SEPANG: Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap agar momentum kecemerlangan atlet negara pada Sukan Para Asia (APG) Hangzhou 2022 diteruskan pada Sukan Paralimpik 2024 di Paris.
Dr Wan Azizah berkata beliau mahu atlet yang bakal menyertai Sukan Paralimpik mampu tampil dengan semangat tinggi bagi menjulang nama negara pada temasya sukan berprestij tersebut dijadual berlangsung dari 28 Ogos hingga 8 Sept 2024.
"Ya...dengan tekad dan semangat yang ada insya-Allah (teruskan rentak kecemerlangan di Sukan Paralimpik 2024). Kita doakan agar mereka terus sihat " katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menyambut kepulangan 113 wira dan wirawati negara pada APG Hangzhou 2022 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Dr Wan Azizah pada masa sama kagum dengan pencapaian dilakar kontinjen negara di APG Hangzhou 2022, yang berakhir semalam.
Terdahulu, sorakan dan tepukan gemuruh mengiringi ketibaan kontinjen negara dalam sambutan yang turut disertai pegawai tertinggi Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara, wakil persatuan sukan para masing-masing serta ahli keluarga atlet.
Kontinjen negara selamat tiba di KLIA Terminal 1 menerusi penerbangan sewa khas MH8839 dan komersial MH377 masing-masing pada jam 8.07 malam (dari Hangzhou) dan 8.23 malam (dari Guangzhou).
Pada majlis sambutan tersebut, Dr Wan Azizah turut memberikan cenderahati berupa plak kepada semua penyumbang pingat di APG Hangzhou 2022.
Malaysia menamatkan cabaran dengan mengumpul tujuh pingat emas, 15 perak dan 17 gangsa untuk menduduki tangga ke-12 carta pingat pada temasya sukan berprestij itu.
Pencapaian dilakar pada edisi keempat APG itu menyaksikan Malaysia berjaya melepasi sasaran 35 pingat ditetapkan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) sebelum ini.
Tuan rumah China mempertahankan gelaran juara dengan merangkul 214 pingat emas, 167 perak dan 140 gangsa.
Iran menghuni tangga kedua dengan meraih 44 emas, 46 perak dan 41 gangsa diikuti Jepun dengan kutipan 42 emas, 49 perak dan 59 gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 29 2023

Dr Wan Azizah kagum dengan pencapaian dilakar kontinjen negara di APG Hangzhou 2022, yang berakhir semalam. - Gambar Bernama

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.

Piala Presiden: 'Boy' cipta kejutan sambar emas di acara keirin
Muhammad Ridwan Sahrom mencipta kejutan dengan menyambar pingat emas pada Siri Tiga Piala Presiden hari ini.

Khairunnisa kuasai scratch elit wanita
Pelumba berbasikal trek pelapis wanita negara Khairunnisa Aleeya Saifulnizam mempamerkan kayuhan bertenaga untuk memenangi perlumbaan scratch elit wanita pada Siri Trek ASEAN (Piala Presiden).

Atlet silambam Malaysia raih 12 emas, juara keseluruhan Kejohanan Asia
Pasukan silambam Malaysia merangkul 12 pingat emas sekali gus muncul juara keseluruhan di Kejohanan Silambam Terbuka Asia di Qatar semalam.

Apa kata cuba perkara baharu? - Thamaraj dedah punca sertai dunia persilatan
V. Thamaraj muncul atlet silat berbangsa India pertama negara menyumbang kepada kejayaan yang menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia.

Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.

Malaysia sasar lima pingat emas di APDG ke-10
Kontinjen Malaysia menyasarkan untuk merangkul lima pingat emas sebagai tuan rumah Kejohanan Sukan Orang Pekak Asia Pasifik (APDG) ke-10.

Les Chanteurs raih Emas dan Perak di pertandingan koir antarabangsa
Pada hari pertandingan kedua pasukan mengenakan busana elegan dengan persembahan nyanyian yang harmoni dan lebih menarik berserta iringan body percussion.

Malaysia raih sembilan emas di Kejohanan Remaja Dunia
Malaysia menamatkan saingan Kejohanan Wusyu Remaja Dunia 2024 di Bandar Seri Begawan, Brunei dengan cemerlang apabila memenangi keseluruhan sembilan emas, 11 perak dan lima gangsa.

Para SUKMA: Medan 'memburu' bakat baharu ke temasya antarabangsa
Temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024 bermula esok hingga Sabtu depan di sini bakal menjadi medan pencarian bakat-bakat baharu dari golongan orang kurang upaya (OKU) yang penting buat negara.