DUA anak muda negara Ariff Saufi Abdullah dan M. Sahthyswaran berlepas ke London untuk menyertai latihan intensif bersama pasukan Queens Park Rangers (QPR).
Ariff, 16, dan Sahthyswaran, 17, diterbangkan ke London setelah menjadi Pemain Terbaik pada Siri Jelajah Klinik Bola Sepak AirAsia-QPR di stadium Shah Alam, Disember tahun lalu.
Mereka berdua dipilih daripada 60 bakat muda yang sertai jelajah tersebut.
Turut ke London ialah pemain dari Thailand, Singapura dan China.
Di samping menimba pengalaman, mereka turut berpeluang bertemu pemain utama pasukan itu di kem latihan Harlington dan berpeluang menyaksikan perlawanan secara langsung antara QPR dan Derby County 8 Mac ini.
Astro Arena
Wed Mar 02 2016

Sahthyswaran (kiri) dan Ariff berpeluang menimba ilmu dan pengalaman bersama QPR. - Foto AirAsia
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Dua anak muda timba pengalaman bersama QPR
Dua anak muda negara Ariff Saufi Abdullah dan M. Sahthyswaran berlepas ke London untuk menyertai latihan intensif bersama pasukan Queens Park Rangers (QPR).