Mohd Faiz Subri, yang jaringannya disenarai pendek antara tiga gol terbaik untuk Anugerah Puskas FIFA 2016, sering menonton aksi pemain bola sepak terkemuka dunia seperti Christiano Ronaldo dan Lionel Messi membuat sepakan percuma, kata bapanya Subri Kadir.
Ketika ditemui Bernama di kediamannya di Kampung Kepok, Ayer Hitam dekat sini pada Sabtu, Subri, 64, berkata anaknya itu sering meluangkan masa menonton aksi dan perlawanan bola sepak melalui YouTube dan seolah-oleh 'belajar' perkara baharu melalui tontonannya di laman internet itu.
"Faiz dari kecil lagi minat bermain bola sepak dan melihat aksi pemain terkemuka dunia melalui YouTube, dan dari situ dia belajar dan berjaya menghasilkan jaringan yang membanggakan Malaysia," katanya.
FIFA menerusi laman web rasminya, www.fifa.com semalam, mengumumkan tiga gol terbaik ke peringkat akhir untuk Anugerah Puskas FIFA 2016.
Selain gol ajaib Mohd Faiz, turut tersenarai dalam senarai akhir untuk anugerah berkenaan ialah jaringan pemain kelab Corinthians, Brazil, Johnath Marlone Azevedo da Silva dan wakil tunggal wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela.
Subri berkata bakat Mohd Faiz dalam bola sepak sudah dikesan seawal usia dua tahun lagi, apabila dia boleh menggelecek bola dengan begitu baik sekali di usia semuda itu.
Beliau berkata penyerang pasukan Pulau Pinang yang membuat sepakan lencongan menakjubkan itu, selalu menggelecek bola di hadapan datuknya yang percaya Mohd Faiz mampu menjadi pemain bola sepak terkenal suatu hari nanti.
"Mohd Faiz selalu menggelecek bola di hadapan ayah saya, Allahyarham Kadir Ahmad sejak dia kecil lagi. Bakat Mohd Faiz adalah satu anugerah daripada Allah yang jarang ada pada orang lain," katanya.
Beliau berkata walaupun Mohd Faiz tidak pernah mendapat latihan atau terlibat dengan mana-mana akademi bola sepak, anaknya itu kerap menyertai kejohanan di peringkat kampung dan daerah bagi mengasah bakat.
Selepas menamatkan pengajian di sekolah rendah, Mohd Faiz ke sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Bonglai dekat sini, sehingga ke Tingkatan Tiga sebelum dilamar jurulatih bola sepak Sekolah Menengah Teknik Arau, Perlis.
"Ketika di Perlis, karier Mohd Faiz sebagai pemain bola sepak profesional bermula dengan membantu pasukannya memenangi perlawanan bola sepak di peringkat Sekolah Menengah, Sekolah Menengah Teknik dan Perlis," katanya.
Bagi ibu Mohd Faiz, Saadiah Ishak, 55, berkata anak kelima dari enam beradik itu adalah permata buat keluarga mereka kerana sering menjaringkan gol buat pasukan Pulau Pinang dan seorang pemain yang bagus.
"Saya tidak terkejut dengan pencalonan ini, tetapi terkejut dengan jaringan yang dilakukan sehingga menjadi bualan penduduk kampung dan saudara-mara," katanya.
Pada masa ini, Saadiah berkata Mohd Faiz belum memaklumkan bila akan berangkat ke Zurich, Switzerland dan berharap anaknya itu memenangi anugerah berkenaan, seterusnya mengharumkan nama Malaysia di pentas bola sepak dunia.
