KUALA LUMPUR: Atlet memanah para negara, G. Daneshen berjaya melayakkan diri ke Sukan Paralimpik Paris 2024, selepas meraih perak acara compound lelaki pada Kejohanan Ranking Dunia Memanah Para Fazza kelapan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam.
Atlet berusia 26 tahun itu, muncul naib juara selepas tewas 133-143 kepada pemanah Austria, Michael Meier pada final kategori kelayakan Paralimpik, yang bakal berlangsung dari 28 Ogos hingga 8 Sept ini.
Terdahulu, pemanah di ranking dunia ke-32 itu, berjaya mengatasi cabaran Sakon Inkaew dari Thailand 140-139 pada separuh akhir dan Wu Chung Hung dari Taiwan 138-136 pada suku akhir kejohanan kelayakan dunia terakhir itu.
Daneshen menjadi pemanah para ketiga negara untuk melayakkan diri ke Paris 2024.
Sebelum ini, juara dunia memanah para 2019, S. Suresh dan atlet wanita terbaik temasya Para Sukan Malaysia (Sukma) 2022, Nur Jannaton Abd Jalil, telah mengesahkan tiket ke Paris pada Kejohanan Memanah Para Kelayakan Benua Asia di Bangkok, Thailand hujung tahun lepas, masing-masing sebagai juara recurve lelaki dan naib juara compound wanita.
Sementara itu, seorang lagi wakil negara bagi acara itu, Wiro Julin terlepas slot ke Paris 2024 selepas tewas tipis kepada Bulent Korkmaz dari Turkiye 141-142 pada pusingan penyingkiran 1/16.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 07 2024

Daneshen menjadi pemanah para ketiga negara untuk melayakkan diri ke Paris 2024.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Daneshen raih perak di Dubai, sahkan tiket ke Paralimpik Paris
Atlet memanah para negara, G. Daneshen berjaya melayakkan diri ke Sukan Paralimpik Paris 2024.