KUALA LUMPUR: Jaguh pecut kebangsaan, Muhammad Haiqal Hanafi tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya selepas tidak boleh beraksi pada Kejohanan Qosanov Memorial di Almaty, Kazakhstan dari 19-20 Jun ini.
Muhammad Haiqal, yang disahkan positif COVID-19 setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dekat Sepang Isnin lepas, mengakui impiannya serta usaha kerasnya berlatih sebelum ini untuk membuat catatan peribadi terbaik bagi musim ini di Kazakhstan berkecai selepas dijangkiti virus berkenaan.
"Mungkin ada hikmah semua ini , jadi saya reda dan terima dengan hati terbuka serta ujian Allah SWT kepada saya.
"Saya tidak tahu dari mana saya dijangkiti COVID-19 tetapi keadaan saya ketika ini baik," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau kini menjalani kuarantinnya di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.
Selain Muhammad Haiqal, seorang lagi jaguh pecut, Khairul Hafiz Jantan turut dihalang ke Kazakhstan selepas menjadi kontak rapat walaupun keputusan ujian calitannya negatif virus berkenaan.
Muhammad Haiqal dan Khairul Hafiz merupakan atlet olahraga yang mengikuti sesi latihan di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Johor sejak pertengahan Ramadan lalu di bawah bimbingan jurulatih pecut Mohd Poad Md Kassim.
Muhammad Haiqal dijangka beraksi dalam acara 100 meter (m) manakala Khairul Hafiz pula bersaing untuk 200m pada kejohanan berkenaan.
Perkembangan terbaru itu menyaksikan hanya lapan atlet yang akan mewakili negara pada kejohanan tersebut iaitu Lee Hup Wei (lompat tinggi), Andre Anura Anuar (lompat jauh), Muhammad Hakimi Ismail (lompat kijang), Connie Chu (lempar cakera), Yap Sean Yee (lompat tinggi), Jonathan Nyepa (100m) dan Rayzam Shah Wan Sofian (110 meter berpagar) dan Muhammad Ilham Suhaimi (400m).
Menceritakan kembali pengalamannya, Muhammad Haiqal mendakwa kesemuanya bermula gara-gara kesilapan pegawai perhubungannya yang tidak memeriksa e-mel ujian calitan dilakukannya pada pagi Isnin.
Setibanya di KLIA, beliau terkejut selepas ditahan polis bantuan apabila didapati positif COVID-19 sehingga diarah menunggu di luar KLIA sehingga enam jam sebelum dihantar pulang ke Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil untuk menjalani tempoh kuarantin.
"Saya tidak mahu salahkan pegawai berkenaan, mungkin beliau terlepas pandang," tambahnya.
Sehubungan itu, beliau memohon bantuan daripada Institut Sukan Negara (ISN) untuk membawa beliau kembali menjalani kuarantin di MSN Bukit Jalil agar dapat menjalani latihan di bilik kuarantin.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 16 2021

Muhammad Haiqal mengakui usaha kerasnya berlatih untuk membuat catatan peribadi terbaik di Kazakhstan berkecai selepas dijangkiti virus berkenaan. - Facebook/Hot FM
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Keputusan ceburi bidang sukan bawa tuah buat 'Pocket Rocketman'
Biarpun keputusan yang diambil ketika beliau berusia 15 tahun itu amat berat, Azizulhasni nekad demi mengejar impiannya.

KBS sedia pertimbang tiga permintaan PKBM - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan bersama Majlis Sukan Negara sedia pertimbang tiga permintaan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia kepada kementerian itu.

KOM tunggu dana daripada MSN
KOM masih menunggu keputusan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) mengenai peruntukan yang bakal diberikan kepada persatuan tersebut.

Sektor swasta diharap bantu pembangunan atlet Olimpik Khas
Hannah berkata bantuan sektor swasta amat diperlukan bagi pembangunan atlet sukan berkenaan meskipun telah mendapat sokongan MSN.

Hapuskan had umur penyertaan Sukma - Ahmad Shapawi
Sudah tiba masanya tiada had umur ditetapkan kepada atlet untuk beraksi di temasya Sukan Malaysia (Sukma) bagi memberi mereka peluang bersaing secara kompetitif.

MOM biayai sendiri kos delegasi ke Olimpik Paris 2024 - MSN
MSN turut menjelaskan kos pembiayaan bagi tetamu MOM pula ditanggung oleh pihak-pihak berkenaan dan tidak melibatkan dana kerajaan.

MSN masih tunggu maklum balas negeri berhubung penganjuran Sukan SEA 2027
Majlis Sukan Negara (MSN) masih menunggu maklum balas daripada negeri lain yang berkemungkinan berminat menjadi penganjur bersama temasya Sukan SEA 2027.

Negeri digesa melabur dalam pembangunan bakat baharu renang, terjun
KBS gesa semua kerajaan negeri membuat pelaburan untuk pembangunan bakat baharu bagi melahirkan lebih ramai atlet dalam sukan renang dan terjun.

KBS, MSN kaji keperluan rombak geran program pembangunan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengkaji semula sekiranya terdapat keperluan merombak peruntukan geran kepada program pembangunan sukan terutamanya apabila mer

Pakar dari Australia dilantik pengarah teknikal NFDP, AMD
Jawatankuasa Pemandu Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) mengumumkan pelantikan Oscar Francisco Gonzalez sebagai pengarah teknikal NFDP.