KUALA LUMPUR: Pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman, sudah bersedia untuk penampilan sulung secara musim penuh di Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini, bermula di Grand Prix (GP) Portugal, di Litar Antarabangsa Algrave, Portimao, selatan Portugal, hujung minggu ini.
Pelumba tunggal negara dalam saingan MotoGP musim ini, berusia 21 tahun, yang lebih dikenali sebagai Damok, berpuas hati dengan kemajuannya semasa ujian rasmi selama tiga hari, hujung minggu lalu, di litar berkenaan.
Saingan pembuka tirai kempen 2023 di litar berkenaan dari hujung minggu ini sebelum saingan beralih ke pusingan kedua di Litar Termas de Rio Hondo, Argentina, 31 Mac hingga 2 April.
Damok, mewakili pasukan MT Helmets-MSL, berkata pasukan dari Sepanyol itu telah melakukan penambahbaikan ketara pada persediaan jentera KTM dan memperbaiki catatan masa sepusingannya sejak hari pertama sesi ujian berkenaan.
"Pasukannya berpuas hati dengan penambahbaikan yang saya lakukan. Saya mula memahami jenteral baharu saya dengan lebih baik...pasukan mengatur ujian dengan teliti dan saya gembira dengan usaha mereka.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan atas kerja keras mereka selama tiga hari ujian terakhir. Saya benar-benar gembira," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kedudukan terbaik Damok semasa ujian itu ialah tempat ke-10 dalam latihan bebas (FP) lapan, mencatat masa 1:47.778s, peningkatan daripada tempat ke-19 dalam sesi latihan pertama iaitu 1:52.068s.
Damok, yang membuat penampilan sulungnya dalam Moto3 sebagai pelumba wildcard pada GP Aragon 2021, membuat empat lagi penyertaan wildcard tahun lalu, iaitu di GP Portugal, Sepanyol, Catalunya dan Malaysia.
Kempen 2023 menyaksikan sebanyak 21 pusingan perlumbaan berlangsung dengan Malaysia menjadi venue bagi pusingan ke-19 dari 10 hingga 12 Nov ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 20 2023

Syarifuddin Azman sudah bersedia untuk penampilan sulung secara musim penuh di Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini. - Gambar fail
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Moto3: Masa depan Damok semakin kabur
Prestasi mengecewakan pelumba Moto3 negara Syarifuddin Azman pada GP Motosikal Malaysia 2023 semalam, kian menutup peluangnya.

Tindakan agresif Damok 'makan diri' di Sepang
Tindakan agresif pelumba Moto3 negara Syarifuddin Azman pada aksi perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2023, memakan diri sendiri.

Damok serah kepada Zulfahmi tentukan masa depannya
Damok sedia sertai mana-mana pasukan, selepas pasukan MT Helmets-MSi tidak berhasrat untuk mengekalkan khidmatnya pada musim depan.

MotoGP: Damok tekad terus raih mata dalam GP Sepanyol
Syarifuddin Azman bertekad untuk mempamerkan tunggangan terbaiknya untuk mendapatkan lebih banyak mata.

Damok raih lima mata berharga di GP Argentina
Damok menamatkan saingan perlumbaan pada kedudukan ke-11 dengan catatan masa 35 minit dan 32.132 saat.

Damok sedia mula musim MotoGP 2023 di GP Portugal hujung minggu ini
Syarifuddin Azman sudah bersedia untuk penampilan sulung secara musim penuh di Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.

Damok layak 'lebar sayap' ke Moto3 - Kasma Daniel
Potensi Damok dibuktikan dengan pencapaian beliau yang memberangsangkan dalam saingan Kejuaraan Dunia Junior GP musim ini.

Sepang 'makanan' saya - Damok
Syarifuddin yang lebih dikenali sebagai Damok mengakui cuaca hujan akan menjadi cabaran utama buatnya dalam mengejar sasaran.

GP Malaysia: Damok sahut cabaran untuk berada di kelompok utama
Pelumba muda negara Syarifuddin Azman bertekad untuk berada dalam kelompok hadapan meskipun hanya beraksi atas tiket wild card' Moto3 pada pentas Kejuaraan MotoGP di Grand Prix (GP) Malaysia 2022.

Damok raih tempat kedua pada dua perlumbaan di Barcelona
Pelumba negara, Syarifuddin Azman meraih tempat kedua berganda pada Kejuaraan Dunia Junior GP di Litar de Barcelona di Sepanyol, hari ini.