PATRICK Vieira telah dipecat sebagai pengurus Crystal Palace selepas 11 perlawanan tanpa kemenangan dalam Liga Perdana Inggeris, yang menyebabkan Eagles kini bergelut untuk mengelak penyingkiran.
Palace menghuni tangga ke-12 dalam carta EPL tetapi hanya tiga mata di hadapan tiga terbawah berikutan kekalahan 1-0 kepada pencabar Brighton dan Hove Albion Khamis lalu.
The Eagles tanpa kemenangan EPL sejak Malam Tahun Baru dan baru-baru ini menjadi pasukan pertama sejak rekod bermula (pada 2003-04) untuk mengharungi tiga perlawanan berturut-turut dalam pertandingan tanpa melakukan percubaan ke sasaran.
Pengerusi kelab Steve Parish berkata, "Dengan rasa kesal yang besar, keputusan sukar ini telah dibuat.
“Akhirnya, keputusan dalam beberapa bulan kebelakangan ini telah meletakkan kami dalam kedudukan liga yang tidak menentu dan kami berasakan perubahan perlu untuk memberi kami peluang terbaik untuk mengekalkan status Liga Perdana Inggeris.
"Impak pasukan sejak Patrick menyertai kami pada musim panas 2021 adalah ketara, dan dia dipandang tinggi oleh saya sendiri dan semua rakan sekerjanya."
Vieira memimpin Palace ke tempat ke-12 Liga Perdana Inggeris dan separuh akhir Piala FA dalam satu-satunya musim penuhnya sebagai pengurus, setelah pernah berkhidmat di New York City FC dan Nice.
Palace menambah pencarian pengganti Vieira telah bermula dan kemas kini akan diberikan 'dalam masa terdekat'.
Palace bakal berkunjung ke Stadium Emirates untuk berdepan pendahulu liga, Arsenal pada Ahad, setelah memenangi hanya satu daripada lapan perlawanan derbi London mereka dalam pertandingan musim ini (D2 L5).
Astro Arena
Fri Mar 17 2023

Aksi Patrick Vieira di penghujung perlawanan EPL antara Crystal Palace dan Aston Villa di Villa Park, Birmingham, England, 4 Mac 2023. - Gambar fail AP
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Crystal Palace ambil keputusan pecat Vieira
Palace berkata, pencarian pengganti Vieira telah bermula dan kemas kini akan diberikan 'dalam masa terdekat'.

Crystal Palace sah lantik Vieira sebagai pengurus
Pengurus berbangsa Perancis itu menandatangani kesepakatan sehingga 2024.

Manchester City sahkan penghijrahan Vieira ke Nice
Manchester City mengumumkan bahawa legenda Arsenal dan Perancis, Patrick Vieira, kini sah meninggalkan New York City untuk bergelar pengurus pasukan Nice.

Pengganti Wenger akan diumumkan sebelum Piala Dunia bermula
Pengganti Arsene Wenger akan diumumkan sebelum Piala Dunia FIFA Rusia 2018 bermula bulan depan.