PETALING JAYA:Seramai lapan pengadil telah dikenakan pelbagai tindakan pada musim ini, termasuk penggantungan mengadili perlawanan Liga Malaysia (Liga-M) di antara dua minggu hingga sebulan selepas dikatakan membuat keputusan tidak konsisten dalam sesebuah perlawanan.
Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Md Dali Wahid berkata lapan pengadil berkenaan telah direhatkan daripada perlawanan Liga-M musim ini, diberikan amaran keras dan berdepan hukuman diturunkan ke liga bawahan sekiranya masih mengulangi kesalahan sama.
"Kita mendapati prestasi lapan pengadil itu tidak mencapai tahap yang kita hendaki," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa berkenaan buat kali ketujuh bagi penggal 2017-2021 di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini, pada Khamis.
Beliau memaklumkan hanya empat pasukan Liga-M yang membuat aduan rasmi kepada jawatankuasa berkenaan iaitu UiTM FC, Terengganu FC, Sabah dan Petaling Jaya City FC, manakala lain-lain pasukan menggunakan media massa untuk meluahkan kekecewaan mereka dengan prestasi pengadil.
Dalam pada itu, Md Dali memaklumkan, lebih daripada 32 pengadil bakal terlibat pada pertandingan Piala Malaysia yang bakal berlangsung dari 6 hingga 22 Nov ini.
Tanpa mendedahkan jumlah sebenar, beliau berkata jumlah berkenaan dijangka bertambah mengikut keperluan sesebuah perlawanan.
Beliau turut memaklumkan penggunaan enam pengadil termasuk dua penolong pengadil di belakang garisan gol yang diperkenalkan pada aksi suku akhir Piala Malaysia pada musim lepas, akan terus dikekalkan untuk peringkat yang sama pada kempen Piala Malaysia berkenaan pada musim ini.
"Insya-Allah, pada saingan Piala Malaysia, kita akan menggunakan 10 pengadil baharu, namun bukan sebagai pengadil utama, tetapi sebaliknya sebagai penolong pengadil satu dan sebagainya untuk mereka menimba pengalaman terlebih dahulu," jelas Md Dali.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 15 2020

Md Dali Wahid berkata lapan pengadil berkenaan telah direhatkan daripada perlawanan Liga-M musim ini, diberikan amaran keras dan berdepan hukuman diturunkan ke liga bawahan sekiranya masih mengulangi kesalahan sama. - Bernama

Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing - Sivaraj
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa AS.
PETRONAS kerjasama dengan Energy Institute, percepat peralihan tenaga
PETRONAS menjalin kerjasama strategik dengan Energy Institute (EI), menjadikannya syarikat pertama beribu pejabat yang berpusat di Asia Tenggara menyertai badan profesional berpangkalan di United Kingdom itu sebagai rakan teknikal.
AWANI Sabah+: SYUKUR inisiatif basmi kemiskinan tegar
Kerajaan Negeri Sabah terus komited dalam usaha membasmi kemiskinan di wilayah itu melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat atau SYUKUR yang menyediakan bantuan bulanan RM300 kepada mereka yang layak.
MWC 2025: 19 MoU dimeterai, perkukuh teknologi, digital Malaysia
Malaysia terus memperkukuh transformasi digitalnya hasil pemeteraian 19 memorandum persefahaman (MoU) antara pemain industri tempatan bersama peneraju teknologi global di sela Mobile World Congress (MWC) 2025.

