KUALA LUMPUR: Peminat sukan permotoran pastinya menginginkan Formula One (F1) kembali menggegarkan Litar Sepang Antarabangsa (SIC), namun buat masa ini ia kekal angan-angan, susulan kos penganjuran perlumbaan itu yang tinggi.
Dengan anggaran kos lebih RM200 juta setahun, Presiden Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) Tan Sri Mokhzani Mahathir berkata hasrat menganjurkan semula F1 masih dalam penelitian, apatah lagi nilai Ringgit yang tidak stabil berbanding USD.
Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan F1 kembali ke SIC dalam masa tiga atau lima tahun akan datang, jika ada pihak korporat yang sanggup menaja kos penganjuran.
"Kita dari segi jadi tuan rumah tiada masalah, persoalannya ialah siapa yang akan bayar dan adakah kita mampu atau tidak. Saya tak tahu kosnya sekarang, tetapi pastinya lebih tinggi ketika kita berhenti (menganjur) pada 2017.
"F1 lebih popular sekarang, ia mempunyai penonton baharu selepas siri Netflix 'Formula 1: Drive to Survive' dan lebih banyak negara membida untuk (menganjurkan) perlumbaan itu bagi menonjolkan negara mereka," katanya kepada pemberita selepas Rumah Terbuka Aidilfitri MAM, di sini, hari ini, yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Malaysia merupakan tuan rumah kepada perlumbaan F1 sejak 1999 sebelum kerajaan memutuskan untuk tidak lagi menjadi penganjur pada 2017 kerana nilai pulangan yang merosot.
Mokhzani berkata meskipun enam tahun tidak menganjurkan perlumbaan itu, SIC masih dikenali dalam kalangan peminat dan pemandu F1.
"Kita dengar komen daripada pemandu-pemandu sendiri, iaitu Sepang adalah salah satu trek mencabar yang mereka mahu ada semula dalam kalendar (perlumbaan). Kami mempunyai hubungan yang baik dengan pihak penganjur, kami mengenali mereka sejak 1996 semasa kami memulakan perbincangan untuk menganjurkan perlumbaan itu, jadi hanya tunggu masa sahaja," katanya.
Sementara itu, katanya, keutamaan MAM kini ialah memfokuskan pada pembangunan bakat akar umbi dan memastikan semua acara permotoran di negara ini dianjurkan dengan selamat demi memastikan keselamatan pelumba dan penonton.
Yeoh yang memuji usaha itu berkata lebih banyak perbincangan perlu dilakukan bersama pihak berkepentingan dan industri serta agensi penguatkuasaan untuk mengenakan langkah-langkah yang lebih ketat terhadap penganjur perlumbaan.
"Saya sudah bertemu beberapa pemegang taruh untuk sukan permotoran, saya percaya industri ini masih mempunyai banyak potensi untuk dibangunkan. Namun, kita perlu memastikan keselamatan menjadi aspek utama," katanya kepada pemberita.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2023

Mokhzani Mahathir berkata hasrat menganjurkan semula F1 masih dalam penelitian, apatah lagi nilai Ringgit yang tidak stabil berbanding USD. - Gambar fail

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

APMC bakal ubah landskap sukan permotoran di rantau ini
Tan Sri Mokhzani Tun Mahathir berkata penganjuran itu bakal menampilkan bakat terbaik dalam pelbagai disiplin permotoran.

F1 boleh kembali ke Sepang, jika ada tajaan korporat - Mokhzani
Mokhzani berkata hasrat menganjurkan semula F1 masih dalam penelitian, apatah lagi nilai Ringgit yang tidak stabil berbanding USD.

Jualan tiket GP Malaysia capai lebih 50 peratus - SIC
Azhan Shafriman berkata, biarpun SIC berdepan cabaran tertentu, pihaknya berusaha keras untuk memastikan sasaran 170,000 penonton tercapai.

Hamilton rindukan perlumbaan sukar di Litar Sepang
Hamilton berkata, SIC sebuah litar yang menarik dan sentiasa menjanjikan satu perlumbaan yang epik, ketika Grand Prix F1 Malaysia.

8,000 peminat tegar MotoGP Indonesia bakal meriahkan Litar Sepang
Azhan Shafriman Hanif berkata, peminat tegar di Indonesia teruja untuk menyaksikan perlumbaan kedua terakhir dalam kalendar 2022.

SIC perkenal pusat pengalaman memandu pertama di Asia Tenggara
Fasiliti DEC itu selaku hab pendidikan permotoran, akan mula dibina di kawasan SIC pada bulan ini dan dijangka siap tahun hadapan.

Kejuaraan Petronas Cub Prix 2021 kembali bersambung minggu hadapan
Prosedur operasi standard penganjuran acara akan menjadi lebih ketat berbanding dengan apa yang pernah dipraktikkan musim lalu.

Vinales menang perlumbaan MotoGP Malaysia
Pelumba Sepanyol Maverick Vinales yang bermula dari petak kedua menang perlumbaan kelas MotoGP di Grand Prix Motosikal Malaysia 2019 di Litar Sepang.

Quartararo raih petak pertama GP Malaysia
Quartararo tampilkan tunggangan cemerlang di trek kering sepanjang 5.543km itu dengan mencipta rekod masa terpantas 1 minit 58.303 saat.

KBS rayu sektor swasta tampil taja Hafizh Syahrin musim depan
KBS ada menyalurkan dana kepada Hafizh melalui Litar Sepang Antarabangsa (SIC), namun menjangkakan ianya tidak akan mencukupi.