KUALA LUMPUR:Pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Litar Sepang (Utara) hujung minggu ini telah ditangguhkan susulan situasi pandemik COVID-19 ketika ini.
Promoter perlumbaan, Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM), dalam kenyataan hari ini, berkata mereka gagal mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan untuk menganjur perlumbaan tersebut.
Justeru, katanya, pihaknya terpaksa menangguhkan perlumbaan kali ini ke satu tarikh lain.
Memandangkan dua pusingan sudah ditangguhkan, SAM berkata pihaknya akan mengeluarkan kalendar baharu perlumbaan sebaik sahaja keadaan COVID-19 bertambah stabil.
"SAM ingin memohon maaf kepada pelumba, pasukan, pegawai dan pihak yang terbabit atas segala kesulitan serta mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas kerjasama dan memahami keadaan semasa," menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, pusingan kelima perlumbaan di litar sama pada 17 Okt lalu terpaksa ditangguhkan susulan lonjakan kes COVID-19 di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 27 2020

Promoter gagal mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa untuk menganjur perlumbaan tersebut. - Gambar fail/Bernama
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Md Akid tekad pertahan gelaran Cup Prix Malaysia
Juara bertahan kategori CP 150 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Md Akid Aziz bertekad mempertahankan takhtanya dengan memenangi kesemua 10 pusingan pada musim ini.

Md Akid ungguli pusingan pertama Cub Prix 2024
Penyandang juara keseluruhan musim lepas itu mencatat masa 17 minit 17.228 saat (s) selepas menamatkan 20 pusingan meninggalkan pesaing terdekatnya Azroy Hakeem Anuar.

Pelumba Club Prix Malaysia, Md Izzat Zaidi masih kritikal: 'Bangun la, saya dan anak-anak rindu'
Sejak Sabtu lalu, pelumba CKJ Racing Team iaitu Md Izzat Zaidi MD Salehan masih dalam keadaan kritikal selepas terlibat dalam kemalangan ketika perlumbaan Cub Prix Malaysia.

Pelumba Izzat Zaidi kritikal selepas kemalangan di Cub Prix Malaysia
Pelumba Izzat Zaidi Md Salehan kritikal selepas terlibat kemalangan ketika sesi 'Super-Pole' pada perlumbaan Cub Prix Malaysia.

Sharol Yuzy mahu anak buah manfaat peluang beraksi di kejuaraan Cub Prix Malaysia
Bekas pelumba Moto GP negara itu menjelaskan hanya dua kategori menjadi fokus pasukannya CP 150 serta pelapis bakat muda Castrol Power One Racing Team yang akan beraksi dalam kelas wira.

COVID-19: Pusingan keenam Cub Prix ditangguh
Pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Litar Sepang (Utara) hujung minggu ini telah ditangguhkan.

Pelumba Cub Prix meninggal dunia
Allahyarham merupakan pelumba dari pasukan Maju Mega Bike (MMB) disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, petang Ahad.

'Rider muslimah' dapat pujian melambung netizen
Siti Fatimah Husna selesa menjadi pelumba Cub Prix biarpun berkelulusan kejuruteraan.