Perak berjaya meraih pingat emas melalui pesilatnya, Putri Nur Syifaa Azahari dalam acara Solo Kreatif Putri pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak di sini, malam tadi.
Gerakan tangkas dan menepati tempoh masa persembahan membolehkan Putri Nur Syifaa memperoleh 221 mata menewaskan 11 peserta lain untuk dinobatkan selaku juara keseluruhan acara berkenaan.
Pingat perak menjadi milik pesilat Kedah, Noor Nasuha Zainal Abidin dengan kutipan 213 mata, manakala gangsa dimenangi pesilat Selangor, Nur Aina Damia Ahmad Sharbani dengan catatan 212 mata.
Ketika ditemui, Putri Nur Syifaa, 19, yang berasal dari Taiping, memberitahu beliau tidak menjangka mampu merangkul pingat emas berdasarkan cabaran hebat diberikan peserta lain.
Beliau berkata berkat usaha gigih dan sokongan daripada jurulatih dan keluarga, kejayaan manis itu berjaya dilakar di negeri sendiri.
"Ia satu kejayaan manis kerana semasa menyertai acara Tunggal Putri pada Sukma Sarawak (dua tahun lepas) saya tidak memenangi sebarang pingat.
"Alhamdulillah, selepas beralih ke acara solo kreatif, ia membuahkan hasil dan saya ucap terima kasih kepada semua pihak termasuk jurulatih dan keluarga yang banyak menjadi pendorong kepada kejayaan ini," katanya.
Sementara dalam acara Regu Putra, gandingan mantap trio Sarawak - Emran Iman Abu Bakar, Mohammad Nazri Saiful Bahri dan Mohd Shafiee Zaidi - berjaya menggondol pingat emas selepas meraih 451 mata.
Regu Selangor dan Perlis pula, masing-masing meraih pingat perak dan gangsa dengan kutipan 449 dan 446 mata.
Jurulatih Sarawak, Mohd Firdaus Rahmat berkata kejayaan itu amat bermakna kerana acara berkenaan menjadi antara sandaran utama memenangi pingat emas.
Katanya, kejayaan itu juga menjadi perangsang kepada pesilat lain untuk mencapai sasaran awal sekurang-kurangnya memenangi empat pingat emas.
"Bagi saya, pingat emas yang diraih dalam acara ini amat berbaloi kerana kita membuat persiapan rapi selama enam bulan sebelum menghadapi temasya ini.
"Saya juga mengucapkan tahniah kepada pesilat kerana berjaya membuktikan mereka mampu beraksi cemerlang walaupun berdepan saingan hebat dari negeri lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 16 2018
Nur Syifaa beraksi dalam acara Silat Perseorangan Wanita Kreatif pada SUKMA Ke-19 di Dewan Jubli Kuala Kangsar, 16 Sept, 2018. --fotoBERNAMA
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Novak Djokovic juara Terbuka Australia buat kali ke-10
Kejuaraan ini sekali gus mengangkat nama Djokovic sebagai pemenang grand slam terbanyak bersama Rafael Nadal
Thiago Alcantara sertai Liverpool, perpindahan cecah 25 juta pound
Perpindahan Thiago dengan kontrak empat tahun bersama Liverpool bernilai 20 juta pound (RM106.7 juta) dengan tambahan 5 juta pound (RM26.7 juta).
GV6: 'Saya buat keputusan juara adalah dua' - Ramli MS
Juri Tetap Datuk Ramli MS dalam sidang media selepas Konsert Akhir Gegar Vaganza ke-6 menjelaskan kemenangan dua juara Naqiu dan Hady Mirza diputuskan olehnya dan barisan juri.
Tumpang lori ayah, turun-turun terus nyanyi dan Rizal bergelar juara! - Aznil
Berkat kesungguhan bersusah payah datang dari jauh , menumpang lori ayah , menjadi peserta akhir namun akhirnya membawa pulang hadiah , kebanggaan dan kejayaan.
MotoGP Sepanyol: Marquez juara di laman sendiri
Marc Marquez mempertahankan rekod kemenangan di laman sendiri dan secara tidak langsung mengumpul 70 mata di litar Jerez, Sepanyol, semalam.
Lions XII Juara Liga Super
Hasrat pasukan tempatan menafikan Lions XII gelaran Liga Super musim ini tidak kesampaian. Wakil Singapura itu meraih kejuaraan selepas menewaskan Felda United 4-0 pada Selasa.
Pelumba negara bersedia menghadapi cabaran
Pelumba negara Azlan Shah Iskandar mengakui tugasnya semakin sukar selepas kehadiran beberapa pelumba handalan untuk saingan kali ini.