Syarikat e-sukan terbesar di dunia, ESL sekali lagi bakal membawakan kejohanan bertaraf antarabangsa ESL One Genting di Arena of Stars, Resorts World Genting.
Hadiah wang terkumpul sebanyak RM1.5 juta akan menjadi buruan 16 pasukan Dota 2 dari seluruh dunia dalam kejohanan ini yang akan berlangsung bermula 23 Januari nanti.
Ketua Pegawai Operasi ESL Asia Frank Sliwka berkata juara juga akan menerima 400 mata kelayakan jemputan terus ke kejohanan Dota 2 terbesar di dunia The International 2018.
Beliau juga berkata penganjuran kejohanan kali ini akan lebih banyak berbeza berbanding tahun lepas.
“Selepas menyaksikan sendiri kejayaan ESL One Genting pada tahun lalu, kami sudah tahu itu bukan penganjuran yang terakhir bagi kami.
“Iltizam dan semangat e-sukan yang ditonjolkan komuniti di sini menunjukkan betapa bersemangatnya peminat Dota 2 di Malaysia.
“Kami teruja untuk terus bekerjasama dengan Resorts World Genting (RWG) pada masa depan bagi mengukuhkan e-sukan di rantau Asia Tenggara,” katanya dalam satu majlis sidang media ESL One Genting di, Genting International Showroom hari ini.
Tahun lalu, lebih lima ribu peminat membanjiri Arena of Stars bagi menyaksikan sendiri pemain kesukaan mereka dalam acara utama ESL One Genting.
Siaran langsung perlawanan ESL One Genting tahun lepas juga menarik 11.4 juta penonton atas talian dari seluruh dunia.
Kejohanan itu juga terpilih sebagai Acara e-sukan terbaik Asia oleh Persidangan dan Anugerah Industri Sukan (Spia Asia).
Mariah Ahmad
Sat Jan 20 2018
![#ESLOne Genting: RM1.5 juta milik siapa? #ESLOne Genting: RM1.5 juta milik siapa?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/61516455534_ESLone.jpg)
Hadiah wang terkumpul ESL One Genting tahun ini meningkat kepada RM1.5 juta berbanding RM980,000 tahun lalu. - Foto ESL
Kerajaan belum beri lesen operasi kepada tiga syarikat
Kerajaan belum memberikan lesen operasi kepada tiga syarikat baharu yang melaksanakan perkhidmatan sebagai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor.
[TERKINI] Cuaca panas dan kering di utara Semenanjung
Cuaca panas dan kering melanda kebanyakan lokasi di utara Semenanjung, termasuk Perak, Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei.
![ACC 2025: Shah Firdaus kekal beraksi dalam acara keirin, pecut individu ACC 2025: Shah Firdaus kekal beraksi dalam acara keirin, pecut individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723386047_ShahFirdausSahrom.jpg)
ACC 2025: Shah Firdaus kekal beraksi dalam acara keirin, pecut individu
Jaguh berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom akan kekal beraksi dalam acara keirin dan pecut individu di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
![Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711621554_tbmusimkemarau.jpg)
Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei
Cuaca panas dan kering dijangka melanda kebanyakan tempat terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak serta Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei.
![Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739336227_TBULARSAWA.jpg)
Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang
Perhilitan menahan dua individu bagi membantu siasatan berhubung pemilikan ular sawa tanpa lesen sah.
Pertumbuhan sektor perkhidmatan naik 6.2 peratus
Sektor perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 6.2 peratus tahun ke tahun pada suku tahun keempat 2024 dengan hasil mencecah RM627.9 bilion.
![Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana? Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739343632_TBZAQUANjpg.jpg)
Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana?
Zaquan Adha berkongsi bahawa anak-anaknya masih terkejut dengan berita pemergian adik bongsu mereka, Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees.
![22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang 22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739343500_tbCEOGISBDatukNa.jpg)
22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang
Seramai 22 individu dikaitkan dengan GISB termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya Nasiruddin Mohd Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
![KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738734281_KWSPEPFAkaunSim.jpg)
KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
![Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739340247_TBCourtHammer.jpg)
Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon
Mahkamah Tinggi memutuskan seorang lelaki yang didakwa sebagai Datuk Paiman Shakimon yang dihukum penjara 13 tahun kerana menipu dan memalsukan dokumen adalah bukan ahli perniagaan itu.
![#ESLOne Genting: RM1.5 juta milik siapa? #ESLOne Genting: RM1.5 juta milik siapa?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/61516455534_ESLone.jpg)
#ESLOne Genting: RM1.5 juta milik siapa?
Hadiah wang terkumpul ESL One Genting tahun ini meningkat kepada RM1.5 juta berbanding RM980,000 tahun lalu.