BRENTFORD 2 WEST HAM UNITED 0
David Moyes percaya pasukannya, West Ham, telah menjadi mangsa terlalu banyak keputusan aneh video bantuan pengadil (VAR) dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Selepas dinafikan sepakan penalti berikutan insiden bola terkena tangan pemain lawan sewaktu menentang Liverpool dan Manchester United sepanjang beberapa minggu lalu, nasib sekali lagi tidak menyebelahi The Hammers apabila jaringan mereka dibatalkan dengan sebab yang boleh dipertikaikan ketika tewas 0-2 di laman Brentford malam tadi.
Sewaktu hantaran lintang Said Benrahma menuju ke tiang gol, bola sempat terkena Divin Mubama, yang terpaksa mengangkat tangannya untuk mengelak daripada terlanggar tiang gol berkenaan.
Manuel Lanzini kemudian menghantar kembali bola ke dalam kawasan penalti untuk mudah ditolak masuk Dany Ings bagi merapatkan kedudukan buat The Hammers berbaki 25 minit terakhir.
Bagaimanapun, pengadil, Michael Oliver, segera ke monitor di tepi padang dan membuat keputusan untuk membatalkan jaringan itu kerana mendapati bola terlebih dahulu terkena tangan Mubama.
"Ia amat aneh," kata pengurus West Ham itu.
"EPL membuat keputusan dan menganggapnya bola terkena tangan dengan sengaja. Saya fikir kami memerlukan sedikit penjelasan mengenainya.
"Yang pertama, saya boleh katakan yang ia tidak jelas. Jika ada sentuhan, saya fikir ia adalah bahunya dan berhampiran tulang selangkanya.
"Jika bola terkena tangan yang mendorong kepada jaringan itu, kita semua tahu peraturannya tetapi saya langsung tidak lihat ia disengajakan. Ia lebih kepada dia melindungi dirinya daripada berlanggar dengan tiang. Saya terkejut ia dibatalkan.
"Tetapi, ayuh berlaku adil, jika ini kali pertama kita bercakap mengenainya dalam beberapa perlawanan lalu, saya akan katakan ia boleh berlaku tetapi kita kini bercakap mengenainya dalam tiga perlawanan.
"Ia sudah menjadi semakin kerap. Saya tidak mahu masalah tetapi kami berdepan tiga keputusan yang boleh mengubah situasi dan jika anda berkata kami mendapat layanan yang adil, saya tidak fikir seperti itu," katanya.
Hakikatnya, Brentford selesa mendahului 2-0 menerusi jaringan Bryan Mbeumo dan Yoane Wissa dalam babak pertama dan mereka mungkin dapat mendahului empat atau lima gol sebelum jaringan Ings dibatalkan.
Astro Arena
Mon May 15 2023

MOYES: Ia kini semakin kerap. Saya bukan sengaja mencipta masalah tetapi kami berdepan tiga keputusan yang boleh mengubah situasi. Jika anda kata kami dapat layanan yang adil, saya tak setuju. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

'Tidur' punca United tumbang di Tottenham
Menurut Owen, Maddison ada banyak masa untuk menolak lantunan bagi jaringan kemenangan Tottenham kerana pertahanan United disifatkannya tidur.

EPL: Tugas saya di Manchester United sangat sukar - Ruben Amorim
United kini tewas 12 daripada 25 aksi EPL musim ini dan merupakan kekalahan terbanyak mereka dalam kempen liga sejak 1973/74.

EPL: Gol tunggal James Maddison hukum Manchester United
Jaringan tunggal dihadiahkan oleh James Maddison pada minit ke-13 selepas menolak masuk bola yang ditepis Andre Onana.

EPL: Díaz, Salah pacu Liverpool atasi Wolverhampton
Kemenangan ke-18 selepas mengharungi 25 perlawanan membolehkan The Reds kendalian Arne Slot gah di puncak liga dengan 60 mata.

EPL: Aston Villa tak cukup klinikal jinakkan Ipswich
Ipswich terpaksa bermain dengan 10 pemain sejak separuh masa pertama setelah Axel Tuanzebe dilayangkan kad kuning kedua.

EPL: Newcastle gagal saingi fizikal Manchester City
Omar Marmoush melengkapkan hatrik dalam tempoh 14 minit separuh masa pertama, manakala jaringan James McAtee menutup kekalahan berat itu.

Mikel Merino tak sangka jadi penyerang bidan terjun
Merino menjadi pemain Arsenal pertama yang menjaringkan dua gol sebagai pemain gantian dalam perlawanan EPL.

EPL: Salam pengadil punca Slot dilayang kad merah
Pengurus Liverpool, Arne Slot, merupakan salah seorang daripada empat individu yang dibuang padang dalam penamat liar pertembungan 'derby' Merseyside Goodison Park.

EPL: Virgil van Dijk label pengadil berat sebelah
Salah memberikan Liverpool gol pendahuluan dalam separuh masa kedua sementara Alexis Mac Allister menutup aksi 45 minit awal permainan.