Empat pemain digugurkan daripada skuad bawah 22 tahun kebangsaan ekoran mengalami kecederaan menjelang Kejuaraan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2019 yang akan berlangsung di Bangkok, bulan depan.
Ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee berkata tiga pemain dilanda kecederaan adalah Muhammad Izzan Syahmi Mustapa, Ariusdus Jais dan Muhammad Faisal Abdul Halim.
Beliau berkata seorang lagi pemain yang turut digugurkan ialah Ariff Ar Rasyid Ariffin kerana belum sembuh daripada demam.
"Saya berkemungkinan akan memanggil pemain dari Kedah atau Kelantan untuk memantapkan pasukan menjelang aksi sebenar kejuaraan AFF," katanya pada sidang media selepas aksi persahabatan dengan pasukan MIFA di padang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini, hari ini.
Terdahulu, pada perlawanan itu, MIFA kendalian ketua Jurulatih K.Devan menang 1-0 ke atas skuad muda negara dengan gol tunggal dijaringkan pemain import, Pedro Monteiro pada minit ke-21 melalui sepakan penalti.
Mengulas mengenai perlawanan itu, Kim Swee berkata, beliau berpuas hati dengan aksi dipamerkan anak buahnya sepanjang 90 minit permainan.
"Perlawanan ini penting bagi menilai prestasi pemain dan kami masih memiliki tiga perlawanan persahabatan di Bangkok.
"Saya akan menilai pemain dalam aksi seterusnya dan mencuba beberapa kombinasi. Pada perlawanan ini kombinasi di bahagian tengah sangat baik," katanya.
Beliau berkata kekalahan pasukannya hari ini adalah disebabkan belum mencapai keserasian yang mantap memandangkan anak buahnya baru menjalani latihan selama empat hari.
"Ini adalah perlawanan pertama kami dan saya berpuas hati," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 12 2019
KIM SWEE: Saya berkemungkinan akan memanggil pemain dari Kedah atau Kelantan untuk memantapkan pasukan.
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bangunan AFF di Putrajaya penuh semak samun
Video tular memperlihatkan keadaan bangunan ibu pejabat itu dipenuhi semak-samun dengan sampah dan air bertakung di beberapa tempat.
Skuad Harimau Muda akhiri saingan AFF 2023 di tempat keempat
Skuad Harimau Muda bimbingan E. Elavarasan menyamai rekod terbaik Malaysia menduduki tempat keempat pada edisi sulung 2005.
Harimau Muda enggan berputih mata, buru pingat gangsa di Thailand
Skuad Bawah 23 Tahun ebangsaan bertekad untuk bangkit semula bagi melakar kemenangan ke atas pasukan tuan rumah pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat Kejohanan B-23 AFF esok.
Sampai masa AFF, AFC bergerak ke hadapan?
AFF ataupun AFC perlu mengambil inisiatif untuk memastikan semua ahli gabungannya mendapat manfaat sewajarnya.
AFF: Malaysia U19 bukti kemampuan diri
Sama-samalah kita percaya pada kemampuan skuad Harimau Muda ini dan pengurusan kejurulatihannya.
B-19 AFF: Harimau Muda benam Vietnam, mara ke final
Harimau Muda menewaskan Vietnam 3-0 pada aksi separuh akhir di Bekasi, Indonesia, hari ini.
AFF: Proses pembangunan tidak sistematik punca kegagalan - Teong Kim
Bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Lim Teong Kim mempertahankan prestasi mengecewakan barisan pemain muda negara pada kempen Kejuaraan B-23 AFF.
Kejohanan AFF B23: Laos tambah perit Malaysia
Skuad B23 negara terpaksa berdepan satu lagi kekecewaan apabila kecundang 2-0 di tangan Laos dalam saingan Kejohanan AFF B23, sebentar tadi.
Kejohanan Futsal AFF: Malaysia diundi bertemu Thailand, Indonesia
Skuad futsal kebangsaan bakal berdepan cabaran sengit pada Kejohanan Futsal Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 dari 3 hingga 12 April ini.
FAM optimis kemampuan skuad B-23 raih kemenangan ke atas Laos esok
FAM optimis skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan mampu melakar kemenangan dalam aksi menentang Laos esok.