PHNOM PENH: Skuad gimnastik artistik kebangsaan menutup saingan di Sukan SEA 2023 dengan penambahan empat pingat gangsa pada hari terakhir saingan yang berlangsung di Stadium Nasional Olimpik, di sini hari ini.
Empat gangsa itu masing-masing disumbangkan Muhammad Sharul Aimy dalam acara kekuda berpelana, Ally Hamuda Abdullah (gelang roman), Ng Chun Chen (palang sejajar) dan Luqman Al Hafiz Zulfa menerusi acara palang tunggal.
Hasrat kem negara untuk mencipta kejutan meraih emas tidak kesampaian apabila Muhammad Sharul menamatkan acara melombol di kedudukan keempat selepas mendakwa fokusnya terjejas akibat 'gangguan' daripada pegawai doping di venue pertandingan.
Namun, jurulatih kebangsaan Ng Shu Liang berkata pencapaian hari ini tetap boleh dibanggakan dan memberi petanda positif selepas pelbagai cabaran yang dihadapi menjelang temasya dwitahunan itu antaranya kehilangan atlet Teoh Chun Feng yang terpaksa disisihkan kerana kecederaan.
"Saya sangat gembira terhadap mereka, empat orang masuk final semua dapat bawa balik pingat ke Malaysia, kita memang tidak sangka akan dapat pingat dalam acara individu kerana ada pencabar hebat Carlos Yulo dari Filipina dan gimnas berpengalaman dari Vietnam.
"Jadi saya rasa pada edisi Sukan SEA akan datang sepatutnya menjadi momen atlet kita," katanya ketika ditemui selepas saingan final di sini hari ini.
Menurut Shu Liang, jurang antara atlet negara dan gimnas dari Vietnam serta Filipina tidak begitu besar, malah tidak menolak kemungkinan dengan pendedahan di kejohanan antarabangsa yang lebih banyak, tidak mustahil Malaysia mampu menguasai sukan itu di rantau ini.
"Mereka atlet muda dan tidak biasa dengan kejohanan antarabangasa kecuali Muhammad Sharul. Macam Ally yang buat debut Sukan SEA baru saja sertai pasukan sejak lima bulan lepas, jadi kita ada dua atlet baharu termasuk Aiman (Syakir Aiman), generasi seterusnya adalah mereka," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan Muhammad Sharul 'diganggu', Shu Liang berkata pegawai berkenaan meminta supaya ujian doping dilakukan sebelum acara melombol bermula.
Beliau berkata perkara itu jelas dapat mengganggu tumpuan Muhammad Sharul yang ketika itu sedang memberikan sepenuhnya tumpuan terhadap acara yang bakal berlangsung.
"Saya tidak menyalahkan mereka kerana ini pertandingan mereka, cuma kebiasaannya di mana-mana kejohanan ujian doping dibuat selepas semua acara selesai," katanya.
Semalam, skuad gimnastik artistik negara kurang bernasib baik apabila meraih gangsa dalam acara all-around berpasukan lelaki sekali gus menyaksikan keseluruhan lima gangsa berjaya disumbangkan pada edisi kali ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 09 2023

Menurut Shu Liang, jurang antara atlet negara dan gimnas dari Vietnam serta Filipina tidak begitu besar. - Gambar fail/Bernama
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Sukan SEA 2025: KBS sasar pingat keseluruhan, tidak ikut warna pingat - Hannah
Katanya, penetapan itu turut mengambil kira saranan daripada barisan pakar di Nippon Sports Science University (NSSU).

Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025
Raja Pecut Asia Tenggara 2017 Khairul Hafiz Jantan memberi bayangan untuk bersara sekiranya tidak layak ke Sukan SEA di Thailand, pada 7 hingga 19 Dis tahun ini.

Pemain hoki ais negara jalani fasa saringan Sukan SEA 2025
Pemain hoki ais negara yang tersenarai menjalani latihan bakal melalui empat fasa saringan sebelum dipilih menyarung jersi Malaysia.

PMM sasar atlet panjat dinding ke LA28
Persekutuan Mendaki Malaysia (PMM) menyasarkan untuk sekurang-kurangnya seorang atlet panjat dinding negara menjejakkan kaki di pentas Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 yang khusus buat bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini terus sibuk menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.

Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.

Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.

ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.

PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.

Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.