WOLVES 3 LIVERPOOL 0
Prestasi buruk Liverpool berterusan apabila Craig Dawson dan Ruben Neves menemui sentuhan penyudah buat Wolves ketika membelasah The Reds 3-0 di Molineux, tengah malam tadi.
Usaha The Reds untuk merekodkan kemenangan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) 2023 tidak kesampaian apabila percubaan Dawson mendorong jaringan pelik sendiri Joel Matip untuk Wolves membuat permulaan memberangsangkan dalam tempoh 12 minit.
Selain membalas dendam dalam Piala FA selepas disingkirkan Liverpool bulan lalu, Wolves memungut tiga mata penting dalam usaha mereka untuk mengelak penyingkiran, sekali gus meletakkan kelab dalam itu krisis di kedudukan ke-10 tanpa kemenangan selepas empat perlawanan liga.
Wolves hanya memerlukan lima minit untuk menggugat pertahanan Liverpool apabila gerakan Hwang Hee-chan memperdayakan Matip sebelum percubaannya mengenai pertahanan itu dan melepasi garisan gol.
Kedudukan Liverpool bertambah malang tujuh minit kemudian apabila apabila gagal mematahkan hantaran lintang Matheus Cunha, secara tidak langsung membuka ruang buat Dawson melakukan rembatan tinggi ke arah gawang dari jarak dekat.
Jose Sa turut menafikan Darwin Nunez ketika berdepan satu lawan satu, malah Liverpool bernasib baik hanya ketinggalan 0-2 dalam babak pertama selepas tindakan cemerlang Allison dalam situasi serupa ketika menyekat Matheus Nunes.
The Reds mengatur asakan lebih kemas selepas rehat yang menuntut Max Kilman mengeluarkan bola di depan pintu gol disusuli percubaan Mohamed Salah ke sudut kiri bawah gawang lawan tersasar.
Sa turut menyelamatkan satu lagi percubaan berbahaya Nunez ketika Wolves dikerah untuk bertahan sebelum anak buah Julen Lopetegui itu memadamkan sebarang sisa api perjuangan pelawat apabila umpanan Adama Traore membolehkan penyudah kemas kaki kiri Neves ketika permainan berbaki 19 minit.
Astro Arena
Sat Feb 04 2023

Craig Dawson (kiri) dan pemain lawan Thiago Alcantara berebut bola ketika perlawanan EPL antara Wolverhampton Wanderers dan Liverpool, di Stadium Molineux, Wolverhampton, England, 4 Feb 2023. (Foto AP)

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

EPL: Wolves tambah sengsara Liverpool
Wolves pungut tiga mata penting untuk elak penyingkiran, meletakkannya di kedudukan ke-10 tanpa kemenangan selepas empat perlawanan liga.