Zahid
NADMA telah berunding dengan Kementerian Kewangan (MOF) mengenai kaedah penyaluran agihan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir, yang akan dibuat menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) tahun ini.

LKAN: Jumlah bayaran balik PTPTN RM3.553 bilion daripada tunggakan RM10.853 bilion
Jumlah bayaran balik pinjaman PTPTN yang diterima pada 2023 adalah RM3.553 bilion atau 32.7 peratus daripada jumlah tunggakan.

LKAN: Individu bertanggungjawab atas kerugian anak syarikat agensi kerajaan perlu dikena tindakan - MCW
MCW berpendapat tahap ketelusan pelaporan kewangan anak-anak syarikat kerajaan masih pada tahap rendah.

SME Corp belanja melebihi peruntukan diterima - Laporan Audit
SME Corp membelanjakan geran pembangunan melebihi peruntukan yang diterima mengakibatkan geran itu berbaki debit sejumlah RM7.96 juta.
Pantau Agenda Reformasi: RUU Perkhidmatan Parlimen, langkah terbaik reformasi institusi
Sejauh mana pembentangan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 dilihat sebagai langkah berkesan ke arah mereformasi institusi dan penambahbaikan kepada institusi demokrasi seperti parlimen?
Keanggotaan penuh ASEAN mungkin dicapai hujung tahun ini
Timor-Leste mungkin menjadi anggota ASEAN menjelang hujung tahun ini.
PM ke Vietnam esok, pengukuhan ASEAN agenda utama
Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama pada ASEAN Future Forum ke-2 pada Rabu, di mana beliau akan memberikan penekanan terhadap usaha memperkukuhkan ASEAN dalam mendepani beberapa isu penting ketika ini.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

Christopher Raj tidak pertahan jawatan Exco FAM
Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Christopher Raj mengumumkan tidak mempertahankan jawatan berkenaan.

Gagal layak ke Piala Asia B-17, Christopher Raj letak jawatan serta-merta
Christopher Raj melepaskan jawatan selepas tidak berjaya membawa skuad muda mengulangi pencapaian sebelum ini apabila layak ke saingan Piala Asia B-17 2023.

Christopher Raj sedia 'angkat kaki' jika Malaysia gagal ke Piala Asia B-17
Pengurus skuad bawah 16 tahun (B-16) kebangsaan Christopher Raj sedia mengundur diri sekiranya Malaysia tidak layak ke kejohanan Piala Asia bawah 17 tahun (B-17) 2025.

Christopher dilantik Pengurus Media Piala Asia 2023
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Media FAM, Christopher Raj dilantik sebagai Pengurus Media Piala Asia 2023 yang akan membuka tirainya bermula 12 Jan hingga 10 Feb ini.

Christopher dilantik Pengurus Media Piala Dunia B-17
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Media FAM Christopher Raj dilantik Pengurus Media pada Piala Dunia Bawah 17 tahun (B-17) 2023.

Gergasi Asia lawan Harimau Muda
Dua gergasi Asia iaitu Uzbekistan dan Arab Saudi akan menjadi lawan Harimau Muda selepas mereka menjalani kem latihan pusat di Jakarta.

'Jika rakyat Malaysia derma RM2, sudah cukup bantu Ebit Lew beli tablet pelajar'
Sekiranya rakyat Malaysia yang berkemampuan dapat menyumbang minimum RM2, jumlah sumbangan tersebut cukup untuk membeli tablet kepada pelajar-pelajar yang memerlukan.

#WeBelangTogether: 'Ekor, jangan datang lambat!'
Ini tips untuk menonton perlawanan Malaysia lawan Thailand malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.