SEPANG: Selepas merangkul emas di Sukan Asia Hangzhou 2022, pemain skuasy lelaki negara Ng Eain Yow kini berazam untuk memburu kedudukan ke-10 terbaik dunia.
Atlet berusia 25 tahun yang kini berkedudukan ke-18 dunia itu berkata, beliau mahu memastikan dapat berada dalam kelompok terbaik dunia, selewat-lewatnya pada Jun tahun depan.
"Untuk musim kali ini, memang saya sasarkan untuk capai kedudukan 10 terbaik dunia, itu sasaran musim ini, sasaran pertama Sukan Asia sudah tercapai," katanya kepada pemberita selepas selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Hangzhou, China, pada Jumaat.
Di Sukan Asia Hangzhou, Eain Yow menepati sasaran apabila membenam pemain veteran India, Saurav Ghosa,l 9-11, 11-9, 11-5, 11-7, dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki semalam.
Eain Yow berkata, selepas ini, beliau akan membuat persiapan rapi dalam usaha memburu emas di Piala Malaysia Ace 2023, yang bakal berlangsung di Seremban, November ini.
Dalam pada itu, pemenang pingat emas Kejohanan Perseorangan Asia 2021 itu, turut menyimpan angan-angan untuk melihat sukan skuasy dipertandingkan di Sukan Olimpik Los Angeles pada 2028.
"Saya rasa mungkin ramai orang tak memberi perhatian kepada skuasy sejak Datuk Nicol David bersara, dari zaman beliau lagi ada cakap, kalau Nicol ada peluang tukar lapan world champion kepada satu Olimpik dia mahu tukar.
"Cuma sebab sukan ini tiada dalam Olimpik, kami selalu dengar khabar angin akan dimasukkan dalam Olimpik. Jadi kalau masuk pasti ia akan lebih popular dan lebih banyak bantuan. Saya harap Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa akan mempertimbangkan perkara ini," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Oct 06 2023
![Eain Yow tekad buru kedudukan 10 terbaik dunia Eain Yow tekad buru kedudukan 10 terbaik dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696590951_NgEainYow.jpg)
Selepas merangkul emas di Sukan Asia Hangzhou 2022, pemain skuasy lelaki negara Ng Eain Yow kini berazam untuk memburu kedudukan ke-10 terbaik dunia. - Foto BERNAMA
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Eain Yow, Rachel mara ke suku akhir Piala Skuasy Malaysia Eain Yow, Rachel mara ke suku akhir Piala Skuasy Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731599446_EainYowRachel.jpg)
Eain Yow, Rachel mara ke suku akhir Piala Skuasy Malaysia
Diiring sokongan padu penyokong tempatan, Ng Eain Yow dan Rachel Arnold mudah menewaskan lawan masing-masing untuk mara ke suku akhir Piala Skuasy Ace Malaysia 2024 dijadualkan esok.
![Cabaran hebat menanti Sivasangari, Eain Yow pusingan ketiga Kejohanan Skuasy Dunia Cabaran hebat menanti Sivasangari, Eain Yow pusingan ketiga Kejohanan Skuasy Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715586447_TBSivasangariSubram.jpg)
Cabaran hebat menanti Sivasangari, Eain Yow pusingan ketiga Kejohanan Skuasy Dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari mengetuai kemaraan pemain Malaysia dalam kempen Kejohanan Skuasy Dunia 2024 di Mesir.
![Sivasangari, Eain Yow mara pusingan kedua Kejohanan Skuasy Dunia Sivasangari, Eain Yow mara pusingan kedua Kejohanan Skuasy Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715384250_TBSivasangari.jpg)
Sivasangari, Eain Yow mara pusingan kedua Kejohanan Skuasy Dunia
Atlet kelahiran Kedah itu tidak berdepan masalah untuk mara selepas mengetepikan wakil Latvia Ineta Hopton 11-6,11-8,11-8.
![Eain Yow rangkul kejuaraan skuasy Terbuka Jerman Eain Yow rangkul kejuaraan skuasy Terbuka Jerman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712533835_eainyow.jpg)
Eain Yow rangkul kejuaraan skuasy Terbuka Jerman
Ng Eain Yow rangkul kejuaraan Siri Jelajah Dunia Persekutuan Skuasy Dunia (PSA) pertamanya setelah menjuarai Terbuka Jerman 2024.
![Eain Yow tumbangkan pilihan utama untuk mara final Terbuka Jerman Eain Yow tumbangkan pilihan utama untuk mara final Terbuka Jerman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712453761_PSAWorldTour.jpg)
Eain Yow tumbangkan pilihan utama untuk mara final Terbuka Jerman
Turun sebagai pilihan keempat kejohanan Eain Yow bermula baik apabila meraih kemenangan pada set pertama serta kedua, 13-11 dan 11-8.
![Eain Yow, Sivasangari jadi sandaran SRAM pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 - Maniam Eain Yow, Sivasangari jadi sandaran SRAM pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 - Maniam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697373539_atlet.jpg)
Eain Yow, Sivasangari jadi sandaran SRAM pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 - Maniam
Maniam optimis Eain Yow dan Sivasangari akan berada pada tahap kemuncak dan mampu jadi antara 10 pemain terbaik dunia menjelang LA2028.
![Eain Yow tekad buru kedudukan 10 terbaik dunia Eain Yow tekad buru kedudukan 10 terbaik dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696590951_NgEainYow.jpg)
Eain Yow tekad buru kedudukan 10 terbaik dunia
Selepas merangkul emas di Sukan Asia Hangzhou 2022, pemain skuasy lelaki negara Ng Eain Yow kini berazam untuk memburu kedudukan ke-10 terbaik dunia.
![Sukan Asia: Eain Yow sumbang emas kelima, Malaysia lepasi sasaran 27 pingat Sukan Asia: Eain Yow sumbang emas kelima, Malaysia lepasi sasaran 27 pingat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696503909_EainYowSukanAsia.jpg)
Sukan Asia: Eain Yow sumbang emas kelima, Malaysia lepasi sasaran 27 pingat
Pemain perseorangan skuasy lelaki negara, Ng Eain Yow berjaya menyumbang emas kelima negara selepas menundukka pemain India, Saurav Ghosal dengan keputusan 3-1.
![Kejohanan Skuasy Asia: Ng Eain Yow muncul juara Kejohanan Skuasy Asia: Ng Eain Yow muncul juara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686405796_NgEainYow.jpg)
Kejohanan Skuasy Asia: Ng Eain Yow muncul juara
Pemain skuasy lelaki negara, Ng Eain Yow, muncul juara Kejohanan Skuasy Individu Asia (AIC) 2023 selepas menewaskan wakil India, Velavan Senthilkumar, hari ini.
![Skuasy: Eain Yow juara Terbuka Ireland Skuasy: Eain Yow juara Terbuka Ireland](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71682343825_EainYowjuaraTerbu.jpg)
Skuasy: Eain Yow juara Terbuka Ireland
Ng Eain Yow melakar sejarah tersendiri apabila muncul pemain keempat Malaysia yang berjaya menjuarai Terbuka Ireland di Dublin pada Ahad.