KUALA LUMPUR: Penyerang sensasi pasukan hoki negara, Faizal Saari mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemain skuad kebangsaan pertama terpilih menyertai Liga Premier Belanda, Hoofdklasse dengan bersama Kelab Hoki ZSV Schaerweijde.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak yang mengumumkan perkara itu berkata, penyerang Pasukan Hoki Terengganu (THT) itu bakal berentap di liga utama Belanda tersebut selama 10 bulan mengikut kontrak yang ditetapkan kelab berkenaan.
Beliau berkata, pasukan Schaerweijde di bawah kendalian jurulatih kecerdasan Tom Drowly telah memilih Faizal untuk menyertai skuad berkenaan berdasarkan prestasi cemerlang pemain berusia 31 tahun itu.
"Pasukan Schaerweijde baru sahaja naik dari divisyen dua ke liga utama Belanda.
"Liga ini akan berhenti pada 10 Nov, jadi Faizal akan pulang ke Malaysia pada 11 Nov untuk menyambung latihan bersama pasukan kebangsaan di bawah jurulatih A. Arul Selvaraj dan akan bermain untuk Malaysia di Nations Cup," katanya kepada pemberita di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.
Ahmad Najmi berkata, Faizal bakal dibekalkan sistem kedudukan sejagat (GPS) oleh Arul Selvaraj sebagai inisiatif untuk memantau prestasi pemain berkenaan ketika berentap di liga terbabit.
Dalam pada itu, Arul Selvaraj berkata, langkah menghantar Faizal ke liga berkenaan sebagai memberi pendedahan kepada skuad kebangsaan peluang bermain di liga yang berkualiti tinggi.
Menurut Arul Selvaraj, beliau turut mengambil inspirasi daripada skuad Argentina yang memenangi Piala Dunia Remaja Hoki 2021 dan Olimpik Rio, Brazil 2016 iaitu 19 daripada 20 pemain skuad berkenaan berentap di Liga Belanda dan Belgium.
"Jadi ini adalah permulaan pertama untuk menghantar pemain negara ke liga berkualiti seperti di Belanda. Kita akan fokus semula tahun depan untuk menghantar lebih ramai pemain sebab sekarang semua kelab dah daftar pasukan mereka.
"Sekarang pun sudah ada kelab yang dah bersedia untuk menampung pemain kita di sana seperti dari segi peralatan dan persiapan," katanya.
Sementara itu, Faizal berkata, beliau akan berusaha sebaik mungkin untuk membuktikan prestasi terbaik.
"Di sana saya akan bermain dengan tempo yang sangat tinggi tetapi ia bagus untuk saya dan pasukan Malaysia. Saya bersyukur dan sangat teruja untuk ke sana," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Aug 09 2022

Faizal Saari mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemain skuad kebangsaan pertama terpilih menyertai Liga Premier Belanda, Hoofdklasse dengan bersama Kelab Hoki ZSV Schaerweijde. - Gambar BERNAMA
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Julang Piala TNB misi seterusnya Faizal Saari
Penyerang prolifik itu menyifatkan dengan menjuarai piala itu bakal menjadi simbol penguasaan THT dalam kancah Liga Hoki Malaysia (MHL).

'Kami sudah bersedia'
Faizal Saari tetap positif bahawa musuh kedua itu bukan satu halangan kepada pasukan negara untuk mempamerkan persembahan terbaik.

Faizal Saari sertai kelab Belanda
Faizal Saari bakal berentap di liga utama Belanda tersebut selama 10 bulan mengikut kontrak yang ditetapkan kelab berkenaan.

Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia: Maafkan saya - Faizal Saari
Hanya ungkapan maaf mampu dituturkan penyerang skuad hoki lelaki kebangsaan Faizal Saari, selepas disahkan positif COVID-19 pada 8 Dis lepas.

Faizal bakal ketuai jentera tengah skuad kebangsaan
Penyerang berbisa itu bertukar ke posisi tengah sejak 11 bulan lalu menjelang pertemuan menentang Ireland, Wales dan Perancis.

Piala Tun Abdul Razak: Terengganu tempah tiket ke suku akhir
Faizal Saari muncul wira pasukan Terengganu selepas menjaringkan empat gol sekali gus meletakkan skuad kendalian jurulatih Tai Beng Hai pada kedudukan teratas kumpulan C.

Akhir Siri Hoki FIH: Kematangan pemain selamatkan Malaysia
Kematangan pemain Malaysia menyelamatkan pasukan selepas keputusan pengadil kerap kali tidak memihak Malaysia menentang Wales.

Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia atasi cabaran getir Jepun
Malaysia kekal selaku pendahulu carta selepas menafikan kebangkitan lewat yang cuba dilakukan Jepun.

Piala Sultan Azlan Shah: Hatrik Faizal julang Malaysia ke puncak
Hatrik Faizal Saari serta jaringan Fitri Saari dan Ashran Hamsani sudah cukup untuk memastikan Malaysia meraih tiga mata pertama.