Kerajaan adakan jerayawara dapatkan maklum balas RUU Pembiayaan Politik - Azalina
Kerajaan akan mengadakan jerayawara ke seluruh negara bagi mendapatkan maklum balas mengenai cadangan Rang Undang-Undang Pembiayaan Politik.
750 rakyat Malaysia diselamatkan dari sindiket penipuan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyelamatkan 750 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di luar negara setakat 25 Februari, menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Dalam jawapan bertulis di Parlimen, beliau menjelaskan bahawa operasi penyelamatan ini dijalankan melalui saluran diplomatik dengan bantuan pihak berkuasa tempatan serta polis Malaysia.
Dalam jawapan bertulis di Parlimen, beliau menjelaskan bahawa operasi penyelamatan ini dijalankan melalui saluran diplomatik dengan bantuan pihak berkuasa tempatan serta polis Malaysia.
Sindiket e-waste: Nilai rampasan keseluruhan cecah RM3.9 bilion - Saifuddin
Jumlah sitaan keseluruhan daripada operasi berkaitan sindiket e-waste kini sudah mencecah nilai RM3.9 bilion, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata, siasatan Polis Diraja Malaysia kini bukan hanya tertumpu kepada penemuan peluru, tetapi juga aspek keselamatan negara, kerana jumlah yang ditemui adalah terlalu besar, iaitu 40 tan peluru hidup, kelongsong peluru, serta jongkong timah.
Beliau berkata, siasatan Polis Diraja Malaysia kini bukan hanya tertumpu kepada penemuan peluru, tetapi juga aspek keselamatan negara, kerana jumlah yang ditemui adalah terlalu besar, iaitu 40 tan peluru hidup, kelongsong peluru, serta jongkong timah.
Tiga sahabat bebas pertuduhan mengedar, memiliki dadah
Mahkamah Tinggi Johor Bahru melepas dan membebaskan tiga lelaki daripada pertuduhan mengedar serta memiliki dadah jenis methamphetamine, enam tahun lepas.

Mentega Terbang: Permohonan pengarah, penerbit rujuk persoalan undang-undang ditolak
Hakim Mahkamah Tinggi K. Muniandy membuat keputusan tersebut selepas memutuskan bahawa Seksyen 298 KK adalah sah dan mengikut Perlembagaan.
AWANI Borneo [6/3/2025] – Bincang dasar kewangan strategik | Hak autonomi umno Sabah | Dua juragan tempatan ditahan
#AWANIBorneo bersama Fauzi Zin
- Abang Jo, Masidi hadiri Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025 di Putrajaya
- Penggantungan keahlian Shahelmey hak autonomi UMNO Sabah
- APMM rampas lebih tujuh tan barang kawalan disyaki cuba diseludup ke negara jiran
- Abang Jo, Masidi hadiri Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025 di Putrajaya
- Penggantungan keahlian Shahelmey hak autonomi UMNO Sabah
- APMM rampas lebih tujuh tan barang kawalan disyaki cuba diseludup ke negara jiran

Pengajaran buat semua komuniti Liga-M
Kesalahan menurunkan pemain tidak berkelayakan pada aksi final pertama 15 Feb lalu menyaksikan The Cops dihukum.

Penstrukturan Liga-M keutamaan Mohd Joehari
Penstrukturan saingan Liga-M antara menjadi keutamaan Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub dalam fasa pertama pentadbirannya sebagai Presiden FAM yang baharu.

KRW FC perlu RM2 juta untuk beraksi pada saingan A1 Liga Malaysia
Dana tersebut termasuk untuk membawa masuk pemain bertaraf bintang dalam pasukan itu selain perbelanjaan pengurusan dan kelab.

Liga Malaysia: Jaringan tunggal Ramadhan bantu kemenangan Kuching City FC
Gol yang terhasil pada minit ke-44 itu meranapkan impian Harimau Kumbang untuk mencipta kemenangan di hadapan penyokong sendiri.

80 perlawanan Liga Malaysia guna VAR - Sivasundaram
Sebanyak 80 perlawanan membabitkan aksi Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA, dan Challenge Cup bagi musim 2024-2025 telah menggunakan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) setakat ini.

Liga-M berpotensi melingkup andai isu tunggakan gaji berlarutan
Pekan berkata, pendekatan MFL juga seolah-olah gagal memberi kesan dalam mendidik pemilik kelab untuk lebih bertanggungjawab mengurus kewangan.

Timbalan Presiden, CEO KDNFC letak jawatan
Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) meletakan jawatan masing-masing, berkuat kuasa hari ini.

MFL diminta pertingkat kawalan keselamatan di stadium, tempat penginapan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) meningkatkan tahap keselamatan pemain ketika pergi dan pulang dari stadium.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.

Keselamatan pemain jadi keutamaan sepanjang musim Liga Malaysia - Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata keselamatan pemain serta seluruh pasukan menjadi keutamaan polis sepanjang musim Liga Malaysia yang bermula semalam.