EMPAT pemenang pingat Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil pada Ogos lalu, berlepas ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah di bawah tajaan sepenuhnya syarikat konglomerat, DRB-Hicom Bhd.
Turut menyertai rombongan itu adalah 15 jemaah lain terdiri daripada anggota keluarga atlet, kakitangan Majlis Sukan Negara, wakil DRB-Hicom dan media.
Ketua Bahagian Kumpulan Komunikasi DRB-Hicom Mahmood Abdul Razak berkata tajaan ini merupakan perhargaan oleh syarikat itu kepada atlet Paralimpik yang telah mengangkat nama negara di persada sukan antarabangsa.
"Ini merupakan sumbangan pertama diberi DRB-Hicom kepada atlet paralimpik dan diharapkan akan menjadi pemangkin semangat kepada mereka dan atlet yang lain untuk terus berusaha mencapai kemenangan untuk Malaysia di masa akan datang," katanya kepada media ketika menghantar rombongan tersebut di sini hari ini.
Mohamad Puzi Mat Isa, bapa pemenang pingat emas dan pemegang rekod acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy) Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, berkata keberangkatan beliau bersama Mohamad Ridzuan, isteri dan anak perempuannya ke Tanah Suci dianggap sebagai rezeki yang tidak dijangka.
"Ini merupakan kali pertama kami menunaikan umrah...saya menganggap ini adalah tempias tuah yang diperoleh anak saya kepada kami sekeluarga," katanya.
Ditanya apakah hajat yang ingin dimohon ketika berada di Mekah, dengan nada sebak Mohamad Puzi berkata beliau akan mendoakan agar anaknya yang mengalami masalah percakapan dapat bertutur dengan lebih baik.
Selain Mohd Ridzuan, pemenang pingat emas yang lain adalah Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly serta pemenang pingat gangsa Siti Noor Radiah Ismail.
Penajaan untuk menunaikan umrah selama 12 hari itu diselenggara oleh Tradewinds Travel Services. - BERNAMA
Bernama
Mon Dec 26 2016
Selain Mohd Ridzuan, pemenang pingat emas yang lain adalah Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly serta pemenang pingat gangsa Siti Noor Radiah Ismail. - Astro AWANI / Shahir Omar
Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
Semua majikan wajib patuhi Perintah Gaji Minimum dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.
JDT bakal uji PSG
Malah, Pemangku Sultan Johor itu juga tidak menolak kemungkinan perlawanan menentang PSG berlangsung pada 2025 atau 2026.
Perpaduan, nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Wilayah Persekutuan bukan sekadar tempat tinggal malah menjadi tempat bagi pelbagai lapisan masyarakat untuk membina impian dan mencipta kenangan bersama
.
.
Kadar gaji minimum RM 1,700 mulai 1 Februari 2025
Berkuat kuasa hari ini, kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan kepada semua pekerja.
Citaglobal beli tanah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta
Citaglobal beli sebidang tanah seluas 6,410 meter persegi (0.63 hektar) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta.
China tuntut AS siasat nahas udara di Washington
China menuntut Amerika Syarikat (AS) menyiasat insiden nahas udara berhampiran Washington, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 67 nyawa, Rabu lalu.
Trump sokong usaha Kongres gubal undang-undang transgender
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, akan menyokong usaha Kongres menggubal undang-undang berkaitan transgender.
Trump mahu kenakan tarif import Kanada, Mexico bermula hari ini
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sahkan akan meneruskan ancamannya untuk mengenakan tarif sempadan sebanyak 25 peratus ke atas import dari Kanada dan Mexico mulai Sabtu.
Netanyahu akan bertemu Trump di Washington D.C
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, akan berada di Washington D.C. pada Selasa bagi mengadakan mesyuarat kerja dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Ibu bapa tebusan Israel berterima kasih kepada Trump
Ibu bapa tebusan yang dibebaskan, Agam Berger, pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Ucapan itu disampaikan atas peranannya dalam merealisasikan perjanjian gencatan senjata di Gaza serta pembebasan tebusan.
Ucapan itu disampaikan atas peranannya dalam merealisasikan perjanjian gencatan senjata di Gaza serta pembebasan tebusan.
DRB-HICOM Berhad nafi beli ekuiti Media Prima
DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) menafikan kumpulan berkenaan mengambil alih 11 peratus saham dalam syarikat Media Prima Berhad (MPB).
DRB-Hicom sangkal beli kepentingan Media Prima
DRB-Hicom Bhd hari ini menafikan bahawa pihaknya membeli 11 peratus kepentingan dalam Media Prima Bhd.
Mana mungkin kerajaan biarkan Proton lingkup dan tergadai - PM Najib
Tidak mungkin kerajaan akan membiarkan sahaja masa depan Proton tergadai dengan membiarkan sahaja pihak pengurusan DRB-Hicom membuat keputusan yang salah.
Sengatan Spaso dituntut Melaka United malam ini
Skuad Melaka United akan berusaha membenam DRB-Hicom dalam saingan Liga Perdana 2016 di Stadium Hang Jebat malam ini.
Liga Perdana: KL gagal rapatkan jurang dengan DRB-Hicom
Kuala Lumpur gagal menggunakan peluang beraksi di laman sendiri untuk merapatkan jurang dengan pesaing terdekatnya, DRB Hicom FC.
Proton meterai MOU perkongsian strategik dengan Suzuki Japan
Proton Holdings Bhd, DRB-HICOM Bhd, dan Suzuki Motor Corp of Japan memeterai MOU bentuk perkongsian strategik.
Proton sasar 500 ribu kenderaan dalam lima tahun
Proton mensasarkan untuk mengeluarkan 500 ribu unit kenderaan dalam tempoh lima tahun dengan sasaran hampir 20 peratus eksport.
Tun M: Ubah imej Proton
Penasihat Proton Tun Dr. Mahathir mahu ubah persepsi masyarakat tentang kualiti kereta keluaran Proton.