KUALA LUMPUR: Perenang muda negara Jayden Tan memastikan Kuala Lumpur terus meninggalkan pencabarnya apabila menyumbang dua pingat emas pada hari ketiga Kejohanan Renang Terbuka Malaysia ke-66 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil di sini, hari ini.
Jayden meraih emas peribadi pertama apabila mengungguli final acara 400 meter (m) gaya bebas lelaki selepas mencatat masa tiga minit 55.52 saat (s), menewaskan rakan sepasukan Muhammad Dhuha Zulkifry, kedua (3:57.22s) dan wakil Bisp Sea Eagles Swimming Ali Jafari ketiga (3:58.10s).
Pemenang pingat gangsa 400m rampaian individu lelaki Sukan SEA 2023 berusia 20 tahun itu kemudian membantu kuartet Kuala Lumpur antara lain yang dibarisi Muhammad Dhuha, Muhammad Arif Zulfikry dan Vitus So Teng Hoe, meraih emas dalam acara 4x200m gaya bebas.
Mereka merekodkan 7:58.59s untuk mengenepikan cabaran kuartet Selangor di tempat kedua (7:59.16s) dan tempat ketiga menjadi milik Sarawak yang mencipta masa 8:17.48s.
Bagi Jayden, kejayaan itu melonjakkan moralnya yang menyasarkan untuk cuba mencipta nama pada temasya Sukan SEA 2025 di Thailand.
"Seterusnya tumpuan utama ialah Sukan SEA Thailand dan tidak sabar menantikannya. Saya benar-benar berharap untuk melakukannya dengan baik, bukan sahaja dalam acara individu tetapi juga ramoaian berganti-ganti. Saya rasa pasukan kita boleh menjadi kuat.
"Bagi saingan saya di sana, perenang Vietnam memang pantas...mereka sangat bagus...saya akan cuba sedaya upaya untuk merapatkan jurang. Kami masih ada masa dan saya perlu mengekalkan disiplin dan terus memaksa diri untul melakukan dengan lebih baik," katanya kepada pemberita di sini.
Dua emas dituai Kuala Lumpur hari ini menyaksikan kontinjen itu menerajui carta kedudukan pingat dengan keseluruhan tujuh emas diikuti pencabar terdekat Mongolia kedua dengan lima emas.
Sementara itu, seorang lagi perenang negara Phee Jinq En yang mewakili Selangor terpaksa akur dengan pingat perak selepas menamatkan final 50m kuak dada wanita dengan catatan masa 31.92s di belakang wakil Denmark Thea Blomsterberg (31.63s) sementara Tan Rouxin dari Johor ketiga (32.63s).
Jinq En yang juga pemegang rekod kebangsaan acara itu dengan masa 31.40s dan Blomsterberg masing-masing berjaya 'memadam' rekod kejohanan 31.99s milik atlet Taiwan Lin Pei-wun.
Kejohanan Renang Terbuka Malaysia ke-66 yang bermula Khamis lepas akan melabuhkan tirainya esok.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 25 2024

Aksi atlet renang pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia ke-66 di Pusat Akuatik Bukit Jalil hari ini. - Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Dua emas Jayden pastikan dominasi Kuala Lumpur berterusan di Terbuka Malaysia
Jayden meraih emas peribadi pertama apabila mengungguli final acara 400m gaya bebas lelaki selepas mencatat masa tiga minit 55.52 saat.