KUALA LUMPUR: Ng Eain Yow dan S. Sivasangari, masing-masing juara perseorangan lelaki dan wanita pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 menjadii sandaran Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) untuk mencabar kedudukan podium pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).
Pengarah Kejurulatihan SRAM, Mejar (B) S. Maniam) optimis bahawa Eain Yow, 25, dan Sivasangari, 24, akan berada pada prestasi tahap kemuncak serta mampu menghuni kelompok 10 pemain terbaik dunia menjelang LA2028.
"Buat masa ini, Eain Yow berada dalam kedudukan kelompoik 20 terbaik manakala Sivasangari meskipun berada di tangga ke-37, namun bermain seperti pemain teratas 20.
"Saya percaya dua-dua permain ini mempunyai potensi untuk berada dalam kelompok 10 terbaik dunia dalam masa lima tahun dan mungkin berpeluang untuk memenangi pingat untuk Malaysia di Los Angeles," katanya kepada Bernama ketika dihubungi semalam.
Selain Eain Yow dan Sivasangari, Maniam juga percaya bahawa pasangan adik-beradik Aifa dan Aira Azman serta pemain perseorangan lelaki, Ameeshenraj Chandaran merupakan prospek pingat atau berada dalam kelompok 10 terbaik dunia pada masa itu.
Berdasarkan potensi menyumbang pingat pada LA28, Maniam berkata SRAM akan berbincang dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mngenai rancangan untuk membantu pemain berkenaan mencapai kecemerlangan di Los Angeles.
Sementara itu, katanya, SRAM sangat gembira dengan keputusan Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Jumaat lalu untuk menyenaraikan acara perseorangan skuasy sebagai salah satu daripada lima sukan tambahan pada temasya sukan terbesar dunia itu.
Empat lagi sukan tambahan tersebut ialah kriket, sukan tradisi Amerika Syarikat iaitu flag football, lacrosse dan besbol-sofbol pada temasya LA28 itu.
Maniam berkata komuniti skuasy gembira mengetahui bahawa semua usaha keras oleh Persekutuan Skuasy Dunia sepanjang dekad lalu akhirnya membuahkan hasil dengan pengiktirafan skuasy oleh IOC dan akan membuat penampilan sulungnya di Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 15 2023
![Eain Yow, Sivasangari jadi sandaran SRAM pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 - Maniam Eain Yow, Sivasangari jadi sandaran SRAM pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 - Maniam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697373539_atlet.jpg)
Maniam percaya Eain Yow dan Sivasangari berpotensi untuk berada dalam kelompok 10 terbaik dunia dalam masa lima tahun dan berpeluang memenangi pingat untuk Malaysia di Los Angeles. - Gambar fail BERNAMA
![Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739942446_TBAfdlinShauki.jpg)
Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.
![SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739946749_SaifuddinNasution.jpg)
SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews
![Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739942321_tbPopeFrancis.jpg)
Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
![Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739940968_TBFahmi.jpg)
Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.
![Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739945582_jururawatmaut.jpg)
Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.
![Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739943723_tbAmirudinShari.jpg)
Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.
![Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739940327_TBKillerWhales.jpg)
Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.
![Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739940618_mayat.jpg)
Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.
![Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739942591_StevenSimCheeKeon.jpg)
Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.
![Yiwen umum bersara selepas 10 tahun wakili negara Yiwen umum bersara selepas 10 tahun wakili negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722861478_ChanYiwen.jpg)
Yiwen umum bersara selepas 10 tahun wakili negara
Pemain skuasy wanita negara Chan Yiwen mengambil keputusan untuk meninggalkan skuad kebangsaan semalam selepas 10 tahun mengharumkan nama negara dalam sukan itu.
![SRAM diminta bentang rancangan ke Sukan Olimpik kepada Jawatankuasa RTG 2028 SRAM diminta bentang rancangan ke Sukan Olimpik kepada Jawatankuasa RTG 2028](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699315365_GerardMonteiro.jpg)
SRAM diminta bentang rancangan ke Sukan Olimpik kepada Jawatankuasa RTG 2028
Ia termasuk mengenal pasti empat pemain perseorangan lelaki dan empat pemain perseorangan wanita yang berpotensi mewakili negara.
![Eain Yow, Sivasangari jadi sandaran SRAM pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 - Maniam Eain Yow, Sivasangari jadi sandaran SRAM pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 - Maniam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697373539_atlet.jpg)
Eain Yow, Sivasangari jadi sandaran SRAM pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 - Maniam
Maniam optimis Eain Yow dan Sivasangari akan berada pada tahap kemuncak dan mampu jadi antara 10 pemain terbaik dunia menjelang LA2028.
![Sukan Asia: Skuad paling cemerlang, bawa pulang tiga pingat emas - SRAM Sukan Asia: Skuad paling cemerlang, bawa pulang tiga pingat emas - SRAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696591494_TBPemainskuasy.jpg)
Sukan Asia: Skuad paling cemerlang, bawa pulang tiga pingat emas - SRAM
Prestasi itu hampir mengulangi pencapaian pasukan skuasy negara pada temasya edisi 2010 di di Guangzhou, China.
![SRAM terus usaha lahir lebih ramai 'Nicol David' SRAM terus usaha lahir lebih ramai 'Nicol David'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/81486050370_Racquetball.jpg)
SRAM terus usaha lahir lebih ramai 'Nicol David'
SRAM bersama Kementerian Pendidikan dan Yayasan CIMB telah mewujudkan program bukan hanya setakat di peringkat sekolah malah juga daerah.