Walaupun mengakui lawannya berada di kelas tersendiri, pemain profesional negara, Liew Daren berjanji akan memberi saingan sengit apabila bertemu pemain terbaik dunia, Viktor Axelsen, pada aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Malaysia Masters di sini, pada Sabtu.
Pemain berusia 31 tahun itu bertekad untuk melakukan kejutan besar meskipun mengakui saingan berdepan dengan pemain nombor satu dunia dari Denmark itu merupakan cabaran yang sukar,
"Perlawanan esok (hari ini) pasti sukar buat saya tetapi saya percaya dengan kemampuan saya dan tetap tidak akan memberi laluan mudah kepada Axelsen," katanya pada Jumaat selepas menjadi satu-satunya wakil tunggal negara dalam acara perseorangan lelaki yang berjaya melangkah ke separuh akhir.
Pada perlawanan suku akhir di Arena Axiata Bukit Jalil, Daren, bekas pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu, mengalahkan pemain Thailand, Suppanyu Avihingsanon 21-18, 21-17 manakala Axelsen pula menewaskan pemain Indonesia, Jonatan Christie 21-15, 19-21, dan 21-12.
Walaupun memiliki kelebihan bermain di gelanggang sendiri dan pernah mengalahkan Axelsen di pentas final Terbuka Perancis pada 2012, Daren berkata, rekod lama itu tidak boleh dijadikan ukuran kerana lawannya kini bergelar juara dunia dan berada di kelas tersendiri.
Ini merupakan kali kedua berturut-turut Daren layak ke separuh akhir dalam tempoh dua minggu selepas Thailand Masters di Bangkok, minggu lepas.
"Untuk kejohanan ini, saya memang melakukan persiapan rapi dengan berlatih bersungguh-sungguh...saya berpuas hati dapat ke separuh akhir," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 19 2018
Walaupun memiliki kelebihan bermain di gelanggang sendiri dan pernah mengalahkan Axelsen di pentas final Terbuka Perancis, Daren menegaskan rekod lama itu tidak boleh dijadikan ukuran kerana lawannya kini bergelar juara dunia. - Gambar Fail
Pendidikan: China lancar pelan bina negara pendidikan kukuh 2035
China telah melancarkan pelan tindakan nasional pertama untuk membina sebuah "negara pendidikan kukuh" menjelang tahun 2035.
Trump janji batal beberapa perintah eksekutif Biden selepas angkat sumpah
Menurut laporan media AS, Trump dijangka menandatangani lebih 100 perintah eksekutif pada hari pelantikannya.
Western Australia destinasi baharu pilihan rakyat Malaysia untuk percutian keluarga
Perth sebagai sebuah ibu kota Australia Barat atau lebih dikenali sebagai Western Australia kini muncul sebagai destinasi popular bagi rakyat Malaysia yang mencari pengalaman percutian santai.
AWANI Ringkas: Seorang lelaki direman kes pukul OKU di pasar tani
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jangan beri tekanan, Biar siasatan selesai - Armizan
Semua pihak dinasihat tidak mencetuskan spekulasi berhubung penjualan sandwic dengan label ham and cheese yang dijual di beberapa premis dalam Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, adalah lebih baik tidak diberi tekanan kerana proses siasatan masih berjalan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, adalah lebih baik tidak diberi tekanan kerana proses siasatan masih berjalan.
Agenda AWANI: Memperkasa tadbir urus masa depan keselamatan negara
Diskusi mengenai ancaman baharu jenayah siber dan keselamatan dalam talian serta strategi memperkasa tadbir urus sektor keselamatan melalui penganjuran Asia International Security Summit & Expo (AISSE'25) dalam Agenda AWANI 8.30 malam ini.
Tahun Baharu Cina: Bas ulang alik percuma ke Bukit Bendera selama lima hari
PBBPP dengan kerjasama Rapid Bus Sdn Bhd dan Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan perkhidmatan bas ulang-alik percuma ke Bukit Bendera dari Komtar selama lima hari, sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Kes pukul OKU: Lima individu telah ditahan, polis lengkapkan siasatan
Lima individu telah ditahan berhubung kejadian pukul seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental di pasar tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman. #AWANInews
Trump janji nyahklasifikasi dokumen berkaitan pembunuhan Kennedy, Martin Luther King Jr
Trump menyatakan bahawa langkah ini adalah untuk memulihkan ketelusan dan akauntabiliti kerajaan.
Jenazah ADUN Sungai Sibuga selamat dikebumikan
Mohamad Hamsan, 65, meninggal dunia pada 11.20 malam tadi di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.
Kejayaan Sze Fei-Nur Izzuddin juarai Terbuka India 2025 bukti semangat juang atlet negara
Kejayaan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani rangkul gelaran juara Kejohanan Badminton Terbuka India membanggakan Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri.
Rashid Sidek buru bintang muda untuk teruskan legasinya
Rashid memburu empat bintang muda yang bakal menggantikan tempatnya dalam program 'Rashid Mencari Juara' (RMJ) yang akan ditayangkan di saluran 111 Sukan HD RTM.
Sze Fei-Nur Izzuddin wakil tunggal negara ke pentas akhir Terbuka India
Beregu lelaki nombor satu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani menjadi satu-satunya wakil negara yang berjaya melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Terbuka India 2025, esok.
Terbuka India: Aaron-Wooi Yik mara ke suku akhir
Gandingan pilihan kelima itu hanya ambil masa 34 minit untuk singkirkan pasangan bukan pilihan dari China, Xie Hao Nan-Zeng Wei Han.
Terbuka India: Soon Huat-Shevon Lai mara, mudah tewaskan pasangan Indonesia
Goh Soon Huat-Shevon Lai, menepati ramalan apabila menewaskan lawan dari Indonesia, Rinov Rivaldy-Lisa Ayu Kusumawati dalam Badminton Terbuka India.
Dua beregu campuran negara pamer peningkatan ranking, Pearly Tan-M Thinaah turun satu tangga
Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei memperbaharui ranking BWF mereka dengan menghuni tangga ketiga dan keempat dunia.
Gelaran beregu lelaki Terbuka Malaysia milik Won Ho-Seung Jae
Won Ho-Seung Jae muncul juara baharu dengan kemenangan 21-12, 21-12 dalam perlawanan selama 64 minit.
Mental belum cukup kuat punca Tang Jie-Ee Wei tersingkir - Nova
Katanya, jika mahu pergi lebih jauh, mereka perlu segera atasi masalah berkenaan terutama ketika berdepan beregu campuran handalan dunia.
BAM tidak lagi mahu dengar alasan pemain - Subramaniam
BAM telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membayar jurulatih berkualiti tinggi serta pemain.
Yew Sin-Ee Yi masih mahu rebut tempat di Olimpik
Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi memberi bayangan akan meneruskan aksi di pentas antarabangsa dengan meletakkan sasaran layak ke Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles.