Aksi di Craven Cottage itu mengubati kekalahan 1-3 kepada Brighton & Hove Albion di Old Trafford, minggu lalu.
Selepas menewaskan Rangers dalam saingan Liga Europa (UEL), United didorong dengan semangat kebangkitan bagi mengubah kedudukan liga yang sekarang berada di tempat ke-12 dengan pungutan 29 mata.
Sebanyak 12 percubaan dihasilkan Fulham, namun kecemerlangan penjaga gol Cameroon, Andre Onana, menafikan kelebihan tuan rumah sehingga buntu untuk mendapatkan jaringan meskipun 51 peratus penguasaan bola dicatatkan.
Penyokong The Red Devils bersorak keriangan tatkala pertahanan Argentina itu muncul penjaring tunggal permainan selepas melepaskan rembatan yang terbias di kaki Sasa Lukic berjaya menewaskan bekas posisi nombor satu Arsenal, Bernd Leno, pada minit ke-78.
Toby Collyer menyelamatkan maruah juara Piala FA 2024 itu apabila tandukannya tepat berada di atas garisan dikeluarkan bagi memastikan Manchester United pulang dengan kegembiraan.