Peminat bola sepak tempatan masih berpeluang mengundi jaringan Mohd Faiz melalui laman web rasmi FIFA, www.fifa.com sebelum pemenang akan diumumkan pada Anugerah Bola Sepak FIFA di Zurich, pada 9 Jan depan. -- Bernama
Bernama
Sat Dec 03 2016
FIFA menerusi laman web rasminya, www.fifa.com semalam, mengumumkan tiga gol terbaik ke peringkat akhir untuk Anugerah Puskas FIFA 2016, gol Faiz antara yang tersenarai. - Gambar fail
Sabah softwood peruntuk RM3.6 juta bina sekolah CLC sejak 2020
Bagi menyediakan akses pendidikan kepada anak anak pekerja ladang, RM3.6 juta diperuntukkan Sabah Softwood Berhad di Kalabakan sejak Julai 2020
ia pembinaan enam buah Sekolah Comunity Learning Centre (CLC) bagi anak-anak pekerja Indonesia yang bekerja di syarikat itu.
ia pembinaan enam buah Sekolah Comunity Learning Centre (CLC) bagi anak-anak pekerja Indonesia yang bekerja di syarikat itu.
Komuniti nelayan diperkukuh bantu dasar ekonomi biru
Kerajaan komited dalam usaha memperkukuh sosioekonomi komuniti nelayan tradisi di Sipitang melalui pelaksanaan inisiatif berkaitan ekonomi biru.
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Pelan tindakan ini menjadi panduan strategik, menggariskan pelbagai inisiatif yang akan diambil untuk meningkatkan sektor pelancongan Labuan dari 2025 hingga 2030.
Penerima SARA rancang perbelanjaan, utamakan keperluan asas
Kebanyakan penerima dan bakal penerima (SARA) di Lahad Datu sudah mula merancang perbelanjaan, termasuk membeli pelbagai barangan keperluan asas.
Bantuan: SARA melalui MyKad disalurkan bermula hari ini
Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024.
88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang
Kira-kira 88 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang rumah mereka musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di Rumah Paulus Yan, Sungai Bawan di Jalan Nibong Tada pada rabu.
ASEAN 2025 | 15 Jan
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Kerajaan Pulau Pinang beri RM50,000 kepada Faiz Subri
Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengumumkan imbuhan sebanyak RM50,000 kepada Mohd Faiz Subri atas kejayaannya memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland, Isnin lepas.
Jangan pertikai kejayaan Mohd Faiz Subri rangkul anugerah Puskas FIFA - Khairy
Kejayaan pemain tengah Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland tidak sepatutnya dipersoalkan oleh sesetengah pihak.
Anugerah Puskas 2016: Faiz Subri terima ganjaran RM150,000
Pemain Pulau Pinang yang juga pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016 Mohd Faiz Subri, bakal menerima ganjaran keseluruhan RM150,000.
Jumlah tontonan jaringan Faiz Subri tertinggi menjelang Anugerah Puskas 2016
Ia jauh meninggalkan video aksi jaringan Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain bola sepak wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez.
Mohd Faiz terima persalinan tradisional Melayu
Pemain tengah Pulau Pinang Mohd Faiz Subri menerima persalinan lengkap busana tradisional Melayu berserta tanjak Mahkota Alam daripada Armada Melaiu Malaysia.
Anugerah Puskas: Faiz Subri akui debaran semakin hebat
Calon akhir anugerah Puskas FIFA 2016 Mohd Faiz Subri mengakui debaran yang dirasainya semakin hebat sebelum berlepas ke Zurich, pagi esok.
FAM taja tiket penerbangan isteri, anak Faiz Subri ke Zurich
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menaja tiket penerbangan untuk keluarga Mohd Faiz Subri ke Zurich, Switzerland bagi menghadiri Majlis Anugerah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016.
Faiz tonton Ronaldo, Messi buat sepakan percuma melalui YouTube - Bapa
Subri berkata bakat Mohd Faiz dalam bola sepak sudah dikesan seawal usia dua tahun lagi, apabila dia boleh menggelecek bola dengan begitu baik sekali di usia semuda itu.
Anugerah Puskas: Ayuh rakyat Malaysia, viralkan undian untuk Faiz Subri - Khairy
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin meminta rakyat negara ini mengundi gol cantik Mohd Faiz Subri yang tersenarai dalam Anugerah Puskas FIFA 2016.