KUALA LUMPUR: Kelab Kuala Lumpur City (KL City) berjanji menyelesaikan pembayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai sebelum 29 Mac ini seperti disyaratkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi memastikan pasukan itu bersedia menghadapi saingan Liga Super 2024/2025.
Penaung KL City, Fahmi Fadzil berkata, beliau telah meminta Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Kamarulzaman Mat Salleh untuk menyampaikan komitmen tersebut kepada MFL.
Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi berkata, isu pembayaran tunggakan gaji akan dilaksanakan dengan kadar segera selepas melalui proses tertentu.
Beliau yang dilantik penaung KL City pada Jun tahun lalu, berkata demikian kepada pemberita selepas merngadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif KL City, Stanley Bernard dan beberapa pemain kelab berkenaan di pekarangan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Sementara itu, Fahmi menzahirkan penghargaan kepada Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad, yang telah meletak jawatan semalam atas sumbangan tenaga sejak mengemudi kelab berkenaan pada 2019.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada Khalid yang telah memimpin KLFA di waktu mencabar sukan bola sepak ketika mengharungi pandemik COVID-19," katanya.
Dalam pada itu Bernard percaya kehadiran Fahmi mampu menarik lebih ramai penaja bagi pasukan berkenaan terutamanya apabila mereka pernah mencipta beberapa sejarah seperti menjulang Piala Malaysia 2021.
"Jika ada suntikan dana dan kepercayaan, KL City boleh melonjak lebih jauh," katanya.
Beliau turut mengumumkan pembantu jurulatih KL City, Miroslav Kuljanac dilantik sebagai ketua jurulatih skuad The City Boys dalam mengharungi musim baharu tahun ini selepas Nenad Bacina meletak jawatan secara mengejut semalam.,
"Pemilihan jurulatih kelahiran Croatia itu adalah bagi meneruskan kesinambungan corak latihan diterapkan jurulatih terdahulu bagi memastikan kualiti pemain terus meningkat ketika beraksi dalam padang," katanya.
Sebelum ini, MFL memberikan 'talian hayat' buat dua pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman (KDA FC) dan KL City FC untuk melunaskan tunggakan gaji pemain dan pegawai mereka secara berperingkat dan perlu berusaha menyelesaikan perkara berkenaan sebelum 29 Mac ini. - BERNAMA
Bernama
Sat Mar 16 2024

Fahmi bercakap kepada pemberita pada sidang media perkembangan terkini pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, pada Sabtu. - Foto BERNAMA

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.
Konflik Gaza: Netanyahu ikrar balas dendam lepas Hamas pulang mayat tebusan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Khamis berikrar kononnya untuk membalas dendam terhadap Hamas selepas kumpulan itu menyerahkan mayat empat tebusan Israel.

NUJM sedia jadi perantara isu tunggakan gaji petugas media
Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) bersedia memainkan peranan sebagai perantara dalam isu tunggakan gaji petugas media di The Malaysian Insight, The Vibes, dan Getaran.

Isu tunggakan gaji: KBS saran FAM cari jalan penyelesaian sebaiknya
KBS menyarankan agar FAM menangani dan mencari jalan penyelesaian sebaiknya berhubung masalah tunggakan gaji pemain dalam Liga Malaysia (Liga M) 2024/2025.

Safee Sali sokong tindakan Josue suarakan isu tunggakan gaji
Isu tunggakan gaji yang melanda pemain tengah Kuala Lumpur (KL) City FC, Paulo Josue mendapat perhatian Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) Safee Sali.

Fahmi komited selesai isu tunggakan gaji KL City dalam kadar segera
Isu pembayaran tunggakan gaji akan dilaksanakan dengan kadar segera selepas melalui proses tertentu.

Kedah, KL City nampak bersungguh-sungguh selesai isu tunggakan gaji - MFL
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tidak menafikan keperluan Kedah Darul Aman dan Kuala Lumpur City untuk terus berada dalam saingan Liga Super 2024-25.

Kedah optimis tiada lagi isu tunggakan gaji pemain - Sanusi
Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) optimis pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC, tidak akan dibelenggu dengan isu tunggakan gaji pemain pada musim depan seperti yang dihadapi musim ini.