KUALA LUMPUR: Harapan beregu muda lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi-Muhammad Haikal Nazri untuk merangkul kejuaraan sulung mereka di Kejohanan Masters Orleans di Perancis punah selepas Muhammad Haikal didapati positif COVID-19.
Beregu Malaysia terpaksa memberikan kemenangan tanpa bertanding kepada beregu Belanda Ruben Jille-Ties Van Der Lecq, selepas Muhammad Haikal didapati positif COVID-19 beberapa jam sebelum melangkah ke gelanggang untuk perlawanan akhir hari ini.
Penarikan diri pasangan yang bukan pilihan kejohanan daripada final bermakna Jille-Van Der Lecq muncul sebagai juara tahun ini.
"Perjuangan "Patatimo Boys' berakhir selepas terpaksa memberi kemenangan mudah berikutan Haikal Nazri positif ujian COVID-19. Semoga segera sembuh, Haikal," menurut satu hantaran Facebook Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini.
Wan Arif dari Terengganu sementara Muhammad Haikal dari Kelantan sebelum ini melangkah ke final selepas menumpaskan gandingan tuan rumah Eloi Adam-Julien Maio 21-18, 21-16, dalam separuh akhir semalam.
Bukan itu sahaja, beregu 103 dunia melakukan kejutan di dalam kejohanan itu selepas menewaskan satu lagi pasangan tuan rumah, Christo Popov-Toma Junior yang di kedudukan ranking ke-30 dunia dalam pusingan pembukaan 19-21, 24-22, 21-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 03 2022
Penarikan diri pasangan yang bukan pilihan kejohanan daripada final bermakna Jille-Van Der Lecq muncul sebagai juara tahun ini. - Gambar/ BAM
Landasan ECRL Maran-Kota Bharu siap lebih awal daripada jadual
Projek laluan rel pantai timur (ECRL) dijangka siap dua bulan setengah lebih awal dari yang dijadualkan selepas kerja pemasangan laluan dari Maran, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan dapat disempurnakan.
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
Najib mengaku guna bantuan Jho Low
Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku beliau bergantung kepada Jho Low untuk membantu pegawai khasnya, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin meninjau projek berpotensi menjana kekayaan, dalam satu lawatan ke China pada jun 2016.
Keir Starmer hargai pertemuan dengan Anwar, pelaburan Malaysia
Sementara itu, Starmer berkata pertemuan tersebut satu peluang yang baik selepas enam bulan beliau menggalas jawatan sebagai Perdana Menteri UK.
Anwar jumpa Keir Starmer, isu Palestin antara dibincang
Jelas Anwar lagi, hal-hal yang dibincangkan tersebut seterusnya akan dibawa ke peringkat menteri masing-masing bagi tujuan pelaksanaan yang lebih teratur dan tersusun.
Tumpuan Khamis – 16 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perarakan harmoni, rai kepelbagaian di Malaysia dianjur bulan depan - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara akan menganjurkan Perarakan Harmoni pada 15 dan 16 Feb ini bagi meraikan kepelbagaian dan keharmonian masyarakat di negara ini, kata Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang.
Empat ditahan jual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud
Empat individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan menjual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud yang aktif di beberapa negeri.
COVID-19 halang gandingan "Patatimo" beraksi di final Masters Orleans Perancis
Harapan beregu muda lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi-Muhammad Haikal Nazri untuk merangkul kejuaraan sulung mereka di Kejohanan Masters Orleans di Perancis punah.