Malaysia meletakkan harapan pada empat pelumba basikal BMX untuk memberi saingan dalam Sukan SEA 2017 di Arena BMX Nasional di sini bulan depan.
Jurulatih BMX Kebangsaan, Mohd Arif Syukri Ahmad Sabti berkata, mereka terdiri daripada dua pelumba lelaki, iaitu Ahmad Syazrin Awang Ilah, 20, dari Terengganu dan Muhammad Elmi Jumari, 26, dari Selangor serta dua pelumba wanita, iaitu Noor Quraataina Mamat, 21, dari Terengganu dan Ariana Nurminda Ariffin, 20, (Sarawak).
"Pemilihan ini berdasarkan prestasi cemerlang yang mereka pamerkan pada beberapa siri kejohanan BMX dalam dan luar negeri, termasuk Kejohanan BMX Kebangsaan 2017 awal bulan ini dan Kejohanan BMX Asia di Thailand pada Mei lepas.
Ahmad Syazrin dan Noor Quraataina masing-masing merupakan juara kebangsaan lelaki dan wanita bagi acara pada tahun 2017.
"Perlumbaan BMX pada Sukan SEA kali ini mempertandingkan kategori 'super cross' bagi lelaki dan wanita dan kita meletakkan sasaran untuk masuk final bagi acara tersebut. Memenangi pingat adalah satu bonus memandangkan kita menghadapi saingan hebat pelumba dari Filipina, Indonesia, Thailand dan Singapura," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) tidak menyasarkan sebarang pingat daripada BMX kerana Thailand, Filipina, Indonesia dan Singapura dianggap kuasa besar tradisi dalam disiplin itu.
Katanya, pelumba negara kini giat menjalani latihan di Arena BMX Nasional dan Institut Sukan Negara (ISN) di Bukit Jalil.
Ujarnya lagi, latihan di Arena BMX Nasional lebih tertumpu kepada menyesuaikan diri dan teknik perlumbaan, manakala di ISN ialah latihan gimnasium.
Mohd Arif Syukri berharap pelumba BMX negara akan cuba yang terbaik untuk menyaingi pelumba dari Thailand, Filipina, Indonesia dan Singapura.
Sementara itu, Ahmad Syazrin berkata walaupun tidak diletakkan sasaran untuk memenangi pingat tetapi beliau berazam untuk memenangi pingat.
"Saya yakin saya boleh melakukan kejutan sekali pun BMX tidak disasarkan untuk menggondol sebarang pingat pada Sukan SEA 2017. Apa-apa sahaja boleh berlaku pada hari perlumbaan. Cuma saya berharap berada pada prestasi yang cukup baik pada hari tersebut dan yakin boleh mengatasi pelumba lain," katanya kepada Bernama.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 25 2017

Pelumba basikal BMX negara bergambar bersama jurulatih Mohd Arif Syukri Ahmad Sabti (dua, kanan) ketika menjalani latihan di venue pertandingan Sukan SEA ke-29 di Veledrom Nasional hari ini. - Foto BERNAMA
Kerajaan Indonesia belanja 710.5 bilion Rupiah setakat ini
Kerajaan Indonesia setakat 12 mac 2025, telah membelanjakan sejumlah 710.5 bilion Rupiah dalam kempen pemberian makanan percuma kepada jutaan pelajarnya.
EU bertindak balas terhadap keputusan Trump
Kesatuan Eropah (EU) akan mengenakan tarif sebanyak 26 bilion Euro ke atas barangan Amerika Syarikat berkuatkuasa April depan.

Zayn Rayyan hanya mampu sebut 30 perkataan - Pakar pediatrik
Zayn Rayyan hanya mampu sebut 30 perkataan - Pakar pediatrik
Brazil sifatkan keputusan AS sebagai tidak wajar
Kerajaan Brazil menyifatkan keputusan Amerika Syarikat menaikkan tarif import keluli dan aluminium kepada 25 peratus merupakan satu tindakan yang tidak wajar.
Pertumbuhan sektor penjagaan kesihatan kekal positif pada 2025
Kenyataan juga menyebut, permintaan berterusan daripada pelabur itu akan didorong peralihan struktur kekal disebabkan peningkatan peratusan penduduk warga emas di Malaysia.

Kes bunuh kolej vokasional: Tertuduh akui pukul, tendang mangsa kerana kecewa
Tertuduh keenam dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu mengakui bahawa dia memukul dan menendang mangsa ketika di bilik asrama erana kecewa dengan perbuatannya.
Anak kelahiran malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
Usaha memperkukuh penggunaan identiti digital di Malaysia
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan MyDigital ID Sdn Bhd memperkukuh kerjasama dalam pembangunan serta memperluas penggunaan identiti digital di Malaysia khasnya melalui integrasi Mydigital ID dalam platform Mytax dan Mystr.
Pengeluaran getas asli negara turun pada Januari 2025
Pengeluaran getah asli Malaysia turun 20.8 peratus kepada 30,342 tan pada Januari 2025 berbanding 38,299 tan pada Disember 2024.
TERKINI] Saya akan terus beri kerjasama sehingga siasatan selesai - Ismail
[TERKINI] Saya akan terus beri kerjasama sehingga siasatan selesai - Ismail
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan akan terus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengannya sehingga selesai.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan akan terus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengannya sehingga selesai.

ACC BMX 2022: Sukprasert pecah dominasi Jepun
"Sudah tentu kejayaan ini amat penting bagi saya kerana ia menjadi mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024."

Empat pelumba BMX bawa harapan negara di Sukan SEA
Malaysia meletakkan harapan pada empat pelumba basikal BMX untuk memberi saingan dalam Sukan SEA 2017 di Arena BMX Nasional di sini bulan depan.