PEMBUKAAN Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2024 di Jasin, Melaka, semalam menyaksikan pelumba Petronas Sprinta Yamaha - CKJ Racing, Md Akid Aziz mengekalkan dominasi awal musim dengan catatan masa terpantas sesi kelayakan CP150.
Md Akid Aziz juara keseluruhan musim lalu memulakan aksi sesi kelayakan satu dengan catatan masa terpantas 49.491s diikuti Md Iqbal Amri Abdul Malek (Yamaha Tekhne AHM Motor Sports - 50.083s) dan Md Aiman Tahiruddin (Jetron Yamaha YYPang Racing Team - 60.088s).
Pada sesi kelayakan dua pula, Akid dicabar Azroy Hakeem Anuar (Honda Estremo Yuzy Racing) dan pelumba Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Nazirul Izzat Md Bahauddin dan Kasma Daniel Kasmayudin namun dinafikan dengan catatan terpantas 49.256s.
Prestasi dipamerkan Akid dalam musim baharu bagi mempertahankan kejuaraannya menempatkan Azroy yang mencatat 49.325s kedua diikuti Kasma ketiga dengan catatan 49.626s.
"Di sesi kelayakan 2 tadi, saya cuba cari 'racing line' terbaik, sebab risiko jatuh itu agak tinggi. Kita boleh teruskan kelajuan, tetapi kalau sudah terjatuh, memang sukar untuk kita.
"Oleh itu, saya cuba untuk kekalkan kelajuan dan lap masa yang konsisten selain terus mencari jalan terbaik untuk mengekalkan kedudukan serta mencatatkan masa terbaik.
"Perlumbaan esok (Ahad) sudah pasti sengit terutamanya untuk pelumba di P1 hingga P5 tetapi kita tengok dahulu situasinya. Masing-masing ada risiko, cuma untuk elakkan daripada jatuh tu agak susah.
"Saya cuba macam-macam braking dan cara untuk elakkan jatuh memang saya tetap akan jatuh. Esok saya cuba perbaiki lagi," kata Akid.
Kategori CP125, menyaksikan pelumba Jetron Yamaha YYPang Racing Team, Md Khairi Asyraf Mahmood yang menguasai sesi kelayakan.
Juara keseluruhan CP125 musim lalu itu selesa menguasai litar Jasin, Melaka dengan catatan masa terpantas 51.667s pada sesi latihan satu dan 52.181s pada sesi latihan 2 kedua.
Pelumba kelahiran Johor itu tenang memanfaatkan pengalaman yang ada terus mempamerkan prestasi konsisten dan menerajui kedudukan apabila menamatkan sesi kelayakan dengan catatan masa terpantas 52.215s sekaligus meyakinkan meraih kemenangan pada perlumbaan hari ini.
Selepas Khairi, pelumba yang meraikan kedudukan kedua rakan sepasukannya, Md Shafiq Ezzariq yang mencatat masa terpantas 52.437s diikuti wakil Petronas Sprinta Yamaha - 31 Racing, Md Syamil Amsyar M Iffende dengan catatan 52.493s.
"Saya akan cuba yang terbaik untuk diri saya. Dari segi jentera saya, mereka telah membuat pelarasan yang agak baik untuk saya, jadi saya cuma fokus jalankan tugas saya untuk perlumbaan esok.
"Sudah pasti persaingan sengit lebih-lebih lagi dengan barisan pelumba yang agak kompetitif namun begitu, saya akan berikan yang terbaik," kata Khairi.
Pelumba Wira KBS, Farres Putra Md Fadhil pula kekal di puncak pada hari pertama beraksi bersama pasukan baharunya, Petronas Sprinta Yamaha - 31 Racing.
Farres cemerlang menamatkan saingan sesi latihan bebas dengan catatan masa terpantas 53.473s, manakala pelumba Winbox KM AXLA, Md Iman Fahmi Senin mencatat 53.827s kedua diikuti Adi Putra Anahar dari Honda KC Racing catatan 54.036s.
Ketika sesi latihan dua, Farres yang tampil dengan aksi lebih agresif berjaya mencatat masa terpantas 52.834s meninggalkan pesaingnya dari Yamaha Estremo 27 Racing, Md Adib Arsyad Md Hisam yang mencatat 54.095s dengan jurang 1.261s di belakangnya.
Bekas pelumba V Fiertech Wiramuda Racing itu seterusnya menamatkan sesi kelayakan dengan catatan terpantas 53.182s sekaligus meletakkan dua pelumba Honda KC Racing, Md Akif Abdullah dengan catatan 53.420s dan Adi Putra Anahar yang mencatat 53.604s di tangga kedua dan ketiga.
"Saya sungguh gembira bersama pasukan baru walaupun masih banyak lagi untuk saya belajar bersama mereka.
"Namun begitu,saya akan cuba menyesuaikan diri secepat mungkin dengan pasukan baru, teruskan komunikasi yang baik, dan berharap agar kerjasama ini berterusan bukan saja bagi tahun ini malah bagi tahun-tahun akan datang," kata Farres. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 03 2024

Akid catatan masa terpantas sesi kelayakan CP150 di Jasin, Melaka, semalam. - Foto Sinar Harian
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Md Akid ungguli pusingan pertama Cub Prix 2024
Penyandang juara keseluruhan musim lepas itu mencatat masa 17 minit 17.228 saat (s) selepas menamatkan 20 pusingan meninggalkan pesaing terdekatnya Azroy Hakeem Anuar.

Cub Prix Malaysia 2024: Akid laung amaran awal di Jasin
Md Akid memulakan aksi sesi kelayakan satu dengan catatan masa terpantas 49.491s, diikuti Md Iqbal Amri (50.083s) dan Md Aiman (60.088s).