'Revolusi dan Tranformasi' yang dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor dibawah naungan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail (TMJ) telah membuahkan hasil apabila pasukan Johor Darul Ta'zim berjaya mencipta sejarah dalam era moden bola sepak negara apabila layak ke peringkat akhir Piala AFC.
Itulah kemenangan kepada PBNJ setelah berjaya merubah lanskap bola sepak negeri Johor dan berani merubah minda untuk menuju kejayaan. Tidak ada erti sekiranya inginkan kemajuan tetapi tidak ada inisiatif merubah pemikiran terutama dalam aspek keingin dalam bekerja serta keberanian demi memajukan bola sepak negara.
Walaupun dengan pelbagai kontroversi yang ditimbulkan TMJ melalui pendapat dan pandangan beliau namun itu adalah asam garam dalam menuju kejayaan. Ini perlu diambil iktibar oleh semua persatuan bola sepak negeri, sekiranya ingin mencipta kejayaan beranilah merubah minda pemikiran dan kreatif dalam mengurus tadbir.
Begitu juga dalam pengurusan badan induk negara yang diberi amanah untuk menjalankan tugas mereka perlulah lebih efesien serta kreatif ketika melaksanakan tugas hakiki. Janganlah begitu selesa dengan kerusi empuk gunakanlah akal dan bertindak dengan keberanian dalam melontarkan idea dan pandangan yang boleh membawa kejayaan dalam bola sepak kita.
Bangkitlah, jangan tidur lagi sebagaimana lebih tiga puluh tahun kita terlena diulik mimpi. Sudah tiba masanya kita semua sebagai pencinta bola sepak membantu serta berkerjasama dalam menyedarkan masyarakat kita merubah pemikiran terutama kepada keluarga diperingkat akar umbi bagaimana untuk mendidik anak-anak mempersiapkan diri dalam menjadi seorang pemain profesional.
Lihatlah kehadapan sebagaimana kita ingin mencapai wawasan 2020 yang sering dilaungkan. Binalah imej dan identiti bola sepak Malaysia seperti negara Jepun yang sudah mempunyai falsafah yang kukuh untuk terus memajukan bola sepak mereka. Sudah tiba masanya juga kepada semua bekas-bekas pemain memberi khidmat terutama diperingkat akar umbi supaya dapat bekerjasama dalam memajukan bola sepak kita. Cukup-cukuplah tidur dan bodoh sombong.
Astro Arena
Wed Oct 28 2015

Di bawah TMJ (gambar), pasukan Johor Darul Ta'zim berjaya mencipta sejarah dalam era moden bola sepak negara apabila layak ke peringkat akhir Piala AFC. - Gambar Fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kedah dan Johor terima 31,610 tiket final Piala Malaysia
Pengagihan jumlah tiket berkenaan termasuk 750 keping tiket kanak-kanak bagi setiap pasukan.

Mohd Azrif sah milik JDT
Pemain pertahanan kanan Selangor, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham kini sah milik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT).

Undang-undang FAM paling bodoh, kata TMJ
Bagi Tunku Ismail yang juga penaung Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), seseorang pemain wajar memilih haluan kerjaya profesionalnya selepas program Harimau Muda dibubarkan.

TMJ jadi pemilik Johor Darul Takzim
Penaung Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah diumumkan sebagai pemilik pasukan Johor Darul Takzim (JDT).

Contohi TMJ, jangan bodoh sombong
'Revolusi dan Tranformasi' yang dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor dibawah naungan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail telah membuahkan hasil.

PBNJ derma hasil hak penyiaran
Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memutuskan persatuan itu tidak akan mengambil perolehan hak penyiaran daripada FAM.

'Keangkuhan FAM kunci kemusnahan bola sepak Malaysia' - TMJ
Penaung Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyentuh mengenai beberapa perkara melibatkan badan induk bola sepak negara (FAM) serta penyokong bola sepak.

"Skuad kebangsaan perlu contohi JDT" - Satianathan
Bekas pengendali skuad bola sepak negara, B. Satianathan yakin Johor Darul Takzim (JDT) mampu menjadi wakil pertama melayakkan diri ke Liga Juara-Juara AFC.

Piala Malaysia bukan keutamaan JDT
Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Dato Haji Ismail bin Karim menyatakan bahawa saingan Piala Malaysia tidak menjadi keutamaan juara Liga Super itu.

Tunku Ismail nafi letak jawatan untuk jadi Presiden FAM
Buat masa ini, Tunku Ismail mahu membantu Presiden PBNJ yang baharu Datuk Ismail Karim dalam membangunkan bola sepak negeri Johor.