KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Media Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Christopher Raj dilantik Pengurus Media pada Piala Dunia Bawah 17 tahun (B-17) 2023, dijadual berlangsung di Indonesia dari 10 Nov hingga 2 Dis.
Pelantikan itu menjadikan Christopher rakyat Malaysia kedua akan bertugas di pusingan akhir Piala Dunia itu selepas Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Datuk Seri Windsour Paul, yang pernah terlibat dalam Piala Dunia 2006 di Jerman.
Christopher dalam kenyataan hari ini berkata beliau diberi tanggungjawab untuk memastikan operasi media berjalan lancar bermula 5 Nov sehingga final di Stadium Manahan Solo (Surakarta) di Jawa tengah, satu daripada empat venue Piala Dunia B-17 itu.
Sebanyak 14 perlawanan akan diadakan di Stadium Manahan termasuk perlawanan akhir yang dijadual pada 2 Dis.
Tiga lagi venue yang akan menyaksikan kehebatan dan bakat pemain remaja adalah Stadium Gelora Bung Tomo di Surabaya, Jakarta International Stadium dan Stadium Si Jalak Harupat di Bandung.
Christopher, yang juga Ahli Jawatankuasa Media AFC, sebelum ini pernah bertugas pada kejohanan antarabangsa seperti Piala Dunia Rusia 2018, Piala Dunia Qatar 2022, Piala Dunia B-17 India 2017 dan Piala Emas CONCACAF Amerika 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 03 2023

Christopher berkata beliau diberi tanggungjawab untuk memastikan operasi media berjalan lancar bermula 5 Nov sehingga final di Stadium Manahan Solo (Surakarta) di Jawa tengah nanti. - Gambar fail/Bernama

59.3 peratus murid Tahun Satu kuasai kemahiran 3M
Sebanyak 59.3 peratus daripada 122,062 murid tahun satu dikenal pasti menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) sepanjang tahun lepas.

Bantuan Wang Ihsan untuk mangsa banjir melalui BSN tahun ini - Ahmad Zahid
NADMA telah berunding dengan Kementerian Kewangan (MOF) mengenai kaedah penyaluran agihan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir, yang akan dibuat menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) tahun ini.

LKAN: Jumlah bayaran balik PTPTN RM3.553 bilion daripada tunggakan RM10.853 bilion
Jumlah bayaran balik pinjaman PTPTN yang diterima pada 2023 adalah RM3.553 bilion atau 32.7 peratus daripada jumlah tunggakan.

LKAN: Individu bertanggungjawab atas kerugian anak syarikat agensi kerajaan perlu dikena tindakan - MCW
MCW berpendapat tahap ketelusan pelaporan kewangan anak-anak syarikat kerajaan masih pada tahap rendah.

SME Corp belanja melebihi peruntukan diterima - Laporan Audit
SME Corp membelanjakan geran pembangunan melebihi peruntukan yang diterima mengakibatkan geran itu berbaki debit sejumlah RM7.96 juta.
Pantau Agenda Reformasi: RUU Perkhidmatan Parlimen, langkah terbaik reformasi institusi
Sejauh mana pembentangan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 dilihat sebagai langkah berkesan ke arah mereformasi institusi dan penambahbaikan kepada institusi demokrasi seperti parlimen?
Keanggotaan penuh ASEAN mungkin dicapai hujung tahun ini
Timor-Leste mungkin menjadi anggota ASEAN menjelang hujung tahun ini.
PM ke Vietnam esok, pengukuhan ASEAN agenda utama
Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama pada ASEAN Future Forum ke-2 pada Rabu, di mana beliau akan memberikan penekanan terhadap usaha memperkukuhkan ASEAN dalam mendepani beberapa isu penting ketika ini.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.
Sektor angkasa: Malaysia bekerjasama, tak bersaing dengan negara jiran ASEAN
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohammad Yusof Apdal memberitahu Dewan Rakyat bahawa Malaysia, sebaliknya bekerjasama dengan negara anggota mengenai kepentingan dan hala tuju sektor tersebut.

Christopher Raj tidak pertahan jawatan Exco FAM
Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Christopher Raj mengumumkan tidak mempertahankan jawatan berkenaan.

Gagal layak ke Piala Asia B-17, Christopher Raj letak jawatan serta-merta
Christopher Raj melepaskan jawatan selepas tidak berjaya membawa skuad muda mengulangi pencapaian sebelum ini apabila layak ke saingan Piala Asia B-17 2023.

Christopher Raj sedia 'angkat kaki' jika Malaysia gagal ke Piala Asia B-17
Pengurus skuad bawah 16 tahun (B-16) kebangsaan Christopher Raj sedia mengundur diri sekiranya Malaysia tidak layak ke kejohanan Piala Asia bawah 17 tahun (B-17) 2025.

Christopher dilantik Pengurus Media Piala Asia 2023
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Media FAM, Christopher Raj dilantik sebagai Pengurus Media Piala Asia 2023 yang akan membuka tirainya bermula 12 Jan hingga 10 Feb ini.

Christopher dilantik Pengurus Media Piala Dunia B-17
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Media FAM Christopher Raj dilantik Pengurus Media pada Piala Dunia Bawah 17 tahun (B-17) 2023.

Gergasi Asia lawan Harimau Muda
Dua gergasi Asia iaitu Uzbekistan dan Arab Saudi akan menjadi lawan Harimau Muda selepas mereka menjalani kem latihan pusat di Jakarta.

'Jika rakyat Malaysia derma RM2, sudah cukup bantu Ebit Lew beli tablet pelajar'
Sekiranya rakyat Malaysia yang berkemampuan dapat menyumbang minimum RM2, jumlah sumbangan tersebut cukup untuk membeli tablet kepada pelajar-pelajar yang memerlukan.

#WeBelangTogether: 'Ekor, jangan datang lambat!'
Ini tips untuk menonton perlawanan Malaysia lawan Thailand malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.