Atlet terjun negara, Wendy Ng telah memohon pertimbangan Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) supaya proses pendengaran kes doping terhadapnya dijalankan menerusi sidang video.
Setiausaha Kehormat Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Mae Chan bekata Wendy sepatutnya menghadiri pendengaran kes doping itu di Switzerland tetapi memohon pertimbangan itu susulan perbelanjaan ke negara itu adalah sangat tinggi.
"Ketika ini kami hanya menunggu jawapan balas daripada FINA mengenai permohonan Wendy itu. Buat masa ini perkara itu masih belum selesai," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Institut Sukan Negara (ISN) di Bukit Jalil di sini pada Khamis.
Chan berkata susulan kes doping itu, Wendy tidak akan bersaing pada Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia, April ini serta dilarang menjalani latihan bersama skuad negara.
Katanya, pihaknya telah meminta atlet itu supaya memberi tumpuan kepada Sukan Asia 2018 di Indonesia dengan harapan kes doping itu diselesaikan sebelum temasya sukan tersebut bermula 18 Ogos hingga 2 Sept ini.
BACA: Sukan SEA: Satu kes doping dikesan
BACA: Atlet Sukan SEA 2017 negara gagal ujian doping
BACA: SEAGF umumkan tiga nama atlet gagal ujian doping KL2017
Wendy didapati positif dengan bahan terlarang sibutramine selepas diuji pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) Ogos lalu.
Sibutramine adalah bahan terlarang yang disenaraikan di bawah kategori S6 oleh kod peraturan Agensi Antidoping Dunia (WADA).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 22 2018

Chan berkata susulan kes doping itu, Wendy tidak akan bersaing pada Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia, April ini serta dilarang menjalani latihan bersama skuad negara. - Gambar fail

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Terjun: Kontinjen negara raih dua emas di Bukit Jalil
Mereka cemerlang mengumpul 298.98 mata keseluruhan di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, pada hari pertama yang menawarkan tiga emas.

Dua kejohanan tempatan medan uji perenang para negara
Dua kejohanan domestik akan dianjurkan sebagai medan menguji keupayaan dua perenang para negara.

ASUM timbang panggil Jun Hoong kembali jalani proses pemilihan ke Piala Dunia 2020
Jun Hoong sebelum ini, terpaksa berehat panjang kerana mengalami kecederaan lutut dan tidak menyertai sebarang pertandingan sejak Mei tahun lepas.

Doping: Wendy Ng mohon sidang video
Wendy sepatutnya menghadiri pendengaran kes doping itu di Switzerland tetapi memohon pertimbangan itu susulan perbelanjaan ke negara itu sangat tinggi.

Jurulatih terjun dari Australia ganti Zhuliang
Zhang Yukun akan bertindak sebagai jurulatih sementara ketika menunggu ketibaan jurulatih baharu yang dijangka tiba di Malaysia pada Januari tahun depan

ASUM akan cadang hanya tarik pingat emas individu Wendy Ng
Presidennya Datuk Seri Shahidan Kassim berkata ia adalah bagi memberi keadilan kepada pasangan Wendy Ng Yan Yee yang didapati positif doping jenis Sibutramine.