KUALA LUMPUR: Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) mengesahkan bahawa dua atlet yang sebelum ini dilaporkan positif penggunaan bahan terlarang adalah atlet angkat berat.
Presidennya, Datuk Ayub Rahmat berkata kedua-dua badang itu telah digantung daripada sebarang aktiviti, latihan dan kegiatan sukan angkat berat Malaysia sehingga proses pendengaran dan hukuman dijalankan.
Beliau berkata, PABM akan memberikan kerjasama penuh kepada panel pendengaran serta siasatan yang akan ditubuhkan dan dilaksanakan sepenuhnya oleh Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) dalam masa terdekat.
"PABM tidak akan berkompromi dengan mana-mana atlet, jurulatih atau pegawai terlibat dengan doping. Tindakan mengambil bahan larangan ini sudah pastinya mewujudkan persaingan secara tidak sihat serta mengakibatkan maruah sukan ini tercalar.
"PABM akan mengambil tindakan lanjut berkaitan isu ini setelah keputusan penuh pendengaran dan siasatan diperoleh," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ayub berkata, pihaknya terus bekerjasama dengan Adamas dalam melaksanakan ceramah, bengkel, kursus dan kefahaman berkaitan anti-doping kepada semua atlet, jurulatih dan pegawai.
Sebelum ini, Pengarah Adamas Azura Abidin berkata dua atlet kebangsaan yang menjalani latihan di Majlis Sukan Negara (MSN), didapati positif pada ujian yang dilakukan pada Jun lepas tetapi tidak mendedahkan jenis sukan.
Azura turut mengesahkan bahawa kedua-dua atlet terbabit setakat ini belum meminta untuk mencabar Sampel B, dan kes masih dalam proses pengurusan keputusan di peringkat Adamas.
"Adalah menjadi obligasi Adamas untuk menjalankan tanggungjawab ini dengan sulit tanpa sebarang gangguan," kata Azura semalam.
Ini bukan kali pertama sukan angkat berat negara dikejutkan dengan kontroversi doping, apabila PABM digantung daripada menyertai sebarang aktiviti Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) selama setahun bermula 1 April 2020, selain semua atlet angkat berat Malaysia tidak dibenarkan menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020 kerana masalah doping.
PABM juga pernah didenda sebanyak AS$25,600 (lebih kurang RM110,000) pada 2019 berikutan kes doping membabitkan empat atlet negara.
PABM pada 2018 telah mengenakan hukuman penggantungan selama tiga tahun kepada pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2014 Mohd Hafifi Mansor serta penggantungan empat tahun kepada Mohamad Fazrul Azrie Mohdad, Muhammad Hakimie Haikal Nordin, Muhammad Zaidi Nordin dan Ronny Jesus kerana positif doping.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 06 2021

PABM tidak akan berkompromi dengan mana-mana atlet, jurulatih atau pegawai terlibat dengan doping. - Gambar hiasan
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kategori baharu buat Aniq Kasdan mulai 2025
Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan mengesahkan akan beraksi dalam kategori baharu, iaitu 60 kilogram (kg) bermula 2025.

Sukan SEA 2025: Atlet angkat berat berdepan cabaran kemungkinan perubahan kategori
Ini susulan mesyuarat IWF di Manama, Bahrain baru-baru ini yang memutuskan perubahan kategori bagi sukan berkenaan.

Mohamad Syahmi mahu ikut jejak Aniq
Atlet berusia 20 tahun itu berkata beliau tidak akan berhenti berusaha untuk ke peringkat lebih tinggi dalam sukan angkat berat.

Lapan kali Muhammad Hafizuddin pecah rekod kebangsaan
Muhammad Hafizuddin Roslin bagai tiada tandingan apabila memecah rekod kebangsaan sebanyak lapan kali dalam acara angkat berat kategori 81 kilogram (kg) lelaki untuk merangkul pingat emas SUKMA 2024.

Mohamad Aniq gembira sukan angkat berat mula dapat perhatian
Angkat berat kini lebih dikenali terutamanya selepas Aniq membuktikan bahawa Malaysia mampu memberi saingan di temasya sukan terbesar dunia itu.

Olimpik Paris 2024: Kalah dengan 1kg lebih mengecewakan - Mohamad Aniq
Mohamad Aniq terlepas penamat podium dalam acara angkat berat kategori 61kg lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024, pada Rabu.

PABM teliti penggunaan suplemen buat Aniq Kasdan
Dalam aspek ini, Institut Sukan Negara perlu meneliti penggunaan suplemen yang mungkin boleh memberi tenaga dan kekuatan kepada atlet ini.

Mohamad Aniq buru ranking keempat kelayakan Olimpik Paris
Badang negara berkata untuk merealisasikan misi itu, beliau perlu membuat angkatan keseluruhan sebanyak 305 kg di Piala Dunia 2024 di Phuket, Thailand pada April depan.

Sukan Para Asia: Angkatan emas untuk abang Bryan - Bonnie
Malaysia raih emas kelima menerusi atlet powerlifting Bonnie Bunyau Gustin dalam acara 72 kilogram.

Keputusan Aniq dan Aznil masuk RTG diketahui selepas mesyuarat - Hannah
Hannah berkata, buat masa ini, beliau tidak boleh umum sebarang keputusan melibatkan program itu yang dipengerusikan bersama Presiden MOM.