Perkara itu disahkan pengurus pasukan, Carlo Ancelotti, dengan dua pemain utama itu akan menyertai Eduardo Camavinga, David Alaba dan Antonio Rudiger dalam senarai pemain yang tidak mengikuti aksi itu.
"Bellingham mengalami lebam akibat ketukan dan tidak akan dapat diturunkan. Vinicus Junior telah diberikan satu hari tambahan untuk pulih, tetapi akan bersedia.
"Mbappe masih berlatih. Dia mengalami lebam pada betisnya. Dia berlatih seperti biasa,tetapi dia tidak akan dapat beraksi.
"Pemain muda berpeluang untuk menyerlah potensi mereka." katanya.
Los Blancos kini mengungguli saingan La Liga dengan 29 mata selepas 22 perlawanan, satu mata dihadapan Atletico Madrid di tempat kedua.