APPLE memberikan ciri baharu Stolen Device Protection menerusi iOS 17.3 Beta semalam. Apabila diaktifkan oleh pemilik, iPhone yang telah dicuri akan menjadi sukar untuk digunakan sekaligus membuatkan ia hampir tidak berguna oleh pencuri.
Antara taktik yang digunakan oleh pencuri ialah mengintip kod kunci/kata laluan telefon. Selepas telefon berjaya dicuri, mereka hanya perlu memasukkan kod kunci/kata laluan untuk melakukan tetapan semula Apple ID, mematikan Find My dan melihat kata laluan tersimpan di iCloud Keychain.
Stolen Device Protection akan memerlukan pengesahan identiti menggunakan Face ID atau Touch ID terlebih dahulu apabila tetapan semula peranti ingin dilakukan. Jika mengesan tetapan semula dilakukan di lokasi yang tidak dikenali, dua pengesahan Face ID atau Touch ID diperlukan dalam masa sejam. Ini akan membuatkan proses menetapkan semula iPhone mustahil oleh bukan pemilik sebenar.
Tiada sela masa sejam antara pengesahan Face ID atau Touch ID jika tetapan semula dilakukan di lokasi yang dikenali seperti di rumah misalnya. Apple mengatakan Stolen Device Protection hanya boleh diakses dan perlu diaktifkan secara manual oleh pengguna iOS 17.3 Beta. Ia masih di peringkat percubaan dan tidak diberikan kepada semua pengguna apabila kemas kini iOS 17.3. - Amanz
Amanz
Wed Dec 13 2023

Stolen Device Protection akan memerlukan pengesahan identiti menggunakan Face ID atau Touch ID terlebih dahulu apabila tetapan semula peranti ingin dilakukan. - Gambar hiasan/REUTERS
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Aplikasi MAE akan hanya menyokong iOS 14 dan terkini berkuat kuasa 31 Mac 2025
Pengguna yang menggunakan sistem operasi sebelum iOS 14 tidak dapat menggunakan aplikasi MAE selepas tarikh berkenaan.

Kini terdapat 2.35 bilion peranti Apple aktif di dunia
Secara keseluruhan, sebanyak 150 juta peranti baharu diaktifkan sejak setahun lalu, yang bersamaan dengan peningkatan 6.85%1.

Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.

Pengguna iPhone kini boleh kongsi fail dengan pantas ke peranti Windows seakan Airdrop
Pengguna iPhone Kini Boleh Kongsi Fail Dengan Pantas Ke Peranti Windows Seakan AirDrop

Filem 28 Years Later dirakam sepenuhnya dengan iPhone 15 Pro Max
iPhone digunakan dengan aksesori profesional dan menyokong rakaman Log 4K ProRes 60FPS.

Apple senaraikan iPhone XS Max, iPhone 6s Plus sebagai produk vintaj
Sebelum ini, iPhone 6s Plus diperkenalkan pada September 2015, sementara iPhone XS Max pada September 2018.

Indonesia tidak benarkan iPhone 16 kerana Apple tidak ikut peraturan tempatan
Peraturan ini meliputi keperluan pelaburan dan juga memperbaharui persijilan kandungan tempatan.

Malaysia negara terawal terima siri iPhone 16, iPhone 16 Pro – mulai 20 Sept 2024
Para pengguna tempatan boleh melakukan tempahan bermula 8 malam 13 September 2024 dan mula menerimanya bermula 20 September 2024.

Apple dilapor akan beralih sepenuhnya ke skrin OLED untuk semua iPhone bermula 2025
Penggunaan panel OLED dilihat akan menawarkan paparan warna yang lebih cantik, selain sesuai untuk paparan video berdefinisi tinggi.

Opera perkenal pelayar web diberi nafas baharu untuk iOS
Pelayar web Opera One ini memposisikan bar carian dan URL pada bahagian bawah, lebih kurang sama seperti Safari.