MALAYSIA wajar menilai secara menyeluruh dan mendalam sebelum membuat keputusan menerima tawaran Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) bagi menggantikan Victoria, Australia yang menarik diri sebagai tuan rumah temasya itu pada 2026.
Bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, tempoh dua tahun merupakan satu masa yang singkat buat negara untuk membuat persiapan menganjurkan temasya besar tersebut.
Malah beliau berkata, cadangan untuk menjadi hos bukan dibuat dengan terancang sebaliknya secara mengejut apabila Victoria menarik diri daripada menjadi tuan rumah.
“CGF melihat Malaysia layak untuk menggantikan Victoria sebagai tuan rumah sebab negara pernah menganjurkannya pada tahun 1998. Namun ia bukan perancangan teliti, tetapi secara ad hoc apabila Victoria menarik diri.
"Saya lihat masa tidak sesuai (jadi tuan rumah Sukan Komanwel). Kita tidak mempunyai masa yang cukup untuk buat venue, penyediaan sukarelawan, aspek keselamatan dan penglibatan agensi-agensi yang lain.
"Lazimnya pengumuman hak tuan rumah dibuat awal iaitu dua kitaran Olimpik atau lapan tahun. Ia bagi memberi peluang kepada tuan rumah membuat persiapan fasiliti dan program pembangunan atlet," katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.
Sebagai tuan rumah, CGF menawarkan Malaysia dana 100 juta pound (RM601 juta) bagi menyokong perancangan menganjurkan edisi 2026 dan akan mengurangkan beban kewangan menganjurkan temasya sukan itu.
Reezal Merican turut melihat penganjuran temasya tersebut memerlukan belanja yang besar dan negara pula akan menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak ASEAN pada tahun depan.
Beliau berkata, Malaysia akan menjadi Pengerusi ASEAN 2025 - satu persidangan besar di rantau ini yang turut melibatkan kehadiran pemimpin-pemimpin utama dunia.
“Persidangan ini memerlukan belanja yang tinggi dan persiapan yang sangat rapi kerana ia melibatkan kedatangan pemimpin besar dunia seperti Amerika Syarikat, Rusia dan Korea Selatan.
“Malaysia ada pengalaman (tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN) pada 2015. Bukan tidak mampu buat (anjur) tetapi ruang yang ada amat terbatas untuk buat persiapan persidangan berskala antarabangsa dan Sukan Komanwel,” katanya.
Justeru beliau menyarankan agar Malaysia memberi fokus untuk menjadi tuan rumah Sukan Asia secara bersendirian dan Sukan Olimpik bersama negara anggota ASEAN yang lain pada masa depan.
Tambah beliau, Sukan Asia mampu menjadi platform pembentukan atlet elit bagi meraih pingat dan seterusnya meningkatkan prestasi mereka untuk lebih berdaya saing dalam Sukan Olimpik.
“Sukan Asia menjadi medan untuk menonjolkan atlet elit negara dan lebih menyerlah untuk memburu pingat pada Sukan Olimpik,” katanya.
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memaklumkan telah memulakan perbincangan dengan Kementerian Belia dan Sukan mengenai cadangan menganjurkan Sukan Komanwel 2026 susulan undangan rasmi daripada CGF kepada MOM yang juga dikenali sebagai Persatuan Sukan Komanwel (CGA) Malaysia bulan lalu.
Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, CGA Malaysia berpandangan kerajaan perlu menimbangkan peluang 'sekali seumur hidup' itu, di samping sokongan serta pelaburan kewangan berkaitan, meneruskan legasi kejayaan Malaysia yang pernah menganjurkan Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998 dan mengembalikan kemegahan negara dalam arena sukan dunia.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada Rabu memaklumkan perbincangan mengenai perkara tersebut akan dibawa untuk perbincangan Kabinet pada minggu depan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Mar 14 2024

REEZAL MERICAN: CGF melihat Malaysia layak menggantikan Victoria sebab negara pernah menganjurkannya pada 1998, namun ia bukan perancangan teliti, tetapi secara ad hoc apabila Victoria menarik diri. - Gambar fail
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 dapat sokongan padu daripada organisasi utama
Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 (MCS 2024), yang akan berlangsung dari 17-19 Dis mendapat sokongan padu daripada penaja dan rakan strategik utama.

MATRADE sasar jualan eksport MIHAS@Dubai bernilai RM1 bilion
MIHAS@Dubai akan menjadi acara antarabangsa pertama di luar negara dengan penyertaan terbesar oleh syarikat Malaysia diterajui oleh MATRADE.

MATRADE sasar MIHAS 2024 jana jualan RM3.5 bilion
Reezal Merican berkata sasaran itu lebih tinggi berbanding jualan RM3.2 bilion yang berjaya dicapai pada MIHAS 2023.

Pensijilan halal bantu perluaskan produk dan perkhidmatan ke peringkat antarabangsa - MATRADE
Pensijilan halal memainkan peranan kritikal bagi memperluaskan pasaran produk tempatan ke peringkat antarabangsa.

Perjuangan atlet di Paris bakar semangat MATRADE perkukuh eksport negara
Reezal Merican berkata beliau ingin lihat semangat juang seperti yang dipamerkan barisan atlet negara diterapkan di MATRADE.

Pertumbuhan sektor peranti perubatan Malaysia dijangka terus berkembang - Matrade
Kerajaan giat mempromosikan Malaysia sebagai hab pembuatan serantau dan komited untuk membangunkan industri penjagaan kesihatan.

'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'
Katanya, tempoh dua tahun merupakan satu masa yang singkat buat negara untuk membuat persiapan menganjurkan temasya besar tersebut.

Malaysia tawar khidmat kepakaran pemain industri untuk pembangunan Nusantara
Satu memorandum persefahaman akan dimeterai dengan Kadin mengenai penerokaan pelbagai bidang baharu berkaitan digital dan teknologi.

Stadium QPR kini dikenali MATRADE Loftus Road Stadium
Stadium QPR iaitu Loftus Road kini dinamakan MATRADE Loftus Road Stadium berkuatkuasa sehingga musim 20252026.

Tiada sebarang perbincangan berhubung jawatan kerajaan negeri - Reezal Merican
Reezal Merican berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti dan Kerajaan Perpaduan untuk memutuskan perkara berkenaan.