Dua pakar pecut negara, Anuar Manan dan Mohd Harrif Salleh serta pelumba senior Suhardi Hassan tidak disenaraikan dalam skuad berbasikal lebuh raya negara untuk temasya Sukan SEA 2013 Myanmar dari 11 hingga 22 Dis.
Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Abdul Wahab berkata pemilihan sembilan daripada 12 pelumba yang disenarai pendek itu adalah berdasarkan kesesuaian laluan yang bakal ditempuhi pada Sukan SEA.
"Kita tidak menafikan kepakaran Anuar dan Mohd Harrif sebagai pakar pecut. Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kepada pendakian pada 40km awal perlumbaan. Kita takut mereka tidak dapat melepasi pendakian itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan PKBM di Wisma OCM di sini Isnin.
Pelumba yang terpilih ialah Mohd Fauzan Ahmad Lufti, Mohamad Rauf Nur Misbah, Mohd Adiq Husainie Othman, Amir Mustafa Rusli, Mohd Shahrul Mat Amin, Loh Sea Keong, Muhamad Saufi Mat Senan, Mohd Zamri Salleh dan Nik Mohd Azwan Zulkifli.
Abu Samah berkata skuad negara itu akan memulakan latihan di Bukit Tinggi, Pahang mulai Khamis ini sementara menunggu keputusan kerajaan Myanmar memberi kebenaran berlatih di laluan yang akan digunakan semasa temasya tersebut.
Beliau berkata PKBM telah meletakkan sasaran dua pingat emas untuk skuad lebuh raya itu.
Sementara skuad elit wanita pula menyandarkan harapan di bahu Maziyaton Mohd Radzi, Nusyazwana Jamil, Grace Phang Cing Zhen, Nurul Suhada Zainal, Mariana Mohammad dan Carolline George.
Maziyaton juga akan berganding dengan Junaidah Jus dalam acara basikal bukit (MTB).
Cabaran negara dalam kategori MTB lelaki akan digalas oleh Shahrin Amir, Mohd Zulhafiz Saifudin, Shahril Aizat Nazali dan Mohd Harif Jamaludin.
Skuad berbasikal negara turut menghantar wakil dalam acara BMX dan akan diwakili oleh Mohd Elmi Jumari dan Mohd Arif Jamaludin.
Bernama
Mon Oct 07 2013


Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

'Saya tidak marah tapi terkilan' - Azizulhasni
Jaguh berbasikal trek itu tidak dapat menyembunyikan rasa terkilannya terhadap kesalahan fakta dikeluarkan presiden PKBM menerusi laporan media.

PKBM cadang wujudkan kembali skuad lebuh raya - Abu Samah
PKBM telah mengenal pasti lapan pelumba buat masa ini dan jumlah itu mungkin ditambah pada masa akan datang.