BARCELONA akan menentang Atletico Madrid dalam separuh akhir Copa del Rey, sementara Real Madrid bertemu Real Sociedad dalam undian separuh akhir tengah malam tadi.

Perlawanan separuh akhir yang akan berlangsung secara timbal balik itu menyaksikan Barcelona terlebih dahulu melayani kunjungan Atletico di penghujung bulan ini sebelum perhitungan kedua di Madrid pada April depan.

Undian itu melengkapkan tiga pertemuan di antara kedua-dua pasukan dalam tempoh lebih sebulan, tatkala pasukan asuhan Hansi Flick itu juga akan bertandang Metropolitano ke untuk pertemuan LaLiga pada 16 Mac.

Atletico muncul sebagai pemenang pertembungan tunggal mereka musim ini selepas jaringan lewat Alexander Sorloth memastikan kemenangan 2-1 ke atas seteru itu.

Dalam masa sama, Madrid memiliki kelebihan di tempat sendiri dalam perlawanan kedua menentang La Real berikutan perlawanan pertama akan diadakan di Stadium Anoeta.

Walaupun La Real dilihat sebagai 'underdog', mereka muncul satu-satunya kelab yang meledak empat gol di Bernabeu dalam Copa del Rey sejak 65 tahun lalu.