LANGKAWI: Dua peserta kejohanan triathlon, Ironman Langkawi Malaysia di sini terpaksa diberi bantuan kecemasan selepas dipercayai mengalami masalah kesihatan ketika berlangsungnya cabaran itu, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata ketika kejadian, peserta sedang melakukan disiplin renang di Pantai Kok, di sini.
“Seorang peserta wanita berusia 44 tahun dipercayai mengalami masalah kesihatan dan terpaksa menerima bantuan daripada petugas keselamatan pantai lalu dikejarkan ke Hospital Sultanah Maliha.
“Keadaan peserta wanita itu dilaporkan tidak sedarkan diri dan masih menerima rawatan.
“Seorang lagi peserta lelaki turut mengalami masalah kesihatan dan dibantu pasukan perubatan di tepi pantai namun dibenarkan pulang selepas dia kembali pulih,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Shariman berkata, seorang lelaki yang dipercayai penonton mengalami kecederaan di kepala kerana dipercayai terjatuh daripada kawasan tinggi ketika menyaksikan acara Ironman berlangsung.
Lelaki itu bagaimanapun telah menerima rawatan dan dibenarkan pulang.
Katanya, seramai 120 pegawai dan anggota ditugaskan sepanjang acara berlangsung bagi memastikan keselamatan peserta dan penonton.
Sementara itu, Shariman menasihati orang awam supaya jangan menimbulkan sebarang spekulasi dan mendapatkan laporan yang sahih sebelum menyebarkan sesuatu kejadian.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Oct 07 2023

Salah seorang daripada dua peserta kejohanan triathlon Ironman Langkawi yang diselamatkan selepas dipercayai mengalami masalah kesihatan ketika berlangsungnya cabaran itu, pagi tadi. -Astro AWANI

Wanita dipenjara 10 tahun kerana amang seksual anak perempuan jiran
Seorang wanita dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen, selepas didapati bersalah melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 13 tahun.

Empat RUU berkaitan kecekapan perkhidmatan, kerajaan tempatan dibentang di Dewan Rakyat
RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 bertujuan meningkatkan kualiti, kecekapan, dan keberkesanan perkhidmatan kerajaan.
[TERKINI] Dua lagi kakitangan digantung, pengurusan Astro bertemu MCMC
Astro Audio adakan siasatan dalam terperinci berhubung kes kandungan dalam talian yang menimbulkan sensitiviti dalam kalangan masyarakat khususnya kaum India. Pengurusan Tertinggi Astro telah mengadakan perjumpaan dengan MCMC.

Kandungan kurang sensitif: Astro Audio bertemu MCMC, gantung tugas Azad, Nabil, Radin dan dua lagi
Susulan insiden penerbitan kandungan kurang sensitif sehingga menyakiti hati dan mengundang kekecewaan pelbagai pihak, pihak Astro Audio telah menggantung tiga penyampai radio Pagi ERA dan dua lagi.

Pengembalian autonomi Parlimen sebahagian besar reformasi institusi Madani - PM
Kerajaan mahu pastikan Parlimen berfungsi sebagai badan legislatif yang benar-benar bebas, berwibawa, dan berdaya saing.
Hakim Jepun dipilih sebagai presiden baharu ICJ
Hakim Jepun, Yuji Iwasawa dipilih sebagai presiden baharu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi tempoh 2025 sehingga 5 Februari 2027.
Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan
Peningkatan produktiviti boleh dicapai menerusi program menambah kemahiran seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan kewujudan pusat kecemerlangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Polis sahkan wanita Jepun jatuh dari tingkat 4 isteri usahawan dan pempengaruh
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian wanita warga Jepun yang maut terjatuh dari tingkat 4 sebuah kondominium adalah isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial.

Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menurut Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan, sebagai sebuah negara yang majmuk, masyarakat perlu memupuk semangat saling menghormati antara satu sama lain, tanpa mengira latar belakang agama atau bangsa.

Peserta Ironman dan pengasas Kiddocare, Mui Mahmud meninggal dunia
Pengasas bersama Kiddocare, Muhaini Mahmud, meninggal dunia di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, pada petang Ahad.

Dua peserta Ironman Langkawi diberi bantuan kecemasan selepas alami masalah kesihatan
Ketika kejadian, peserta sedang melakukan disiplin renang di Pantai Kok.

'Kalau dah lenjan 15 jam Ironman, solat kat mana?' netizen tanya Alif Satar
Jelas Alif, pihak penganjur telah menyediakan tempat khas bagi umat Islam menunaikan kewajipannya.

Gomez cipta rekod baharu Ironman Langkawi
Peserta triatlon Sepanyol, Javier Gomez menepati ramalan selaku pilihan utama apabila berjaya memecahkan rekod Ironman Langkawi.

Croneborg, Riesler juarai Ironman Malaysia Langkawi 2016
Ironman Malaysia Langkawi 2016 menjadi pentas terbaik menunaikan impian bagi peserta Sweden, Frederik Croneborg dan Diana Riesler dari Jerman apabila dinobatkan juara kejohanan edisi ke-14 itu.